COVID-19 Adalah Ujian untuk Kepimpinan

Jul 21, 2020 4 Minit
Ernest Antoine

Saya dibesarkan di Ipoh Malaysia dalam komuniti berbilang kaum dan budaya. Keluarga Melayu, Cina, India dan Punjabi tinggal berhampiran. Kanak-kanak bermain bersama-sama, semua orang meraikan perayaan yang sama – Hari Raya, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina.

Komuniti yang lebih tua sentiasa memastikan kami tergolong dalam keluarga yang besar. Mereka tidak mengganggap ada perbezaan di antara kami. Malah mereka juga mewujudkan komuniti di mana semua orang tergolong dan rasa dihargai.

Ketika diperlukan, kami sentiasa ada untuk membantu. Ahli sains menyebutnya sebagai komuniti sosial. Hubungan yang kami ada, inilah yang menyatukan kami dalam apa jua keadaan sama ada yang baik atau yang buruk.

Setiap kali ada kematian dalam keluarga, perkahwinan, kelahiran anak baru atau peristiwa penting, semua masyarakat akan bersatu untuk membantu. Pemimpin pada masa muda secara aktif memupuk nilai-nilai sosial: mereka tahu bahawa kami saling memerlukan antara satu sama lain.

Hari ini, Malaysia adalah di tempat yang berbeza. Ia lebih kompleks, tidak menentu, lebih konflik, dan terganggu. Kedatangan COVID-19 telah mengubah Malaysia. Semua orang tahu bahawa COVID-19 adalah penyakit dan ia memberi kesan jangka panjang dan teruk kepada ekonomi negara.

Kesan ini perlu ditangani selama bertahun-tahun. Adakah Malaysia akan menjadi komuniti sosial yang diperlukan untuk semua masyarakat? Adakah pemimpin sekarang menyedari perkara ini? Sekiranya demikian, adakah mereka melakukan sesuatu? Bagaimanakah pemimpin dapat memanfaatkan komuniti sosial untuk menangani kesan COVID-19 terhadap masyarakat kita?

Pemimpin, Tunjukkan kepada Kita Bagaimana

Kita sendiri tidak tahu jawapan untuk soalan-soalan yang diajukan ini. Kita berharap terhadap pemimpin kita bahawa semuanya pulih semula. Kita ingin memberitahu pemimpin kita bahawa, kita juga boleh saling bantu-membantu melalui wabak ini.

Untuk mengambil langkah ini, pemimpin-pemimpin perlu mempunyai kepercayaannya terhadap kita. Walaupun menjadi seorang ketua di sebuah kampung (penghulu kampung), pengurus syarikat, ketua pengarah di pejabat kerajaan atau menteri dalam kerajaan tidak semestinya boleh mendapat kepercayaan daripada orang lain.

Pemimpin boleh mendapatkan kepercayaan mereka dengan mengambil langkah pertama. Mereka boleh mulakan dengan menunjukkan rasa empati terhadap kegelisahan, ketakutan, kekeliruan dan kekecewaan orang lain.

Pemimpin harus menunjukkan bahawa mereka benar-benar mengambil berat dan peduli terhadap kehidupan orang lain. Ada di antara mereka kehilangan orang yang disayangi, yang lain pula mungkin sedang menyara saudara mereka yang sedang sakit. Banyak keluarga yang kehilangan sumber kewangan mereka dan mungkin juga tidak mampu untuk memberikan keperluan terhadap orang yang mereka sayangi. Bagi orang yang lebih muda, mungkin mendapati bahawa pelajaran dan kerjaya mereka akan terganggu.

Pemimpin harus mempunyai hubungan yang ikhlas dengan masyarakat, supaya dapat menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan dilupakan dan ketinggalan. Sikap empati yang membina kepercayaan sangat penting untuk kejayaan kepimpinan dalam keadaan yang krisis.

Pemimpin juga harus menunjukkan bahawa mereka boleh mengambil tindakan dengan cepat. Mengambil tindakan dengan cepat dapat mengukuhkan kepercayaan antara pemimpin dan pengikutnya. Sekiranya keputusan mereka berjaya, semuanya pasti akan baik, tetapi jika keputusannya gagal, pemimpin harus bertindak cepat dan meminta maaf, harus mempunyai sikap yang tulus, dan mengambil peluang untuk memperbaiki keadaan.

Pemimpin harus mencari bakat yang terbaik di negara ini, yang boleh memberi tindak balas terhadap COVID-19, menyedari bahawa banyak masalah yang sedang terjadi sekarang memerlukan pakar yang perlu bekerjasama.

Pemimpin harus membimbing, mendorong, menyokong, memberi inspirasi dan menghilangkan segala halangan yang ada. Oleh itu, pemimpin juga harus mendengar dan belajar daripada orang-orang yang hidup pada zaman pandemik ini setiap hari.

Selain itu, pemimpin juga harus berkomunikasi dengan semua masyarakat, memberi maklumat terkini mengenai tindakan yang perlu diambil untuk mencegah wabak tersebut. Kerjasama antara pemimpin dan masyarakat akan menjadi bukti bahawa komuniti sosial ada di negara ini.

Ujian sebenar sebagai pemimpin adalah, adakah komuniti sosial ada di antara masyarakat. Adakah orang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Bolehkah mereka memberi sokongan dan menjaga anggota komuniti di kawasan kejiranan mereka walaupun mereka tidak dapat bersemuka?

Pemimpin harus mendorong ahli komuniti mereka untuk memberikan sokongan emosi antara satu sama lain. Walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) telah mengehadkan jarak fizikal antara kita, tetapi ini tidak boleh dipandang sambil lewa terhadap hubungan secara emosi. Contohnya, berhubung dengan individu lain melalui talian atau bertukar hadiah telah membuatkan peningkatan emosi yang sangat tinggi.

Di samping itu, pemimpin seharusnya tidak hanya mendorong orang untuk terus berhubungan dengan orang lain, mereka juga harus menunjukkan bagaimana mereka melakukannya sendiri. Apabila pemimpin menunjukkan cara bagaimana ia dilakukan, pasti individu lain akan mengikutinya. Mungkin kita pernah mendengar ini, kekuatan tingkah laku seorang pemimpin tidak boleh dipandang rendah.

COVID-19 telah menguji persepakatan antara kita. Ini adalah ujian yang kita tidak boleh gagal. Tidak ada seorang individu pun yang mempunyai jawapan untuk ini, jadi di hadapan kita memerlukan percubaan dan kesilapan.

Sekiranya kita tetap bersama, kita akan menjadikannya sebagai sebuah negara yang bersatu. Jika kita hanya mementingkan diri sendiri, itu adalah resipi kegagalan. Namun, komuniti sosial kita berada dalam tekanan bahkan sebelum COVID-19. Bolehkah pemimpin kita memperkuatkan komuniti sosial kita dan membawa kita keluar dari krisis ini? Hanya masa yang akan menentukan.

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

 

 

 

 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Kepimpinan Harus Menjadi Sukan Berpasukan

Oleh Graham Ward. Kepimpinan dan pengikut berkait rapat dalam tarian simbiotik. Terokai cara peranan yang lancar untuk memperkasakan pasukan dan memupuk potensi kepimpinan.

May 07, 2024 5 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest