Tip Membuat Tanggapan Pertama Kepimpinan Yang Baik

Nov 26, 2018 1 Minit
Alt

Kebanyakan orang pasti akan membuat penilaian terhadap orang yang ditemui mereka buat kali pertama. Penilaian itu akan dibuat dalam masa beberapa saat pertama pertemuan tersebut. Dan penilaian itu, atau dikenali sebagai tanggapan pertama, akan kekal melekat dalam minda mereka, baik betul atau tidak.

Jadi, adalah amat penting anda berhati-hati dengan penampilan diri dalam pertemuan kali pertama dengan sesiapa jua.

Menurut kajian sains, tujuh saat pertama dalam sesuatu pertemuan adalah tempoh yang anda ada untuk membuat tanggapan pertama. Jadi, pandai-pandailah anda menggunakan tujuh saat itu.

Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip untuk anda membuat tanggapan pertama yang baik dan mengukuhkan reputasi anda dalam kembara menjadi pemimpin yang berwibawa:

Senyum 

Wajah anda amat penting. Wajah yang terukir dengan senyuman manis dipandang dan besar kemungkinan terpahat dalam fikiran orang yang anda temu buat beberapa lama.

Tetapi berjaga-jaga. Jangan keterlaluan bersenyum — nanti mereka tersalah anggap anda tidak ikhlas atau rimas.

Sebaliknya, senyuman nipis ada manfaatnya — membuat orang lain berasa selesa dengan diri anda. Ia juga dikatakan mengurangkan hormon tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan. Memandangkan keperluan membuat tanggapan pertama yang baik mungkin menaikkan tahap stres, bersenyum adalah cara terbaik untuk meredakan ketegangan jiwa buat anda dan mereka yang anda temu untuk kali pertama.

Berjabat tangan

Berjabat tangan diterima di peringkat antarabangsa sebagai tanda kesopanan profesional. Berjabat tangan mengikut cara yang betul menyampaikan keyakinan.

Anda mungkin kurang percaya tetapi cara berjabat tangan adalah seni halus. Jangan terlalu kuat menjabat tangan yang lain, seolah-olah anda ingin meremukkan tangannya, atau menjabat tangan dengan begitu lemah, seakan-akan nyawa-nyawa ikan pula. Berjabat tangan dengan genggaman yang sederhana kuat dan selesa.

Buat hubungan mata

Buat hubungan mata dengan orang yang anda temui. Ini memberi gambaran bahawa anda yakin dan berminat dengan apa yang diperkatakan mereka.

Di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, hubungan mata bermakna anda menghormati seseorang yang anda temui. Bagaimanapun, jangan keterlaluan nanti anda disalahkan merenung tajam pula. Perbuatan sedemikian dianggap kurang sopan. Ketahui bila anda patut membuat hubungan mata, dan bila anda patut menoleh ke tempat lain.

Bercakap dengan yakin

Ramai orang ada banyak perkara yang ingin diucapkan tetapi mereka tidak bercakap dengan yakin atau jelas. Malangnya, ketidakyakinan anda itu boleh membuat anda terlepas pandang oleh orang lain.

Anda perlu menonjolkan diri secara positif dan menarik minat sesiapa yang anda temui untuk memberi perhatian kepada anda. Berkongsi pendapat anda dengan suara yang tenang dan yakin, biarpun anda mungkin bercanggah fikiran dengan kenalan baharu itu. Nada suara sedemikian dipercayai akan menarik minat orang lain, dan mengukuhkan pendirian anda sebagai seorang yang sabar dan tidak mudah dipergeserkan.

Berpakaian sesuai

Sudah tentu penampilan fizikal adalah penting. Orang yang anda temui buat kali pertama tidak kenali anda, jadi penampilan anda adalah petunjuk pertama baginya mengenai diri anda.

Tetapi, jangan risau! Ini tidak bermakna anda perlu kelihatan seperti model untuk membentuk tanggapan pertama yang kuat dan positif. (Kecuali jika anda menemu ramah dengan agensi model tempatan!)

Fikirkan cara berpakaian anda. Apakah kod pakaian yang sewajarnya bagi acara atau mesyuarat itu? Untuk perjumpaan bisnes, apakah pakaian bisnes yang sewajarnya. Apakah kod pakaian yang akan dipakai oleh orang yang anda akan temu nanti. Pastikan anda kenali tradisi dan norma sosial tempat itu.

Berkaitan: 6 Tip Untuk Diamati Semasa Tempoh Percubaan Bekerja

Bersikap positif

Amalkan sikap positif dan minda terbuka apabila bertemu dengan kenalan baharu. Biarpun menghadapi kritikan atau mengalami kegelisahan, kawal perasaan anda. Ini kerana itu mungkin cara kenalan baharu menguji perwatakan anda.

Kalau anda cepat lepas geram atau marah, kenalan itu akan membuat tanggapan yang kurang positif tentang anda. Ia juga mungkin menggendalakan sebarang peluang atau kemajuan anda, lebih-lebih lagi sekiranya pertemuan itu adalah janji temu untuk pekerjaan atau bisnes.   

Tampilkan bahasa badan yang wajar

Gunakan bahasa badan untuk menonjolkan keyakinan dan kepastian kendiri yang sesuai. Berdiri tegak, senyum, buat hubungan mata, beri sambutan mesra dengan jabat tangan yang kukuh.

Menepati waktu janji temu 

Sesiapa yang anda bertemu buat kali pertama tidak berminat dengan ‘alasan baik’ anda kerana lewat. Susun waktu anda untuk tiba di tempat janji temu beberapa minit lebih awal. Ini akan membenarkan anda sedikit masa terluang sekiranya berlaku kesesakan jalan atau tersilap jalan. Tiba awal adalah lebih baik daripada tiba lewat.

Bertukar kad bisnes 

Dalam dunia yang kian berfokus pada teknologi dan dengan kemajuan rangkaian sosial, ramai percaya bahawa amalan bertukar kad bisnes adalah amalan yang lapuk. Walau bagaimanapun, ini adalah kesilapan besar. Kad bisnes ada fungsinya, terutama dalam dunia kerja dan bisnes. Ia tetap kekal sebagai lambang profesionalisme.

Akhir kata

Kalaupun anda tersilap kata atau tersalah langkah, jangan terlalu kecewa dengan diri. Berusaha untuk belajar daripada pertemuan itu dan menambah baik diri untuk pertemuan pertama yang lain. Pembelajaran itu pengembaraan sepanjang hayat!

Selamat maju jaya!

Sila Kongsi

Kepimpinan

Cadangan Buat Kamu

Bias

Fahami Bias Organisasi Sebelum Anda Membuat Keputusan Strategik Tersebut

Oleh Bryan Whitefield. Terokai mengapa lebih daripada separuh keputusan pengurusan gagal dan bagaimana budaya organisasi serta bias boleh menggagalkan rancangan strategik dan hasil.

Sep 12, 2024 3 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Barang yang Lepas Jangan Dikenang

Tip Kepimpinan adalah satu rancangan hebat yang mendorong anda untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Tontonilah sekarang dan jadilah seorang pemimpin yang hikmat.

Mar 02, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest