Oleh BRAD GILES

Sebagi seorang ketua HR, persoalan yang menjadi tanda tanya ialah sama ada secara sedar ataupun tidak adalah ‘bagaimana saya boleh mengetahui seberapa banyak usaha yang telah saya lakukan? Saya telah melakukan banyak jasa.’

Soalan ini perlu menjadi tanda tanya di dalam fikiran anda. Apakah perbezaan di antara seorang pemimpin dan pemimpin yang hebat?

Seorang pemimpin HR yang hebat, mempunyai sikap yang positif bukan sahaja terhadap ekonomi tetapi juga terhadap orang lain, pekerja, pelanggan dan juga pembekal, untuk menjaga hubungan yang jangka panjang dan kestabiliti perniagaan.

Di sini ada 5 peranan sebagai seorang pemimpin yang hebat:

Tanggungjawab

Pemimpin yang hebat ialah seorang pemimpin yang berjaya di dalam kehidupan, mereka juga memastikan KPI bagi setiap posisi adalah jelas. Tidak seperti individu yang lain, berkemungkinan kebanyakan pekerja selepas selesai mesyuarat mereka berkata, ‘Membuang masa!’

Disebaliknya, pasukan mesyuarat harus mengacara jadual dan data yang di perlukan supaya perbincangan sepanjang mesyuarat menjadi efektif.

Duta

Pemimpin yang hebat juga seorang duta. Mereka duta pada semua perkara. Ketika berhubung pekerja, pelanggan, perangcangan dan inisiatif. Tidak kira berapa besarnya, sesebuah syarikat pasti mempunyai duta untuk mewakili persidangan.

Ini bukan perkara yang mudah, meminta seseorang untuk menghadiri program yang penting contohnya menandatangani perjanjian bersama pelanggan, menerima anugerah, dan sebagainya.

Pemimpin juga memainkan peranan untuk membantu dengan mengambil pekerja-pekerja baru atau mengadakan perbincangan tentang nilai-nilai teras atau tujuan utama untuk membangun dan mengekalkan persekitaraan kerja yang lebih interaktif dan akan menyumbang terhadap peratusan pekerja-pekerja elit dan kekalkan pekerja

Budaya

Setiap organisasi mempunyai budaya tersendiri, tapi sesetengah budaya diterapkan adalah bagus. Mempunyai seseorang yang memberi sumbangan kepada organisasi, dan itu membawa ke perselisihan salah faham di antara orang yang berbakat, kita sedar bahawa budaya menarik dan mengekalkan pekerja yang ideal merupakan peranan seorang pemimpin. Menerapkan budaya yang hebat menyampaikan keperluan orang sepatutnya, pemimpin yang hebat seperti magnet yang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih tinggi.

Strategi

Pemimpin yang hebat bergantung pada strategi sistem yang menyalurkan keunikan dan posisi harga yang berbeza di pasaran dan berbeza daripada pesaing. Melalui struktur proses perancangan tahunan, pemimpin-pemimpin yang hebat menyelaraskan penyampaian keperluan pelanggan membina rancangan yang strategik dan hubungan dari masa ke semasa.

Rancangan kejayaan

Pemimpin yang hebat membina sistem, mereka melindungi kakitangan syarikat dan pembekal dan melindungi hasil pendapatan, mengetahui kadar pertumbuhan dan keuntungan dan jika rancnagan tersebut berjaya peranan mereka diteruskan untuk menjaga konsisten kadar pertumbuhan dan keputusan.

Tidak kira apa pun tanggungjawab kepimpinan yang kamu sedang lakukan, jika anda melihat rakan-rakan anda sedang memimpin, dan bagaimana mereka memimpin, cuba pertimbangkan lima peranan ini dan mungkin ada salah satunya mereka tidak lakukan.

Misalnya, jikaada salah satu peranan yang mereka tidak lakukan, atau mempunyai pretasi yang agak rendah ini bermakna beliau berada di dalam kedudukan zon selesa. Perasaan atau keadaan yang tidak selesa membuatkan seseorang ingin berusaha lebih.

Tetapi pemimpin yang benar-benar inginkan kejayaan dan mahu keputusan yang berjaya, mereka akan memerlukan sesuatu untuk membuat mereka supaya keluar dari zon selesa.

 

 

Untuk membaca artikel Bahasa Inggeris, klik The Five Roles to Evolve Beyond Your Leadership Comfort Zone

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Please enter your name here