Mencapai Impian Perlukan Tindakan Yang Berani

Sep 06, 2018 6 Minit
tindakan, pelan, nota

Sepanjang yang saya ingat, hidup saya ini penuh dengan detik-detik mengambil tindakan. Saya tidak suka bercakap lama tentang sesuatu. Saya lebih gemar menyalurkan tenaga dan motivasi saya untuk melakukan sesuatu.

Tindakan bukan sahaja lebih berhasil daripada kata-kata — ia mendorong anda ke arah sesuatu yang ingin anda capai.

Saya masih teringat perbualan saya dengan seorang eksekutif perhubungan awam (PR) semasa acara perangkaian beberapa tahun yang lepas. Biarpun ia bukan perbualan yang mendalam, tetapi meninggalkan kesan mendalam pada saya.

Katanya, bekerja dalam bidang PR adalah impiannya selama ini — tetapi dua ketakutan menghantuinya semasa di universiti: dia bukan seorang yang pandai bergaul dan juga bukan rajin sangat. Dia ‘selalu melakukan sekadar cukup makan sahaja’.

Berkaitan: 5 Ketakutan Yang Perlu Diatasi Untuk Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Sementara itu, seorang teman pelajarnya amat pandai bergaul dan juga rajin belajar.

Dia bermimpi untuk menjadi penerbit filem dan berusaha dengan penuh hati dan jiwa di universiti. Dalam setiap perkara berkaitan penerbitan, dia sememangnya yang paling celik.

Dalam usaha mengatasi kelemahannya, eksekutif PR ini (kita panggilnya ‘Sarah’) berikhtiar mengambil empat tindakan apabila menyedari betapa kuat impiannya untuk membina kerjaya dalam bidang PR. 

Berikut adalah tindakan yang diambilnya:

  • Menghadiri dua acara sosial setiap bulan, dan memulakan perbualan dengan sekurang-kurangnya tiga orang yang tidak dikenalinya mengenai minat mereka dan kenapa mereka mempunyai minat berkenaan.
  • Membaca biografi tiga atau empat orang yang disanjungi dalam dunia media/bisnes setiap bulan, meluangkan dua jam untuk membaca setiap hari (14 jam membaca = sebuah atau dua buah buku setiap minggu.)
  • Menghubungi agensi dan individu dalam industri media/bisnes dan menawarkan diri untuk bekerja tanpa bayaran dengan mereka supaya dapat menyelami pengalaman sebenar industri berkenaan (Ini dilakukan semasa cuti hujung minggu dan cuti semester.)
  • Menyelami sekurang-kurangnya satu pengalaman baharu setiap minggu untuk memesrakan dan menyesuaikan diri dengan situasi baharu (dan juga sebagai peringatan untuk bersenang-senang sekali-sekala.)

 

Di samping pelajarannya, Sarah mula mengambil tindakan. Ia tidak mudah tetapi dia sedari bidang yang diminatinya memerlukan sikap ‘Boleh Lakukan’.

Miliki masa hadapan anda

Ramai orang mempunyai banyak idea hebat tentang ke mana mereka hendak pergi dan siapa mereka ingin jadi — tetapi idea-idea sahaja tidak berguna.

Sarah menyedari hakikat bahawa dalam dunia PR, membaca buku dan mempunyai kemahiran teknikal adalah penting, tetapi ia memerlukan usaha yang melampaui itu untuk bermula dan kekal dalam kerjaya yang bermakna dan berjaya.

Apabila Sarah mula menggalas tanggungjawab membentuk masa hadapannya, dia telah melakukan dua perkara, sama ada dia sedar atau tidak:

  • Dia mengambil milik potensi masa hadapannya. Ini bermakna tidak ada orang lain yang boleh dipersalahkan jika dia gagal mencapai cita-citanya. Hasilnya, usaha dan produktivitinya meningkat dengan ketara. Tiada sebarang sesuatu yang dilakukan setengah masak.  
  • Dia tidak mengaku kekangan yang difikirkan. Sarah bukan seorang yang pandai bergaul mesra atau rajin belajar tetapi dia tidak membenarkan kelemahan ini mentakrifkan dirinya. Dia sedar “Saya bukan” adalah jauh berbeza daripada “Saya tidak boleh jadi” — yang pertama berkaitan dengan masa kini dan boleh bertukar manakala yang kedua adalah muktamad. Perkataan yang kita gunakan dalam naratif diri adalah lebih berkuasa daripada yang kita sedari.

Anda terlena, anda kalah. Mulakan sekarang.

Tanya saya kepada Sarah, “Apakah yang membuat anda menetapkan tindakan-tindakan itu bagi diri anda?”

Jawabnya, “Rakan saya, yang ingin menjadi penerbit filem itu, selalu bercakap tentang rancangannya dan hasil tindakannya. Ramai orang adalah seperti itu — akan bercakap banyak tentang masa hadapan mereka semacam fantasi yang bermain dalam minda, tetapi kalangan mereka nampaknya sama ada tidak rela atau terdaya mencapai sebarang apa selain daripada berangan-angan.

“Saya sedari ketika itu saya perlu lakukan sesuatu yang berbeza. Sesiapa pun boleh bercakap sebarangan, tetapi saya sedar — khususnya berkaitan kerjaya media — ia bukan sekadar menghadiri kelas dan mencapai gred yang baik, tetapi saya mesti menyelaminya. Tetapi jika saya tunggu sehingga saya tamat pengajian baru mula memperoleh pengalaman dan membina rangkaian yang kuat, saya akan ketinggalan empat tahun. Empat tahun adalah masa yang lama dalam mana-mana industri — banyak perubahan berlaku dalam sekelip mata.”

Berkaitan: 6 Tip Untuk Diamati Semasa Tempoh Percubaan Bekerja

Kadang-kadang saya membuat orang lain gila dengan idea-idea saya. Ia bukan kerana saya banyak bercakap sangat tentang apa yang saya mahu berlaku tetapi bahawa saya ingin membuatnya berlaku, sekarang.

Jika seseorang memberitahu sesuatu idea boleh dilakukan dalam masa enam bulan, saya mahukan ia dilakukan dalam tempoh tiga. Bukan saya hendak memberi tekanan tambahan kepada diri atau orang lain.

Kerana seperti Sarah, saya sedar sesuatu idea itu bukan unik sangat. Kerap kali orang lain pun mempunyai idea yang sama atau serupa seperti anda. Faktor penentu ialah siapa yang melaksanakannya dahulu.

Anda mungkin mengujar: “Membuat sesuatu lebih cepat akan menaikkan risiko membuat kesalahan.” Itu hujah yang sah, dan yang penting sekali dipertimbangkan sekiranya anda membina pesawat terbang, kereta pandu diri, atau menghasilkan rawatan perubatan inovatif.

Namun, membuat sesuatu dengan lebih cepat tidak perlu bermakna mengetepikan kualiti.

Dalam pengalaman saya, kita biasanya memberi masa yang lebih untuk melakukan sesuatu. Kebanyakan orang cukup berhati-hati, dan mereka mahu memastikan bahawa setiap perincian begitu sempurna sekali, dan kemudian menyemaknya 10 kali berulang… dan kemudian mereka mahu menunggu untuk saat yang tepat — yang jarang berlaku pada ketika anda mengharapkannya.

Sarah boleh menunggu setahun dua untuk membolehkan masa pengajian di universiti mempersiapkannya menjadi lebih yakin dan pasti dengan diri untuk kerjaya dalam industri media. Dia boleh mengambil kesempatan menjalin rangkaian dan menimba pengalaman semasa bekerja secara sambilan, termasuk mencuba pelbagai kerja baharu.

Dan dia pasti akan perlu membaca beberapa buah buku dan artikel untuk tugasan dan peperiksaan.

Seperti rakannya yang beria-ia menjadi penerbit filem, dia boleh memfokuskan sepenuh masanya pada pengajiannya dan berharap ia cukup untuk mendapatkannya pekerjaan impiannya.

Mimpi tanpa tindakan tidak bernilai

Yang bercita-cita menjadi penerbit filem akhirnya bekerja dalam bidang pengiklanan. Kecemerlangan teknikal dan pengetahuannya dalam bidang tersebut mendapatkannya pekerjaan yang stabil dan agak selamat di mana dia kemungkinan besar akan mendapat gaji yang lumayan.

Sudah pasti ini bukan hasil yang buruk, dan dia mungkin juga terlibat mewujudkan iklan-iklan hebat yang kreatif, berani, menghiburkan dan menarik. Mungkin dia sudah lupa tentang mimpinya membuat filem untuk layar perak. Mungkin dia belum.

Perbualan saya dengan Sarah membuat saya terfikir: apakah yang mungkin terjadi sekiranya dia merangkakan tindakan yang serupa dengan yang dilakukan Sarah untuk memaksimumkan mimpi membuat filem itu satu kenyataan?

Bagaimana jika dia sedar bahawa bakat sahaja tidak akan membawanya sepanjang perjalanan?  Bagaimana jika dia mengambil masa untuk menjangkau tokoh industri, atau menyertai acara rangkaian, menganjurkan pesta filem amatur, atau memulakan kumpulan membuat filem?

Banyak ‘apa-jika’, saya tahu.  Perbualan itu tidak membuat saya terasa sedih untuk penerbit filem yang beria-ia itu, yang kemudiannya menjadi pengiklan.

Sebaliknya, perbualan itu meningkatkan rasa terima kasih saya memandangkan saya seorang yang selalu bekerja menolak sempadan, dan mengesahkan kepercayaan saya bahawa idea tetap idea tanpa tindakan.

Akhir kata

Masa hadapan milik kita.

Orang lain boleh membimbing, menyokong dan memberi bantuan kepada kita. Tetapi yang menentukan bentuk susuk kehidupan kita terletak dalam pilihan yang kita buat —  bagaimana kita mempergunakan ciri-ciri terbaik kita buat masa ini untuk menyediakan peluang terbaik untuk diri buat masa hadapan.

Detik ini, di sini, adalah saat masa hadapan anda dibentuk — dan apa yang anda buat — sama ada aktif atau pasif — akan menentukan hala tuju kembara anda.

Bakat sahaja tidak cukup untuk membantu kita mencapai cita-cita kita. Untuk mengecapi visi, kita perlu bermimpi; untuk mengecapi mimpi, kita perlu konsisten mengambil tindakan yang disengajakan dengan penuh tekad yang akan mendekati kita dengan kerjaya dan kehidupan yang kita inginkan. Tidak sesiapa yang boleh mengambil tindakan itu untuk kita.

Kalangan orang mungkin mempunyai setiap sesuatu yang mereka perlu dalam kehidupan untuk berjaya, tetapi masih tidak mencapainya. Kalangan yang lain pula berjuang dan berusaha mengatasi rintangan untuk berjaya lebih daripada yang terfikir mereka.

Akhirnya, bukan apa yang anda ada atau kata yang penting: ia terpluang kepada apa yang anda buat dengan apa yang anda ada, dan betapa mendalamnya anda ingin berjaya yang mengorak jalan ke arah menjadikan mimpi anda berubah menjadi kenyataan.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Taking Bold Action Is What Brings Our Dreams To Life.

 

 

 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Kehidupan

Jangan Melangkau Masa Lalu

Oleh Michelle Gibbings. Orang sering berhujah bahawa melihat ke belakang menghalang seseorang daripada bergerak ke hadapan tetapi ia adalah salah. Semak imbas untuk mengetahui cara kita boleh belajar daripada masa lalu dan mendapat yang terbaik daripadanya!

Feb 13, 2023 4 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Membina Pembangunan Diri

Membimbing orang lain dalam kehidupan dan kerjaya mereka dapat memberi peluang kepada kita untuk mengembangkan potensi dan meningkatkan pembangunan diri kita. Mari ketahui lebih lanjut tentang membina pembangunan diri bersama Roshan Thiran.

Apr 03, 2024 44 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest