4 Teknik Berkesan Untuk Menjadi Lebih Yakin

Jan 24, 2018 1 Minit
keyakinan diri, profesional

Untuk berjaya dalam hidup, kita perlukan keyakinan. Tanpa keyakinan, kita akan rasa sukar untuk mengorak langkah, sukar untuk membuat keputusan, sukar untuk menghadapi beban ujian, sukar hendak melangkah maju ke hadapan jauh dari zon keselesaan.

Tidak semua orang ada daya keyakinan yang tinggi. Ada yang berbakat tetapi takut dan malu untuk tonjolkan. Ada yang terlebih yakin tetapi sebenarnya bakat dan usaha tidaklah setinggi mana. Macam-macam ragam dan gaya apabila sebut pasal keyakinan.

Bersederhanalah dalam menonjolkan keyakinan supaya tidak terlihat sombong dan biadap atau membuatkan orang lain rasa rendah diri. Lain orang lain tafsirannya.

Artikel berkaitan: Keyakinan Diri Rahsia Kejayaan Hidup

Berikut adalah perkara yang wajib kita lakukan untuk membina keyakinan diri dari dalam hingga ke luar.

1. Hentikan bisikan ‘aku tidak boleh’

Kadang-kadang orang tidak ada fikiran yang buruk pun terhadap kita. Sebenarnya apa yang kita hendak buat, apa yang kita fikirkan tentang diri kita, tidak ada sesiapa pun yang menghalangnya. Kalau kita fikir hendakkan sesuatu, jangan pernah rasa ragu dengan berfikiran negatif.

Jangan penuhi minda dengan kata-kata ‘aku tidak boleh’, ‘aku tidak mampu’, ‘aku tidak layak’. Jangan rasa ragu-ragu. Usahakan sehingga mampu. Kita harus belajar memotivasikan diri kita sendiri untuk mencapai kejayaan.

2. Terlalu fikirkan orang lain hingga diri sendiri rasa terbuang 

Sesetengah orang rasa tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Mereka perlukan pengesahan daripada orang lain. Apabila membuat sesuatu, apabila hendak lakukan sesuatu, mereka selalu tanya pendapat orang.

Apabila orang lain setuju, baru mereka buat, baru mereka rasa yakin dan senang hati. Kalau tidak, walaupun mereka hendak membuat sesuatu tetapi orang lain berkata sebaliknya, mungkin yang negatif, mereka akan rasa rendah diri dan mungkin sahaja batalkan niat mereka tanpa sebab yang jelas.

Jangan bina keyakinan berdasarkan pendapat orang. Bina keyakinan dari dalam. Kita sendiri yang harus ada rasa percaya pada diri.

Berhenti mengharapkan orang lain membantu kita membina keyakinan diri. Berhenti membuat sesuatu bagi memuaskan hati orang lain bukan hati sendiri.

Membina keyakinan diri bermula dengan menerima diri seadanya, bermula dengan  menghargai kelebihan dan kelemahan diri.

3. Jangan buang masa lakukan perkara yang tidak berfaedah

Kadang-kadang kita ini mengharap terlalu banyak. Kita rasa kita boleh dan patut dapat, tetapi kita sendiri tidak berusaha ke arah yang sepatutnya.

Ada kala kita banyak membuang masa membuat perkara yang tidak berfaedah. Kita tengok Facebook, YouTube, Instagram dan banyak habiskan masa yang tidak membantu kita meningkatkan diri.

Contohnya, kita ini pandai tetapi hendak cakap Bahasa Inggeris takut. Memang kita boleh tengok video orang lain cakap, ada accent lagi. Memang kita boleh belajar daripada movie dan sebagainya.

Artikel berkaitan: Asahkan Kapak Anda Demi Pertumbuhan Peribadi

Tetapi apabila kita sendiri tidak praktis, bagaimana pula kita hendak berkembang dan membina keyakinan diri. Silap-silap kita sendiri yang membunuh keyakinan diri hanya kerana tidak cukup persiapan. Belajar bersaing dengan diri sendiri sebelum bersaing dengan orang.

4. Buka mata pada kelebihan, buka hati pada kekurangan

Setinggi mana pun keyakinan yang kita sedia ada dan bakal ada, ingat, kita manusia. Kita tidak lari daripada mempunyai kelebihan dan kelemahan.

Jadi, apabila kita berada dalam situasi yang membuatkan kita lemah atau tidak mampu tangani, jangan terus rasa rendah diri. Fokuskan kepada kelebihan dan rebut peluang yang datang dan pada waktu yang sama cuba perbaiki kelemahan.

Jika sudah perit dengan kegagalan hasil kelemahan, maka berharmoni dengan masa silam, jangan disimpan dalam-dalam. Anggap itu pelajaran untuk kita menjadi lebik baik dan lebih hebat. Gunakan untuk memajukan masa hadapan, bukannya dijadikan batu penghalang untuk berjaya pada masa hadapan.

Sentiasa bersyukur. Jangan asyik membandingkan diri dengan orang lain. Kalau asyik sangat mendongak, kadang-kadang boleh terlepas yang berharga di depan mata.

 

Sumber: Majalah Niaga. Diulang siar dengan kebenaran.
Artikel ini adalah pendapat penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak Leaderonomics.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Sayangi Diri

Adakah Anda Penghindar Penjagaan Diri? Bagaimana Pemimpin Boleh Menipu Diri Mereka untuk Mencintai Penjagaan Diri

Oleh Julie Funt. Penjagaan diri sering diabaikan, terutamanya apabila memimpin sesebuah pasukan. Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk sentiasa mengingatkan diri anda bahawa penjagaan diri adalah penting.

Jun 11, 2023 4 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Barang yang Lepas Jangan Dikenang

Tip Kepimpinan adalah satu rancangan hebat yang mendorong anda untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Tontonilah sekarang dan jadilah seorang pemimpin yang hikmat.

Mar 02, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest