5 Titik Permulaan Untuk Tahun Yang Lebih Berjaya

Jan 31, 2018 4 Minit
rancangan, nota, resolusi

Sudah hampir sebulan kita melangkah masuk ke tahun baru. Bagaimana prestasi resolusi yang anda buat untuk tahun ini? Kalau masih lagi tidak bergerak dan sekiranya masih tidak tahu apa yang hendak dibuat, berikut adalah lima perkara yang dapat membantu anda mengukir perubahan berkesan buat tahun ini.

#1. Banyakkan membaca

Saya sering memberi nasihat ini kepada sesiapa sahaja yang ingin memajukan diri mereka dalam apa jua cara. Nasihat ini biasa didengari, namun tidak ramai yang mengikutinya. Kenapa agaknya? Kerana membaca buku perkembangan diri perlukan usaha. Siapa yang ada masa untuk itu? Tentu sekali mereka yang ingin dan telah berjaya. 

Kajian yang dijalankan oleh pakar kebiasaan dan penciptaan kekayaan, Tom Corley, mendedahkan bahawa golongan yang kurang berjaya membaca bahan hiburan semata-mata. Mereka yang berjaya pula adalah pembaca tegar buku-buku perkembangan diri. Hakikatnya, 85% inidvidu yang berjaya membaca sekurang-kurangnya dua buah buku perkembangan diri atau ilmiah setiap tahun.

Kebanyakan orang berhenti belajar secara aktif sebaik melepasi tahap pendidikan formal, atau mereka tidak belajar perkara baharu di luar bidang yang diminati. Dengan membaca tiga buah buku yang berkualiti tidak kira dalam subjek apa pun, anda akan ada kelebihan jika dibandingkan rakan sebaya lain.   

Ia juga memberi anda pelbagai idea dengan kemungkinan yang tidak terbatas, dan Membuka Minda Kepada Khazanah Tak Ternilai.

#2. Dapatkan mentor dalam bidang yang diminati

Sumber: Mampukah Belia Malaysia Majukan Negara?

Carilah seorang mentor yang boleh membantu anda memikirkan arah tuju dan bagaimana hendak mencapainya. Kebanyakan pemimpin (yang mempunyai masa) suka untuk memberi pandangan dan nasihat — terutamanya jika anda belanja mereka makan!

Carilah seseorang yang berada di tempat di mana anda ingin berada. Ini akan membantu anda mengurangkan kesulitan dan halangan yang anda mungkin terpaksa lalui. Selalunya, ramai yang takut untuk belajar dengan cara melakukan sesuatu kerana mereka rasa mereka tidak mempunyai banyak maklumat tentang apa yang ingin dilakukan.

Oleh itu, langkah yang bijak adalah dengan bercakap dengan mereka yang telah melalui setiap masalah, cabaran dan halangan yang mungkin anda hadapi. Siapa lagi yang dapat memberi nasihat mantap dan sokongan padu selain mereka ini?

#3. Sertai acara, persidangan dan bengkel yang relevan

Sumber: Mengkaji Potensi Pertumbuhan Perniagaan di Asia

Dewasa ini, terdapat banyak jalan bagi mereka yang ingin belajar dan mengambil inisiatif untuk mencapainya. Terdapat banyak acara dan bengkel yang dianjurkan dan mencakupi segala topik yang menarik minat. Jadi, anda dapat peluang berharga untuk belajar, berhubung dan berkongsi idea dengan ramai lagi yang sehaluan, yang juga berpotensi menjadi asas rangkaian anda.

Kita tentu pernah mendengar tentang kisah menyentuh hati yang memaparkan bagaimana sesebuah kerjaya atau perniagaan baharu bermula dari garaj atau bilik asrama — namun itu semua bukanlah perkara yang biasa berlaku. Untuk menggunakan kemahiran dan idea anda dengan cara terbaik, berhubung dengan seramai orang yang mungkin. Ini adalah cara terbaik untuk memberi inspirasi dan membuat pelbagai pilihan yang mungkin anda perlukan di sepanjang perjalanan.

Darisitu, anda mungkin ingin memberi fokus yang lebih kepada beberapa orang yang boleh memberi nilai sebenar kepada apa yang ingin anda capai.

#4. Tetapkan matlamat tertentu

Ini boleh bermula dari mana-mana, yang kurang penting kepada yang penting. Semua ini akan mendorong anda maju lebih jauh dalam kembara anda. Contohnya, membaca dua buah buku ilmiah setiap bulan adalah matlamat spesifik, manakala ‘lebih banyak membaca’ bukanlah spesifik.

Membuat hubungan dengan menjemput tiga orang penting untuk makan tengah hari bersama adalah matlamat spesifik. ‘Membina rangkaian’ bukan matlamat yang spesifik.  Buatlah matlamat yang tertentu. Ia akan membantu anda mengekalkan arah tuju dan fokus dalam membina sesuatu yang lebih konkrit. 

Artikel berkaitan: Disiplin Dan Fokus

Anda boleh menetapkan matlamat harian, mingguan, bulanan dan tahunan untuk memastikan yang anda melaksanakan sesuatu. Ia bukannya untuk menyiapkan senarai perkara yang ingin dibuat secara generik yang mungkin tidak dapat disempurnakan. Natijahnya, anda pula merasa lemah semangat.

#5. Fokus pada hari, bukan tahun

Alangkah bagusnya jika anda tahu arah tuju anda dalam masa lima tahun, tetapi ini tidak seharusnya menjadi fokus utama anda. Sebaliknya fokus utama anda haruslah: Apakah yang akan saya lakukan dalam 16 jam hari ini sebelum saya masuk tidur?  

Faham-faham sahajalah. Walaupun anda tidak patut taksub dengan idea anda setiap minit dalam sehari tetapi anda harus sedar tentang cara terbaik menggunakan masa anda.

Baru-baru ini, seseorang telah merungut kepada saya yang dia tidak ada masa yang cukup dalam sehari. Saya menasihatinya untuk mendapatkan aplikasi yang mengesan penggunaan harian telefon pintar dan media sosial.   

Secara purata, dia menggunakan sehingga tujuh jam waktunya melakukan tugasan yang kurang penting. Katakanlah dua jam daripadanya digunakan untuk perkara yang bermanfaat. Dari Isnin hingga Jumaat, ini bermakna 25 jam — lebih daripada sehari — hilang begitu sahaja! 

Anda sebenarnya mempunyai lebih masa daripada apa yang selalu anda fikirkan, dan ia sentiasa berlaku.

Dengan panduan yang diberikan, marilah kita mulakan tahun baru (biarpun sebulan sudah berlepas) dengan hebat.

Selamat maju jaya!  

 

Roshan Thiran boleh dihubungi melalui  Facebook  dan Twitter. Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Struggling To Find Your Starting Point This New Year?

 

 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Kaleidoskop Kepimpinan

Oleh Rabi'ah Mutalip. Menggabungkan rangka kerja otak yang berwarna ke dalam program pembangunan kepimpinan dan budaya organisasi boleh memupuk budaya kepimpinan yang lebih inklusif dan berkesan di mana individu dihargai kerana kekuatan dan sumbangan unik mereka, tanpa mengira warna otak mereka.

Feb 27, 2024 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Barang yang Lepas Jangan Dikenang

Tip Kepimpinan adalah satu rancangan hebat yang mendorong anda untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Tontonilah sekarang dan jadilah seorang pemimpin yang hikmat.

Mar 02, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest