Lindugilah Alam Semula Jadi Untuk Manfaat Kita Semua

Oct 29, 2018 6 Minit
alam semula jadi, lindungi

Terdapat kesedaran meningkat di serata dunia mengenai keadaan teruk yang melanda alam sekitar.

‘Pemuliharaan alam sekitar’, ‘kesedaran alam sekitar’, dan ‘menyelamatkan alam sekitar’ bukan lagi slogan organisasi bukan kerajaan bagi pencinta alam.

Kita haruslah sedar bahawa kita menyumbang kepada kemusnahan alam dan Bumi.

Apabila kita memutuskan untuk mengambil langkah tertentu, hal ini bermakna kita ingin memulihara planet tempat kita tinggal.


Sekalipun kita tidak memegang kapak untuk memotong pokok atau menembak mati harimau, kita menyumbang kepada pencemaran dan kemusnahan alam sekitar melalui kepenggunaan.

Permintaan kita sebagai pengguna mendorong industri yang menghasilkan produk yang kita beli.

Jadi, apakah cara untuk membantu mengurangkan kesan terhadap alam sekitar?

Berita baiknya ialah, kita tidak perlu memerah otak atau bersusah payah menukar cara hidup.

Sekiranya setiap orang di planet ini dengan sendirinya komited untuk lebih peka dengan persekitaran, kawasan kejiranan, dan pilihan seharian, hal ini boleh mendatangkan kesan yang positif dengan ketara pada skala global.

Serampang dua mata: kita boleh menjimatkan perbelanjaan dalam usaha ini. Usaha yang kecil lama-kelamaan memberi kesan yang besar apabila semua orang terlibat sama!

Apabila kita memutuskan untuk mengambil langkah tertentu, hal ini bermakna kita ingin memulihara planet tempat kita tinggal.

Berikut merupakan beberapa cara mudah namun kesannya besar untuk kita jayakan usaha ini:

Pilih pengangkutan yang cekap tenaga

Rancang perjalanan seharian anda.

Jika anda memandu ke tempat kerja, menghantar anak-anak ke sekolah, atau mengerjakan urusan seharian, cuba rancang laluan yang paling efisien, berkongsi kenderaan dengan orang lain, atau gabungkan beberapa perjalanan menjadi satu hala.

Hal ini membantu mengurangkan kesesakan jalan raya. Kalau boleh, cuba biasakan diri berjalan atau berbasikal ke tempat-tempat yang berhampiran daripada memandu kereta.

Berjalan dan berbasikal bukan sahaja bagus untuk alam sekitar, tetapi juga memberi anda peluang untuk bersenam.

Cabar diri dalam menggunakan pengangkutan alternatif, dengan bergilir-gilir menggunakan bas, rel, kereta, atau basikal untuk ke tempat kerja setiap minggu!
Sekiranya kereta anda jenis makan minyak, berbaloi untuk anda pertimbangkan untuk menukar ke model baharu yang lebih cekap tenaga.

Walau bagaimanapun, anda perlu membuat kaji selidik yang secukupnya berkenaan segala model yang ada mengikut bajet serta mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan apabila menukar kereta baharu sebelum membuat keputusan muktamad.

Kurangkan makan daging, terutamanya daging lembu dan kambing

Buku karya Union of Concerned Scientists yang bertajuk Cooler Smarter: Top Ten Ways to Reduce Your Carbon Emissions (Kecerdasan Yang Nyaman: 10 Cara Mengurangkan Pelepasan Karban) menjelaskan, sekiranya sebuah keluarga empat orang mengurangkan pemakanan daging sebanyak 50 peratus, ini akan mengurangkan lebih kurang tiga tan pelepasan gas rumah hijau setiap tahun.

Pendedahan ini amat mengejutkan, namun inilah hakikatnya. Lembu dan kambing membebaskan banyak gas metana, iaitu penyumbang besar terhadap pemanasan global.

Diet vegan(orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja) memberi kesan sehingga 20 peratus terhadap impak karbon keseluruhan. Namun demikian, sekiranya anda memilih untuk tidak memakan daging lembu, ini akan mendatangkan kesan yang besar.

Tukar mentol lampu

Union of Concerned Scientists juga menyarankan pengguna untuk menukar semua mentol lampu kepada lampu LED jimat tenaga, yang menghasilkan pencahayaan yang setara tetapi menggunakan hanya 15 peratus daripada tenaga elektrik yang digunakan oleh mentol biasa.

Anda boleh berjimat beberapa ratus ringgit setiap tahun bergantung pada jumlah lampu yang digunakan.

Selain itu, lampu LED mempunyai jangka hayat lebih kurang 10 tahun, jadi anda tidak lagi perlu membeli mentol halogen baharu setiap beberapa bulan. Ini berita baik buat alam sekitar dan poket anda!

Akhir sekali, jangan lupa matikan suis lampu sebelum keluar dari bilik!

Kurangkan penggunaan air

Terdapat banyak cara untuk menjimatkan penggunaan air, seperti mengurangkan tempoh masa mandi, jangan biarkan paip air terbuka semasa memberus gigi atau mencuci pinggan, guna mesin basuh dengan beban penuh, dan isi cerek mengikut jumlah air yang diperlukan.

Selain itu, semasa membasuh kereta, anda sepatutnya menggunakan air dari baldi, bukannya hos. Hal ini boleh juga diamalkan semasa menyiram pokok — gunakan bekas penyiram untuk tujuan ini.

Basuh pakaian dengan menggunakan air sejuk

Dengan sabun pembersih pakaian buat masa ini, pakaian anda boleh dicuci dengan menggunakan air panas mahupun sejuk.

Walau bagaimanapun, gunalah air sejuk kerana air panas menggunakan tenaga dan membebaskan gas rumah hijau lima kali ganda lebih tinggi.

Hasilnya, anda boleh menjimatkan wang dengan mengurangkan penggunaan elektrik.

Bijak memakai alatan rumah

Jika peti sejuk atau penyaman udara sudah lebih dari lima tahun, sudah tiba masanya untuk beralih kepada model yang lebih baharu dan cekap tenaga.

Mengenai peti sejuk lama, wang yang digunakan untuk menaik taraf ke peti sejuk baharu akan balik modal dalam tiga tahun melalui penjimatan bil.

Jemurlah baju-baju di bawah cahaya matahari. Lagipun, matahari bersinar panas sepanjang tahun.


Bagaimanapun, harus diingat bahawa apabila membeli alatan baharu, janganlah anggap anda dapat men jimatkan wang dengan membeli peralatan yang paling sedikit menggunakan tenaga.

Peti sejuk atau mesin basuh yang amat cekap mungkin berharga lebih tinggi. Penggunaan pengering pakaian secara kerap juga akan menyebabkan bil elektrik meningkat dengan ketara.

Jadi, jemurlah baju-baju di bawah cahaya matahari. Lagipun, matahari bersinar panas sepanjang tahun.

Jangan tinggalkan peralatan dalam mod sedia

Menurut Energy Saving Trust, kediaman di United Kingdom membelanjakan kira-kira £30 (RM160) lebih tinggi daripada yang sepatutnya setiap tahun kerana peralatan elektrik dibiarkan pada mod sedia.

Oleh itu, anda perlu membiasakan diri untuk menutup sius TV, pemain DVD, pengering rambut, pengecas komputer riba atau telefon.

Biasakan diri mencabut plag elektrik atau dapatkan penjimat siaga yang membolehkan anda mematikan semua alatan elektrik dengan sekali petik pada suis.

Pantau penggunaan elektrik

Anda boleh dapatkan monitor elektrik dari gedung perkakasan yang berdekatan, atau meminjam daripada jiran dengan pengetahuan pasang sendiri.

Dengan memasang alat pantauan elektrik, anda boleh mengenal pasti peralatan di rumah yang paling banyak menggunakan tenaga.

Sebaik sahaja anda terjumpa punca sebenar yang menyebabkan bil anda melambung, anda boleh mencari jalan untuk mengurangkan kos, seperti menukar kepada model yang lebih cekap tenaga, atau menyingkirkan terus peralatan yang kurang penting.

Menurut Snug Network (2017), terdapat pelbagai meter elektrik pintar di pasaran yang membolehkan anda mengenal pasti masa tertentu tenaga paling banyak digunakan dan jumlah yang anda membelanjakan untuk alatan elektrik.

Maklumat ini dapat membantu anda menjadi lebih peka dengan menggunakan alatan yang betul-betul perlu.

Kurangkan membeli barang

Kata kunci yang perlu disematkan di fikiran adalah kurangkan, guna semula dan kitar semula .

Misalnya, penghasilan satu kemeja-T menyebabkan pelepasan tenaga yang setara dengan penggunaan kuasa selama dua atau tiga hari di rumah.

Kata kunci yang perlu disematkan di fikiran adalah kurangkan, guna semula dan kitar semula .


Jika anda benar-benar memikirkan hal ini, kurangkan membeli barang supaya anda boleh berjimat dengan banyak. Wang ini boleh digunakan dengan lebih baik, seperti simpanan ke universiti untuk anak-anak, percutian keluarga yang menyeronokkan, atau memperbaiki rumah.

Selain mengurangkan pencemaran melalui pengurangan sisa buangan, strategi ini akhirnya dapat membantu mengurangkan pelepasan tenaga dari rumah dan membantu memerangi pemanasan global.

Elakkan barang daripada bertimbun di tapak pelupusan sampah

Tapak pelupusan sampah cepat sangat bertimbun.

Cuba untuk tidak tambah ke gunung sampah ini dengan menjual barangan yang tidak lagi digunakan kepada kedai barangan terpakai, lelong barang-barang tersebut, atau sumbangkannya kepada badan amal.

Anda juga boleh mengitar semula atau menggunakan semula barangan yang tidak disingkirkan atas tujuan lain.

Melabur dalam tenaga yang boleh diperbaharui

Sudah tiba masanya untuk anda pertimbangkan untuk melabur dalam sumber tenaga boleh diperbaharui.



Sebagai contoh, anda boleh pasang panel solar di atas bumbung rumah.
Hal ini bagus dari segi kewangan, kerana penggunaan kuasa di rumah anda boleh disubsidi.

Dengan memasang sistem tenaga suria, anda boleh kurangkan penggunaan tenaga elektrik keseluruhan yang diperlukan dari grid.

Sila Kongsi

Kemasyarakatan

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kebebasan

Kebebasan Bukan Hak Asasi

Oleh JOHAN IRWAN KAMAROZAMAN 31 Ogos 1957, laungan MERDEKA! oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Kelab Selangor disambut oleh ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun di sana. Ia merupakan titik tolak di mana Malaysia mencapai kemerdekaan.

Aug 31, 2020 2 Minit

Alt

Malaysia, Tanah Airku

Sepanjang kembara kerjayanya, Roshan Thiran telah banyak berpeluang berkhidmat di luar negara. Namun, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Aug 25, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest