Stres Boleh Jadikan Anda Pemimpin Yang Hebat

Sep 10, 2018 2 Minit
stres, pemimpin, berusaha

Stres memang merunsingkan tetapi ia juga mampu memberi kesan positif kepada bisnes jika diuruskan dengan baik. Stres yang bagus adalah apa yang kita rasa itu boleh memberikan keuntungan kepada bisnes kita.

Contohnya stres macam mana hendak mengembangkan bisnes. Maka kita akan berusaha untuk mencari ilmu yang mampu membantu kita memberikan idea untuk mengembangkan bisnes.

Stres tanpa tindakan tidak berguna. Jangan stres tanpa memikirkan penyelesaiannya. Itu hanya akan membebankan diri dan memeningkan kepala sahaja.

Apa yang ingin diketengahkan di sini adalah bagaimana anda mengawal stres agar anda mampu menjadi pemimpin yang hebat kepada staf dan bukan hanya sekadar bos.

Bolehkah stres menjadikan anda pemimpin yang hebat? Jawapannya, ya!

Berfikir dengan lebih pantas

Jika stres berlarutan kepada diri anda, maka ia akan mengganggu kesihatan. Tetapi jika ada stres sedikit, ia akan membantu anda untuk sentiasa ‘on track’ dan berfikir lebih pantas. Fahami keutamaan anda. Jangan serabutkan diri dengan politik pejabat. Stres yang muncul daripada masalah yang serius akan dapat diatasi dengan tenaga mental yang kuat.

Membentuk pasukan yang lebih baik

Pemimpin yang stres dan risau bagaimana hendak melengkapkan matlamatnya dengan cepat akan bertindak lebih efektif apabila bekerja dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah.

Sama seperti atlet bola sepak yang berasa gementar sebelum menghadapi perlawanan yang besar. Perasaan gelisah dan risau itu akan membantu dan memotivasikan mereka untuk melakukan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Berkaitan: Jika Mahu Pergi Jauh, Buatlah Kerja Berpasukan

Melatih diri menguruskan tekanan 

Apabila anda selalu mengalami stres, lama-kelamaan anda akan terbiasa mengatasinya dan bertindak secara optimum ketika berada dalam situasi yang kritikal. Pemimpin yang sudah biasa berhadapan dengan stres akan lebih ‘cool’ dan tenang membantu pasukannya mengendalikan masalah bisnes yang dihadapi. Elakkan suasana panik dan menunding jari antara satu sama lain.

Andai kata masalah dalam bisnes adalah pada tahap yang menggusarkan. Pemimpin yang bijak mengawal stres akan menghadapinya dengan tenang. Apabila orang lain, khususnya staf, melihat anda tenang, maka mereka akan meletakkan kepercayaan pada anda. Ini akan menggalakkan mereka untuk berfikir lebih positif dalam menyelesaikan masalah yang menimpa bisnes.

Menggalakkan pemikiran yang lebih kreatif

Bisnes yang berada dalam zon selesa akan membuatkan anda leka dan semakin malas. Akhirnya bisnes itu akan terjunam apabila stress melanda akibat masalah yang datang dengan tiba-tiba ke dalam bisnes yang anda usahakan.

Pemimpin yang tidak merasai tekanan dan membiarkan tekanan itu 100% ditanggung oleh pasukan sebenarnya adalah pemimpin yang tidak mahu bekerja keras untuk bisnes. Pemimpin sebegini gagal memberi inspirasi kepada staf mereka untuk bekerja secara konsisten dan bersemangat.

Jadilah ketua yang kreatif dalam meningkatkan produktiviti pekerja dengan memberi penyelesaian yang kreatif dan memberi inspirasi kepada mereka untuk memberikan sebaik mungkin usaha kepada bisnes anda.

Akhir kata

Stres dalam kerja dengan sukatan yang terhad boleh menjadikan anda pemimpin yang kuat dan hebat. Ia meneroka tahap kemampuan anda untuk menyelesaikan sesuatu isu dan kekal berada dalam keadaan tenang. Ini akan mempengaruhi anggota pasukan anda untuk mengekalkan momentum yang positif demi kejayaan bisnes anda.

Sumber: Majalah Niaga. Diulang siar dengan kebenaran.

 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pemimpin

Bagaimana Pemikiran Utopia Boleh Menginspirasikan Pemimpin Perniagaan

Oleh Marc Le Menestrel. Eksekutif dihantui oleh kesan alam sekitar industri mereka. Bolehkah pemikiran utopia, menumpukan pada pemenuhan nilai teras manusia, menawarkan penyelesaian?

May 20, 2024 4 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Memberi Reaksi atau Respons

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita mempunyai pilihan sama ada ingin memberikan reaksi atau memberikan respons melalui perbuatan kita. Jadi, utamakan memberi respons supaya hidup lebih positif dalam apa jua keadaan.

Jul 30, 2024 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest