COVID-19 Merubah Cara Komunikasi

Kini, banyak perubahan yang telah berlaku dalam kehidupan kita. Mungkin dari segi gaya hidup, cara kita bekerja, belajar mahupun berkomunikasi. Dengan perubahan yang sedang terjadi sekarang, adakah kita dapat menerimanya dengan ikhlas atau adakah kita menafikan atau marah dengan perubahan yang besar ini?
Jadi, bagaimanakah kita mengatasi masalah ini?
“Jangan mengambil kesempatan”
Di episod 4, Waheeda kembali semula menemu bual tetamu yang tidak asing, Roshan Thiran dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis COVID-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Di sini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis COVID-19 dan juga berkongsi tip-tip untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.
Tamparan Idea ialah platform di mana ia memberi anda pandangan yang berbeza tentang kepimpinan, tidak kira transformasi dan pembentukan untuk diri sendiri, di organisasi, keluarga mahupun masyarakat.
Untuk mendengar lebih, tekan disini dan untuk berhubung dengan lebih lanjut, email di editor@leaderonomics.com
Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/