Apa yang boleh menjadikan seseorang jadi pemimpin yang terbaik? Jawapan untuk soalan ini telah dikaji oleh organisasi, Google, setelah beberapa tahun. Data yang baru-baru ini telah diterbitkan pada artikel 2019 dari Inc. Magazine ‘Here’s How Google Knows in Less Than 5 Minutes if Someone Is a Great Leader’. Ia telah terbukti bahawa komunikasi antara seorang pemimpin dan ahli pasukan memberi keputusan prestasi yang tinggi.
Fakta ini telah didedahkan pada kajian yang telah dibuat semula oleh data Google pretasi pada tahun 2016, untuk mengukuhkan keputusan syarikat lapan tahun sebelumnya. Projek Oxygen, yang dikenali, terlibat didalam 100 pembolehubah dan kajian data – seperti ulasan pretasi dan kaji selidik dalaman daripada pengurus teknikal – untuk merungkai apakah yang dapat membuat seseorang menjadi pimimpin yang baik.
Sikap yang paling penting yang didapati ialah ‘membina hubungan’ antara pengurus dan pekerja, kata Laszlo Bock, Naib presiden People Operations, apabila dia membuat laporan. Ini membuktikan kebolehan kita untuk berhubung antara satu sama lain ialah kemahiran yang memberi impak kepada keputusan organisasi terbuka. Namun kajian menunjukkan terdapat defisit sambungan di kebanyakan tempat kerja hari ini.
Penyelidikan pekerja yang disiapkan oleh Syarikat Pusat Penyelidikan Pew dan Ken Blanchard melaporkan:
81% mengatakan pemimpin mereka tidak mendengar
82% mengatakan pemimpin tidak menyediakan maklum balas yang sesuai, manakala
34% berjumpa dengan boss seminggu sekali
28% Jarang membincangkan matlamat masa depan dan tugasan bersama boss, manakala 70% berharap mereka dapat lakukannya,
36% Tidak pernah menerima maklum balas pretasi, manakala 67% berharap menerimanya
Isu prestasi
Fikirkan waktu kali terakhir ketika anda sedang melihat kumpulan anda bekerjsama. Pada suatu ketika, seorang individu berhenti berhubung dengan ahli kumpulan yang lain; disitu anda dapat melihat tenaga kerjasama runtuh dan mereka berundur kembali ke cengkerang mereka.
Kita kurang memberi perhatian terhadap tingkah laku ahli pasukan sendiri ‘menyemak’. Kita sentiasa berfikir individu ini mereka tidak bekerjasama, tingkah laku yang tidak prodaktif dalam kumpulan – Kita menjauhkan diri dari mereka, bercakap belakang tentang mereka, dan mulakan pengurusan pretasi dan cuba untuk membetulkan masalah.
Ini kemudian di luar kawalan: penglibatan pekerja terus menurun, isu prestasi menjadi lebih mencabar dan pembahagian semakin besar, sering menyebabkan peletakan jawatan pekerja atau, lebih buruk lagi, bakat yang berpotensi diberhentikan bekerja.
Apabila kita merasa naluri kita mencetuskan neurokimia yang menjadikan kita sangat baik. Dopamin, oxytocin dan endorfin memberi kita rasa lebih baik; itu yang membuat kita seperti ingin bekerja dan membuat perhubungan dengan yang lain.’ Kerjasama terjadi dan pretasi naik.
Fakta, kajian oleh Gallup mendedahkan bahawa syarikat yang mempunyai hubungan membuat pendapatan per saham dan juga pulih pada kadar yang lebih cepat daripada kemelesetan.
‘Apa yang kasih dapat lakukan? Pengaruh budaya yang berbelas kasihan di jangka masa yang lama.’ Menunjukkan kita bahawa pekerja merasa bebas untuk menunjukkan kasih sayang, kelembutan, dan mengambil berat diantara satu sama yang lain yang boleh membuatkan mereka merasa puas dengan kerja mereka, komited dengan organisasi dan bertanggungjawab.
Jalan penyelesaian sendiri
Kajian menunjukkan kita, walaupun dengan semua teknologi yang kita gunakan sekarang, hubungan terjejas dan ia semakin meningkat. Ini membuktikan teknologi membolehkan, tetapi ia bukan jalan penyelesaian untuk isu manusia.
Syarikat yang mempunyai undian ‘tempat kerja yang paling seronok’ atau ‘tempat kerja yang terpilih’ adalah memupuk hubungan antara pekerja dan organisasi. Sylvia Vorhauser-Smith, naib presiden penyelidikkan di PageUp People, mengatakan, syarikat ini adalah ‘Memenuhi keperluan manusia yang lebih altruistik dan asas untuk merasa bersambung dan menjadi bahagian penting dalam sesuatu yang lebih besar’.
Rasa yang disambungkan adalah keadaan manusia yang muktamad. Pekerja boleh bekerja dalam keadaan menjadi diri sendiri dan dihargai dan diberi ganjaran. Mereka rasa difahami dan mereka jelas mengenai sumbangan yang mereka lakukan kepada organisasi yang berprestasi. Mereka menyukai apa yang mereka lakukan dan mereka rasa seperti mempunyai hubangan yang akrab antara satu sama lain, klient, pemimpin, dan juga organisasi yang betul.
Hubungan ini dibina untuk membantu pekerja mempunyai hak untuk bersuara dan dapat melakukan kelainan. Ini adalah perkara yang terbaik untuk kedua belah pihak iaitu pemimpin dan pekerja, pasukan dan juga organisasi.
Apabila pekerja diberi dorongan untuk berhubung, berkomunikasi, dan bekerjasama dengan lebih baik, ini membantu untuk meningkatkan produktiviti. Disebalik ini, ia mempunyai impak yang kekal, syarikat yang setia, dan juga, pretasi keseluruhan organisasi.
Oleh Kiran Tuljaram. Membongkar rahsia kepimpinan dan gerakan strategik yang mendorong organisasi mencapai kejayaan dalam segala rintangan. Temui cara untuk memupuk budaya inovasi, ketangkasan dan daya tahan untuk menjadikan organisasi anda berkembang maju dalam menghadapi sebarang gangguan.
Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.
Tip Kepimpinan adalah satu rancangan hebat yang mendorong anda untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Tontonilah sekarang dan jadilah seorang pemimpin yang hikmat.