Pengajaran Yang Tidak Diajar Di Universiti

Feb 07, 2020 4 Minit
pelajaran, pengajaran, buku-buku, ilmu

Mungkin seperti ramai belia di luar sana, selepas menamatkan kehidupan sebagai seorang pelajar di universiti mereka begitu semangat untuk bekerja, mempunyai cita-cita untuk berjaya atau juga naif. Saya akan bekerja di sebuah syarikat bank yang besar sebagai pelatih pengurusan program.

Tetapi, reliti kehidupan yang sebenar telah memusnahkan angan-angan saya.

Sarjana Muda Pengajian Pengurusan (kepujian) – saya merasa saya berhak memperolehinya. Saya juga mempunyai sijil Pengurusan Kewangan dan Pemasaran. Meluangkan masa belajar selama empat tahun, saya mempunyai asas yang kuat di bahagian pengurusan. Selain itu, saya juga melakukan kerja sambilan dan sukarela sepanjang masa pengajian.

Seperti pelatih program yang lain, jawatan saya mempunyai struktur kerja selama empat bulan dan akan bertukar setelah dua tahun. Ini adalah salah satu tarikan buat saya. Saya percaya ramai graduan di luar sana pernah bertanya pada diri sendiri “apa yang saya mahu lakukan di dalam kehidupan saya?”. Seperti saya juga, bertanya pada diri sendiri “adakah kebolehan atau personaliti saya tidak sesuai dengan kerja yang saya lakukan?”

Salah satu cara untuk kita cepat belajar ialah sesi pembelajaran dan pembangunan di organisasi.



Ketika di universiti, saya seorang yang lebih selesa dan lebih baik jika berkomunikasi atau berhubung dengan individu lain di kumpulan yang kecil. Ia membuatkan saya lebih seronok untuk berkongsi idea, walaupun saya suka berkongsi idea saya juga mendengar dan memahami di sesuatu situasi sebelum menyuarakan pendapat saya.

Jika saya merenung kembali, dahulu saya seorang yang pendiam dan hanya melakukan kerja setakat mana yang di minta. Saya juga tidak berkeyakinan jika saya seorang yang menonjol atau menjadi tumpuan orang ramai.
Sangat menyeronokan, di universiti mempunyai banyak bidang-bidang pelajaran – Saya akan kongsikan konsep yang tidak diajar ketika di universiti:

Hubungan dalam pengurusan

Hubungan bersama kawan dan keluarga yang anda ada sekarang sangat berlainan dengan hubungan ketika di tempat kerja. Hubunngan di tempat kerja yang mempunyai golongan yang kecil dan hubungan bersama kumpulan yang besar di tempat kerja juga berbeza.

Bagaimana anda ingin meminta bantuan dengan pertolongan yang tanpa balasan? Bagaimana anda dapat memastikan, jika anda meminta tolong untuk sekali lagi dan anda akan mempunyai hubungan yang lebih baik dari sebelumnya.

Mungkin ketika saya masih di awal pekerjaan, saya seorang yang bertimbang rasa. Sehingga saya tidak dapat membahagikan kerja yang harus saya siapkan, malah melakukan kerja yang diberi oleh rakan-rakan pejabat saya sehingga lupa tarikh akhir bila saya harus menyiapkan tugasan yang sepatutnya.

Saya juga belajar untuk menjadi berani bertanya kepada berlainan jenis orang atas urusan kerja, meminta bantuan mereka jika dapat menolong saya, dan kadang-kadang meminta bantuan pengurus atau mentor saya.

Potensi diri

Ketika di satu sesi, saya belajar bagaimana seseorang individu dapat melihat nilai kerja yang sedang dilakukan.
Ketika anda berada di satu organisai yang besar, pandangan pertama adalah sangat penting, dan pandangan yang buruk akan tersebar dengan cepat. Di samping itu, jika anda melakukan sesuatu yang buruk, bukan hanya diberi kesan terhadap rakan sekerja anda tetapi termasuk pada rakan-rakan sekerjanya yang lain yang mempunyai hubungan dengan mereka.

Selain itu, saya juga diajar bagaimana untuk mendapatkan tumpuan. Secara semula jadi, seseorang yang tinggi, mempunyai tubuh fizikal yang bagus (contohnya, Harvey Specter dari rancangan tv Suits) yang mempunyai suara yang nyaring sehingga dapat menangkap perhatian semua orang.

Seseorang yang mempunyai ciri-ciri tersebut, boleh membuat persiapan untuk mesyuarat dengan melakukan penyellidikan terlebih dahulu. Dan dari semasa ke semasa, orang lain akan melihat sumbangan yang anda telah lakukan.

Bertahan dengan pertukaran situasi di tempat kerja

Ini adalah pelajaran yang paling susah yang saya hadapi selama lima tahun.

Bermula di bank, saya menyimpan harapan dan keyakinan. Tetapi, di penghujung program tersebut, sesuatu terjadi di luar jangkaan saya– jadi apabila ada perubahan ketika di pekerjaan – bukanlah di bawah kawalan kita tetapi di bawah kawalan pengurus kita.

Dan ada waktu dimana, walaupun saya rasa seperti saya boleh mengatasinya, tetapi ia membuatkan saya lebih tertekan dan rasa tercabar.

Setelah beberapa tahun berlalu, janji yang tak ditepati dan alasan yang sentiasa ada diberikan, membuatkan saya menjadi benci terhadap organisasi.

Pada suatu masa, perasaan tekad untuk membuat perubahan di dalam kehidupan daripada terus membiarkan tekanan menguasai saya. Saya berkongsi masalah saya kepada pengarah dan meminta pendapat dan nasihat jika dia berada di tempat saya.

Membiarkan perasaan negatif mengambil alih, adalah lebih baik jika saya fokus dan mengucap syukur setiap hari. Dan dari situ, kerja akan menjadi lebih baik. Jangkaan saya terhadap kerja lebih teratur, disitu saya dapat melihat pintu terbuka dan mempunyai jalan dalam organisasi.
 

Saya menjadi lebih berdikari, dan ia mengajar saya pentingnya mencari peluang ketika perubahan masa, daripada membiarkan semua perkara negatif mengganggu. Satu perkara yang penting saya belajar jika ingin bertahan dengan banyak perkara di tempat kerja ialah mulakan dengan fikiran yang positif.

Di mana saya berada sekarang

Saya telah belajar, dan juga masih bersemangat, dan berharap lebih yakin. Saya bukan salah seorang yang menyesal seperti individu lain di luar sana, tetapi ada dimana saya berharap bahawa saya diajar akan perkara ini ketika masih di universiti dimana pelajar tidak diajar.

Ini berkemungkinan, dapat mengurangkan rasa tertekan, tidak puas hati, kecewa dan mungkin juga akan membuatkan saya seorang pekerja yang lebih baik.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Label

Perkara yang Boleh Dilakukan oleh Label Tersuai Untuk Jenama Anda

Oleh Bryce Fisher. Teruskan membaca untuk mengetahui kelebihan penting label tersuai, ia dapat membantu anda meningkatkan keterlihatan jenama anda dan membina pengikut pelanggan yang setia.

Jul 05, 2023 4 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pemimpin yang Berani

Tahukah anda, bagaimana menjadi pemimpin yang berani? Dalam Tip Kepimpinan kali ini, Roshan Thiran berkongsi tip yang menarik untuk menjadi pemimpin yang efektif dan berani.

Jun 24, 2024 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest