Bahasa Jiwa Bangsa

Nov 23, 2018 3 Minit
bendera

Kenapa sesetengah komuniti berkembang maju manakala yang lain pula terjebak dalam kemiskinan dan sentiasa dalam suasana putus harapan?

Inilah persoalan yang kerap difikirkan oleh Roshan Thiran, yang pada ketika itu memegang jawatan kanan di sebuah organisasi global.

Beliau pun mula membuat kajian rambang dan penelitian mendalam untuk mencari jawapannya.

Bersama beberapa orang rakan yang sehaluan pemikiran, termasuk Ang Hui Ming, mereka pun menubuhkan Leaderonomics, organisasi sosial yang berfokus pada pembangunan kepimpinan profesional dan peribadi, 10 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2008. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan yang digunakan.

“Tetapi kami memang prihatin bahawa untuk mendekati isu kepimpinan dalam kalangan masyarakat tempatan, terutamanya generasi muda yang bakal menjadi tunggak kepimpinan negara, kami perlu menggunakan bahasa yang fasih difahami mereka — bahasa Malaysia,” kata beliau.

Lahirnya leaderonomics.com/bm

Justeru itu, pada awal tahun 2017, Leaderonomics melancarkan portal pembangunan kepimpinan dalam bahasa Malaysia — leaderonomics.com/bm — untuk meluaskan pemantapan kepimpinan ini dalam kalangan masyarakat bukan penutur bahasa Inggeris.

Ini adalah antara usaha organisasi sosial ini dalam menyemarakkan transformasi bangsa — dengan menyuntik semangat penambahbaikan dalam individu-individu.

Portal ini muat dengan perkongsian amalan profesional dan peribadi yang terbaik oleh pakar-pakar kepimpinan; tanggapan dan arah aliran kepimpinan oleh ketua-ketua pegawai eksekutif, pemimpin fikiran dan pemimpin sumber manusia; di samping kisah kejayaan sebenar individu yang mengamalkan kepimpinan transformatif dalam kehidupan harian.

Kandungan kepimpinan ini boleh diperolehi secara percuma dalam bentuk artikel, video dan podcast, dan juga disebarkan melalui rangkaian media sosial termasuk Facebook.

“Kami berharap usaha kami ini akan membantu memenuhi keperluan pembangunan kepimpinan peribadi dan profesional warga penutur bahasa Malaysia dan Melayu serumpun yang lain, kata Roshan.

Ini merupakan kembara yang mengujakan bagi Leaderonomics.

Kepimpinan pembawa kemajuan

Tahun ini Malaysia genap 61 tahun merdeka. Masanya tepat sekali untuk kita menggiatkan usaha meningkatkan tahap kepimpinan dalam kalangan warga Malaysia, baik di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Ini kerana kepimpinan yang berkesan amat penting, lebih-lebih bagi sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

“Kami percaya bahawa sesebuah bangsa akan mampu bergerak maju dan mempunyai daya saingan yang kuat jika warganya mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang kukuh. Inilah harapan kami untuk bangsa dan negara Malaysia,” kata Roshan.

Generasi pemimpin semasa bakal diganti oleh generasi muda. Rata-rata, golongan muda ini, yang akan menerajui negara, organisasi dan komuniti, fasih berbahasa Malaysia.

“Kami berharap usaha kami ini akan berjaya mendorong golongan muda untuk menghayati kepentingan kepimpinan. Moga-moga mereka akan mula mengamalkan sifat-sifat kepimpinan yang utuh demi pembangunan nusa dan bangsa,” tambah beliau.

Sambutan menggalakkan

Setakat ini, portal dan Facebook Leaderonomics dalam bahasa Malaysia menerima sambutan yang baik daripada netizen dari Malaysia dan negara-negara serantau yang lain.

“Ini memberi pengukuhan bahawa kami telah melangkah dalam hala tuju yang betul dalam usaha menyemai benih kepimpinan dalam jiwa anak-anak muda negara, dengan menggunakan bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan negara kita,” kata Roshan dengan bangga.

Tahun ini (2018), Leaderonomics menyambut ulang tahun ke-10. Sejak ditubuhkan pada 2008, organisasi sosial ini tetap bertekad kuat dalam usahanya mencapai transformasi bangsa melalui pembangunan kepimpinan seorang demi seorang.

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Identiti

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Nilai

Membenamkan Nilai

Oleh Sonia McDonald. Pemimpin yang dihormati, misi anda adalah untuk menghidupkan nilai untuk kejayaan yang berkekalan. Adakah anda bersedia untuk menghayati dan mengamalkan nilai teras organisasi anda?

Apr 17, 2024 5 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Biar Mereka Gagal

Setiap pemimpin yang hebat pasti pernah gagal berulang kali dalam kembara kehidupannya. Belajar daripada setiap kegagalan. Jangan ulanginya. Jadikan kegagalan-kegagalan itu sebagai batu asas kejayaan masa hadapan. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Tidak Mengapa, Biar Mereka Gagal.

Jul 06, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest