Menulis CV Yang Hebat

May 04, 2017 4 Minit
nasihat, menulis, dokumen, CV

Majikan dan pengurus pengambilan pekerja menerima ratusan kalau bukan ribuan CV setiap minggu. CV ialah ‘curriculum vitae’ dalam bahasa Latin, yang bermaksud “ringkasan pengalaman profesional dan latar belakang pendidikan, serta informasi lain mengenai kelayakan seseorang”.

Yang menakutkan sekali ialah pakar psikologi Princeton, Janine Willis dan Alexander Todorov, menyatakan bahawa seseorang hanya memerlukan satu persepuluh saat untuk membentuk bayangan rupa seseorang yang lain.

Begitu juga dengan CV. Majikan atau pengurus pengambilan pekerja tidak meluangkan masa yang lama untuk mengimbas CV bagi menilai diri anda. 

Hakikatnya, syarikat ternama yang menerima sejumlah besar permohonan pekerjaan setiap minggu mungkin menggunakan penilaian asas mereka sebagai tapisan awal dalam proses pengambilan.

Walaupun kita terdidik untuk tidak memandang aspek luaran seseorang, realitinya kita tidak dapat elak daripada berbuat demikian kerana kita manusia biasa.

Penyediaan CV mungkin tugas yang payah. Ciri-ciri CV yang baik bukan terhad kepada fon yang boleh dibaca, warna yang menarik dan susun atur yang kemas. Walaupun penting, kriteria-kriteria tersebut hanya menyentuh yang asas.  Anda tidak mungkin memperoleh peluang kedua untuk mengagumkan bakal majikan dengan tanggapan pertama yang hebat.

Apabila pengambilan pekerja terus meningkat, pencari kerja (terutamanya graduan baharu) akan menghadapi persaingan sengit. Berikut ialah empat peraturan utama yang perlu dititikberatkan semasa anda menulis CV:

1. Pastikan CV anda BENAR 

CV merupakan gambaran ringkas tentang diri anda. Oleh itu, CV perlulah memberi gambaran tepat mengenai diri anda dalam kehidupan sebenar. Amat digalakkan untuk anda menyelitkan kelayakan pendidikan, pengalaman kerja dan anugerah yang pernah anda terima.

Hal ini meningkatkan keupayaan dan kredibiliti anda dan memberi jaminan kepada pengurus pengambilan pekerja bahawa anda merupakan calon yang berkebolehan.

Jangan sesekali terperangkap dengan kenyataan “berpura-puralah sehingga anda mampu melakukannya” kerana kebenaran akan terdedah jua. Pengurus pengambilan pekerja akan mendapat tahu siapa anda yang sebenar dan apabila ini berlaku, ia akan memberi  tanggapan yang buruk tentang diri anda.

Yang terbaik sekali adalah memaparkan diri anda yang sebenar. Usah jadi Si Polan Si Polan.

2. Pastikan CV anda TERKINI 

Bilakah kali terakhir anda mengemas kini CV? Tiga atau lima tahun lepas? Ada pendapat yang menyatakan anda perlu mengemas kini CV setiap enam atau 12 bulan bagi menambah kemahiran dan pengalaman baharu.

Namun, kebanyakan kita menyimpan CV sehingga berhabuk apabila kita sudah selesa dengan kerja yang ada. Jika anda tergolong dalam kategori ini, anda mungkin perlu menggeledah dan mengemas kini CV untuk mendapatkan pekerjaan baharu yang anda impi-impikan.

Mana-mana jurutera perisian akan menasihati anda untuk mengemas kini perisian ke versi terkini untuk memperoleh ciri-ciri baharu yang mengagumkan, dengan manfaat tertentu.

Begitu juga jika anda mahu mengagumkan bakal majikan atau pengurus pengambilan pekerja apabila mereka meneliti kelayakan dan pencapaian anda. Perkara yang sudah lama tidak semestinya lebih bernilai.

Adalah memanfaatkan jika anda menarik perhatian mereka dengan pekerjaan, anugerah dan pencapaian yang terkini untuk mencerminkan diri anda dengan lebih baik. Pastikan anda mengemas kini CV anda sekerap mungkin. Tiada siapa yang ingin membaca CV yang tertulis lima tahun lepas.

3. Pastikan CV anda RINGKAS

“Berapa banyak halaman yang diperlukan untuk memuat CV?” Terdapat banyak pendapat tentang hal ini. Ada yang mengatakan paling sesuai satu halaman, namun ada juga pendapat bahawa CV tidak boleh lebih daripada dua halaman.

Secara jujur, hal ini bergantung kepada kandungan CV. Jika anda mempunyai 40 tahun pengalaman kerja, memang sukar sekali untuk anda memuatkan segala-galanya dalam satu atau dua halaman.

Tidak realistik untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, merangkumkan segalanya dalam satu halaman adalah pendekatan yang baik sekiranya anda belum mempunyai pengalaman kerja atau hanya ada satu pengalaman kerja selepas tamat persekolahan.

Jika boleh, kekalkan susun atur CV dalam halaman depan dan belakang kertas A4. Satu kesilapan yang biasa dilakukan adalah mengurangkan saiz fon dan sub tajuk untuk memuatkan semua.

Sebaliknya, cari jalan untuk menyusun semula dan meringkaskan ayat dan butiran.  Gunakan kolum, garisan pemisah dan butiran. Tip pemformatan ringkas ini terdaya menambah baik penyusunan CV anda dan menjadikan CV anda lebih menarik.

4. Pastikan CV anda TEPAT

Keliru dengan penggunaan perkataan ‘your’ dan ‘you’re’ atau ‘than’ dan ‘then’? Ragu-ragukah anda dengan penggunaan bahasa Inggeris versi Amerika Syarikat atau British?

Kesalahan ejaan atau tatabahasa yang mudah boleh menjadi penentu sama ada anda memperoleh atau kehilangan sesebuah pekerjaan! Hal ini secara jelas menandakan anda tidak kisah untuk mengeja dengan betul.

Biasakan diri untuk menyemak tatabahasa dan ejaan sebelum menekan butang ‘HANTAR’. Prosedur ini tampak ringkas tetapi yang sering kita ambil mudah. Berusahalah sedaya-upaya untuk memperoleh nama seseorang dan panggilan rasminya sekali. Mungkin Encik John sebenarnya tidak suka dipanggil sebagai Encik Doe.

Jika anda menghantar permohonan pekerjaan secara serentak, pastikan anda menyemak semula CV berkali-kali supaya CV itu dihantar kepada staf dan syarikat yang tepat.

Luangkan usaha yang lebih untuk menyunting CV supaya sesuai dengan iklan pekerjaan tertentu. Lebih persis dan tepat CV anda, lebih tinggi peluang untuk CV itu sampai ke dulang ‘diterima’.

Akhir kata

Penulisan CV adalah satu seni. Seperti mana kerja seni yang lain, tidak ada rangka tegar yang boleh kita ikuti untuk menghasilkan CV yang sempurna. Setiap CV adalah unik dan istimewa kerana kita semua unik dan istimewa.

Menulis CV adalah proses yang berterusan. Ia adalah hasil kerja yang tidak pernah selesai.

Selamat Berjaya!

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik 4 Key Rules To A Great CV

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Identiti, Visi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Imej Vektor

Pasaran Digital dan Kepimpinan dan Pembangunan – Keupayaan Masa Depan (Bahagian 3)

Oleh Arun Nagarajah. Temui arah aliran masa depan dalam kepimpinan digital dan pasaran pembangunan: peningkatan pendedahan jenama, saluran pemasaran yang dipertingkatkan dan kuasa bukti sosial.

Jun 06, 2023 5 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest