Rasa Bosan? Cubalah Sesuatu Yang Baharu

Sep 12, 2019 1 Minit
aktiviti baharu, aktif, aktiviti luar zon selesa

Mudah sekali kita berasa selesa dengan hidup kita dan cuma membuat perkara-perkara dalam zon selesa. 

Dalam zon ini, hati kita tidak mudah terguris; kita mungkin menjadi begitu mahir membuat sesuatu yang biasa kita lakukan; dan jangkaan kita barangkali selari dengan suasana sekeliling, jadi kita tidak kecewa.

Tetapi dalam suasana biasa-biasa ini, unsur magik tidak dinikmati. Secara terus-terang, saya boleh berkongsi bahawa tiada apa yang baik dalam hidup saya pernah berlaku dalam suasana selamat zon selesa saya. 

Dalam saat-saat yang anda merasa diri tercabar, tatkala anda ingat ‘Sial sekali, mungkin ini bukan idea yang bagus’ dan kemudian terasa ingin menyerah – jika anda boleh melepaskan diri dari keraguan itu dan mengorak langkah keluar – saya berjanji, perkara-perkara yang bagus akan berlaku.

Jika hidup mula merasa rutin dan biasa-biasa belaka – cuba perkara baharu. Berikut adalah beberapa tip untuk berbuat demikian:

1. Jangan takut 

Ketakutan menghalang kita daripada melakukan banyak perkara. Jangan segan bercakap dengan orang yang anda tidak kenali, atau cuba kemahiran baharu. Mereka juga mungkin sama-sama gentar. Jika anda mengambil inisiatif, kerapkali mereka akan membalas  dengan sambutan yang mesra.

Apa sekalipun akan berasa janggal apabila dilakukan buat beberapa kali pertama, tetapi sekiranya anda kerap bertemu dan bercakap dengan lebih ramai orang yang tidak dikenali, anda akan mula merasa lebih selesa (atau seperti saya, anda akan mencari jalan untuk membuat remeh kejanggalan yang anda rasai).

2. Bermula secara kecil-kecilan

Anda akan berhadapan dengan banyak pilihan. Sekiranya anda ingin belajar memasak, kunjungi perpustakaan baik yang fisikal mahupun dalam talian – cari buku masakan dan cuba beberapa resipi, atau pinjam buku dalam genre yang anda biasanya tidak akan baca. Cuba buat kerja sukarela – beberapa jam yang anda luangkan pasti membantu seseorang dan anda mungkin belajar sesuatu yang baharu dalam proses itu. Cuba sukan yang baharu, atau pergi berjalan-jalan di lokasi baharu. Hubungi kembali seseorang teman yang sudah menjauhkan diri. Kita semua cukup sibuk dengan kehidupan harian dan hubungan dengan teman mudah menjadi renggang. Hubungi seseorang yang anda sudah lama tidak hubungi dan cadangkan untuk pergi ke sesuatu tempat yang anda belum pernah kunjungi.

Berkaitan: Jangan Jadi Yang Biasa-Biasa. Jadi Yang Terbaik.

3. Simpan jurnal

Saya peminat besar aktiviti menyimpan jurnal, menulis catatan tentang aktiviti hidup. Apabila anda mencuba perkara baharu, buat catatan. Apa yang anda suka/tidak suka? Adakah ia mencetuskan idea-idea lain? Bangunkan idea itu. Buat senarai perkara yang anda ingin cuba dan tandakannya apabila sudah selesai membuatnya.

4. Bertahan

Jangan cepat menyerah kalah – jarang sekali seseorang itu membuat sesuatu dengan baik pada kali pertama dia melakukannya. Apabila saya cuba luncur air dengan anak saya Sam semasa tahun lompangnya, saya terjatuh begitu banyak kali yang tak terkira. Cukup sukar berenang menentang arus besar dan terpaksa mengerah tenaga apabila terjatuh berkali-kali. Tetapi lama-kelamaan, anda akan boleh berdiri, dan rasanya sungguh enak sekali. Rasa pencapaian begitu seronok sekali, mengatasi segala rasa mengarut yang dialami.

Akhir kata

Saya berharap tip-tip ini akan menginspirasikan anda untuk melangkah ke luar dan cuba sesuatu yang baharu.

 

Richard Branson ialah pengasas Kumpulan Virgin.
Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Stuck in a rut? Tips on Try something new.
Sumber imej terencana: The Virgin Strive Challenge

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Tujuan Diri, Visi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kerja

Cara Menangani Tingkah Laku Pasif-Agresif di Tempat Kerja

Oleh Michelle Gibbings. Menyahkod tingkah laku pasif-agresif di tempat kerja. Lihat, hadapi, dan pupuk budaya akauntabiliti. Ambil tanggungjawab anda sekarang.

May 13, 2024 5 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest