Sejauh Manakah Kata-Kata Anda Meninggalkan Kesan?

Apr 15, 2019 5 Minit
kata-kata

Kita ambil contoh mudah:
“Bos, saya nak ambil cuti, boleh? Bos tahu tak, saya dah kerja tanpa mengambil cuti sepanjang bulan 2?”
“Bos, saya nak minta izin ambil cuti beberapa hari. Saya langsung tak ambil cuti sepanjangbulan 2.”

Mana satu daripada permintaan di atas yang lebih memberi kesan apabila disuarakan? Barangkali yang kedua, ‘kan? Sekalipun kita boleh mencari analisis dan teliti dengan jelas, hakikat kedua-duanya memberikesanyang berbeza mampu mengubah pandangan kita terhadap perkara yang diucapkan melalui cara penyampaiannya.

Kita semua pernah mendengar ungkapan, ‘Tinta lebih tajam daripada mata pedang’. Sudah tentu, kata-kata yang kita gunakan jauh lebih berkuasa sehinggakan mampu menggegarkan seantero dunia.

Mari kita hayati demonstrasi aman yang didorong oleh idea dan bait-bait kata penuh inspirasi seperti:

  • Perarakan Garam oleh Gandhi (1930) – membuka laluan bagi India untuk memperoleh kemerdekaan
  • Pemboikotan Bas di Montgomery (1955-56) – menjadi pemangkin bagi Pergerakan Hak Sivil pada era 1960-an
  • Revolusi Nyanyian (1986-91) – tiga buah negara berjaya meraih kedaulatan setelah empat tahun berdemonstrasi, dengan kebanyakannya melibatkan dendangan lagu kebangsaan negara Estonia, Latvia, dan Lithuania

Bait-bait kata mampu membangkitkan, menyuntik inspirasi, memperkasa, dan mendorong insan untuk mengambil tindakan yang positif bagi mencapai tujuan yang dikongsi bersama serta diimpi-impikan. Sebaliknya, kata-kata juga mampu menjunamkan, menekan, menyeksa, melunturkan semangat, dan merapuhkan nilai diri.


Kata-kata yang diucapkan bukan sahaja memberi kesan yang amat besar. Bahkan di tempat kerja, atau apabila bersemuka dengan seseorang, cara kita berkomunikasi antara satu sama lain memberi kesan terhadap jalinan hubungan, lantas sedikit sebanyak menaikkan atau menjejaskan reputasi diri.

Kajian neurosains membuktikan bahawa kita menjadi cerminan serta terkesan dengan emosi masing-masing (yang dikenali sebagai penularan emosional), sehinggakan kata-kata yang diucapkan dan cara disampaikan hakikatnya boleh membuatkan kita berasa gembira ataupun sedih.

Misalnya, bayangkan di pejabat, anda mendengar dua rakan sekerja sedang bertikam lidah. Anda mungkin tidak dapat mendengar setiap bait kata yang dituturkan, namun hal ini cukup untuk membuatkan anda berasa sesak dada dan tak keruan. Dengan hanya satu insiden, ini cukup untuk mempengaruhi mood kita.

Begitu juga apabila anda mendengar seseorang tertawa semasa berkongsi cerita, sedar tak sedar emosi anda dibajai dengan aura yang baik positif lantas membuatkan anda bersemangat. Inilah sebabnya pemimpin dan pekerja malah setiap orang perlu betul-betul sedar akan kesan yang maha dahsyat daripada kata-kata dan cara kita berkomunikasi dalam mengemudi kehidupan peribadi.

Berkaitan: Pilihan Kata Penting Dalam Membina Perwatakan Pemimpin


Kesedaran diri dan komunikasi yang berkesan

Di tempat kerja, komunikasi positif terhasil daripada dua perkara, iaitu perasaan empati dan belas kasihan. Walaupun rasa empati ini sifatnya neutral, iaitu kita cuba menyelami perasaan orang lain, hakikatnya sifat belas kasihan mendorong kita lebih peka akan sejauh mana perbuatan kita mempengaruhi insan di sekeliling.

Walaupun kita mungkin tidak sedar akan kesan daripada cara kita berkomunikasi, kita pasti sedar akan kesan daripada kata-kata yang diucapkan oleh orang lain.


Jadi, apakah cara untuk memantapkan diri untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan? Asas berputiknya sifat empati dan belas kasihan lahir daripada kesedaran diri, yang seringkali diulang-ulang namun dari segi praktikal, ramai daripada kita yang ambil mudah.

Jika kita sedar kita kerap melakukan kesilapan namun jarang dilanda keraguan, besar kemungkinan kita boleh mempergiat usaha untuk lebih peka dengan diri sendiri.

Berikut merupakan beberapa cara yang disarankan untuk lebih peka dengan diri sendiri, serta memastikan setiap yang kita ucapkan dan cara ucapan tersebut disampaikan dapat membantu kita menjadi penyampai yang lebih berkesan, mewujudkan jalinan hubungan yang utuh dengan insan lain, serta mempertahankan reputasi dan kredibiliti diri supaya kekal positif:

1. Simpan jurnal harian

Hal ini membantu kita meneliti setiap aspek yang melibatkan interaksi, peristiwa, pandangan dan perasaan yang dialami sepanjang hari. Kajian menunjukkan jurnal harian berkesan untuk membantu seseorang dalam mengendalikan emosi, serta memberikan kita kefahaman akan perkara yang kita mampu buat dengan baik dan aspek yang boleh kita perbaiki.

2. Luangkan masa untuk refleksi kendiri setiap hari selama 15 minit

Pada zaman yang serba mencabar dan pantas hari ini, perbuatan menggunakan masa untuk meneliti diri walaupun beberapa minit sahaja boleh diumpamakan seperti mengelat daripada kerja… namun inilah sebab utama kita harus memperuntukkan masa untuk refleksi kendiri.

Jika tidak, kita akan ralit dengan perangai dan cara berfikir di takuk yang sama, dan ini semestinya bakal menjerumuskan kita dalam kekecewaan terhadap diri sendiri, bukannya membantu memperbaiki diri. 

Berkaitan: Merenung Yang Lepas, Membuat Pembaharuan, Melangkah Ke Hadapan


3. Tanya insan yang rapat dengan anda akan kekuatan dan kelemahan diri

Apabila mengajukan pertanyaan, kita selalunya dilayan dengan baik. Lebih-lebih lagi apabila kita merupakan salah seorang pemimpin di situ, boleh kata perjalanan harian kita ditaburi dengan senyuman manis dan puji-pujian, disertai kalimat “Baik bos!” Walaupun hal ini bagus untuk ego manusia, namun situasi ini mengekang kita daripada mengenali diri sendiri.

Jadilah proaktif dalam mendapatkan maklum balas akan perkara yang kita lakukan dengan baik serta aspek yang kita perlu perbaiki (beserta contoh) supaya kita lebih peka dengan diri sendiri dan faham akan sejauh mana insan lain terkesan dengan diri kita.

4. Buat ujian personaliti

Ada isu tertentu dengan ujian personaliti (seperti tahap kebolehpercayaan yang boleh diragui), namun ujian sebegini membantu kita mengenal pasti akan aspek yang boleh diberi tumpuan dalam memahami ciri-ciri dan sifat kita sendiri.

Ujian ini bukannya untuk menunjukkan diri kita yang sebenar, dan keputusan yang diperoleh bukannya betul 100%. Sebaliknya, ujian ini memberi gambaran keseluruhan akan pandangan manusia terhadap kecenderungan, pantang larang, dan gaya kita berkomunikasi di mata mereka.

Anda boleh mulakan dengan ujian MBTI, serta ujian personaliti ‘Big Five’ secara percuma dan mari kita lihat sama ada hasilnya tepat ataupun tidak.

Tunggu apa lagi!


 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik How Much Influence Do Your Words Have?


Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Identiti

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

Penangguhan

Petua Mengatasi Berlengah-lengah Mengikut Puncanya

Oleh Marulam Sitohang. Lebih banyak anda tahu tentang sebab anda berlengah-lengah, lebih bersedia anda untuk mengubah pemikiran anda mengenai tingkah laku itu.

Dec 18, 2023 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Berbaloi Mengotori Tangan Anda

Kepimpinan hanya boleh dipelajari dan dibentuk dalam proses mengotori tangan melalui pengalaman hidup. Konteks membentuk kebolehan kepimpinan. Tontonilah video ini.   Untuk membaca artikel berkaitan, klik Mengotori Tangan Anda.

Jul 17, 2017 4 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest