Oleh ROSHAN THIRAN

Kebelakangan ini, mungkin ramai yang bekerja tanpa berhenti terutamanya dengan mesyuarat dalam talian yang berterusan. Kini, komunikasi alam maya adalah perkara yang tidak asing lagi buat ramai orang semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dari sudut pandangan seorang pemimpin, ini adalah kelebihan dimana semua orang dapat hadir dan menyertai mesyuarat tersebut tidak kira dimana mereka berada. Online meeting sangat mudah dilakukan, tetapi kemudahan ini mempunyai kekurangan dan dapat menjejaskan kesihatan kita.

Mungkin anda perlu mengambil kopi ketika 5 minutes break untuk mesyuarat, berjalan ke bangunan yang lain atau mengambil masa selama 15 minit untuk ke tempat mesyuarat. Walaupun ia hanya 5 minit masa yang anda ambil untuk bercakap dengan rakan sekerja atau mengambil air kosong, ia telah membantu anda untuk kembali fokus semula. Sebilangan orang menghabiskan berjam-jam setiap hari untuk hadir mesyuarat dalam talian.

Jadi untuk menghindari dari rasa keletihan kerana mesyuarat yang berterusan, saya bergerak dan melakukan senaman atau regangan ringan untuk meningkatkan peredaran darah dan merehatkan mata dari terus memandang skrin untuk jangka masa yang lama walaupun hanya 5 minit.

Untuk mengelakkan rasa letih, disini ada beberapa tip-tip untuk pemimpin, atau kepada individu-individu di luar sana, yang saya temui sangat berguna untuk mengelakkan masalah.

Tanya diri anda jika mesyuarat tersebut adalah perkara yang perlu

Kebelakangan ini, segala perkara yang perlu dibincangkan akan dilakukan melalui mesyuarat dalam talian…tapi adakah ia diperlukan? Banyak masa yang telah dibazirkan untuk pergi dan balik, dan akhirnya, keputusan akan dibuat selepas satu atau dua jam berlalu sedangkan ia boleh hanya dilakukan selama 15 minit.

Penggunaan WhatsApp atau email adalah alternatif yang lebih baik, jika mereka memberitahu perkara tersebut terus terang dan ringkas – dan jelas – komunikasi. Jika isu tersebut penting, bermaksud, perlu adakan talian mesyuarat (online meeting).

Rehatkan mata anda

Ketika menggunakan komputer riba untuk jangka masa yang panjang, cuba ikuti follow the 20-20-20 Rule yang membantu untuk meregangkan mata yang melihat skrin terlalu lama. Setiap 20 minit, larikan pandangan mata anda dari skrin untuk 20 saat dan lihat sesuatu yang 20 kaki jauhnya. Ini membantu untuk merehatkan otot mata dari terus tegang.

Bangun dan bergerak

Tubuh kita bukan diciptakan untuk duduk terlalu lama. Setiap jam, lakukan dua atau tiga regangan di meja anda untuk mengurangkan rasa sakit di leher dan bahu, dan juga di tempat lain. Regangan yang singkat juga membantu untuk mengurangkan rasa tekanan dan ketengangan yang kita rasa ketika duduk di hadapan komputer riba.

Kelebihan kuasa tidur (nap)

Tidur jangka masa yang pendek (10-20 minit) dan ia membantu memberi anda tenaga untuk fikiran dan juga kepekaan. Tidur untuk jangka masa 10-20 minit pada waktu tengahari lebih ideal, tetapi jika tidur melebihi 30 minit boleh menyebabkan rasa kesal dan keletihan.

Justeru, alat peranti juga mempunyai masa untuk berehat dari penggunaan sepanjang hari, oleh sebab itu, ambilah kesempatan untuk memberi masa rehat pada diri sendiri.

Lakukan 5 minit meditasi

Walaupun meditasi yang ringkas memberi kebaikkan yang besar. Bila kita menutup mata, fokus terhadap pernafasan kita dan mengutamakan diri kita pada masa ini, dan ia membantu mengurangkan tekanan terhadap ‘senarai kerja’ yang kita fikirkan. 5 minit meditasi juga berguna untuk mereka yang gementar untuk membuat ucapan atau persemabahan. Meditasi adalah baik dilakukan setiap hari.

Akhir sekali…jika anda letih, minta diri untuk tidak hadir

Melainkan jika kehadiran anda adalah wajib (contohnya: anda perlu memberi update atau memberi report), kebanyakan pemimpin memberi kebenaran jika anda miminta diri untuk tidak hadir dalam online meeting dan mendapat laporan selepas itu. Pemimpin yang baik pasti memberi ruang bagi mereka yang memerlukan, pekerja yang gembira (dan cukup rehat) akan menjadi lebih kreatif dan bertenaga.

 

 

 

Untuk mendengar lebih, tekan disini dan untuk berhubung dengan lebih lanjut, email di editor@leaderonomics.com 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Please enter your name here