Kerja Tidak Sama Dengan Bidang Pengajian

Jul 29, 2020 4 Minit
pelajaran, peribadi

Adakah pekerjaan yang kita miliki harus sealiran dengan bidang yang diambil ketika di universiti?

Secara peribadi jikalau dilihat pada pekerjaan saya yang sekarang memang sangatlah berbeza dengan apa yang dipelajari semasa di universiti. Oleh itu, saya kurang bersetuju bahawa pekerjaan harus selari dengan apa yang diambil semasa di universiti dulu.

Kalau boleh kita memang mahu punya pekerjaan yang sama dengan bidang yang diambil semasa belajar, tetapi rezeki akan datang itu kita tidak pasti.

Bagi saya apa pun pekerjaan yang dilakukan asalkan ia menghasilkan pendapatan serta rezeki yang kita dapat itu bermanfaat dan halal. Kalau kita cari pekerjaan yang sempurna sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat kerja.

Mengapa kebanyakan orang berfikiran bahawa setiap pekerjaan itu harus selari dengan bidang yang diambil ketika di universiti?

Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka merasakan belajar selama 3-5 tahun itu adalah sia-sia sekiranya ijazah yang dimiliki tidak dapat digunakan. Ataupun berasa sia-sia kerana sudah buang masa belajar begitu lama tetapi ternyata pekerjaan yang diperoleh adalah lain.

Seharusnya kita ubah corak pemikiran kita tentang belajar, kerana saya juga punya pemikiran yang sama dimana kita belajar dengan harapan akan mempunyai pekerjaan yang baik.Dan kebanyakan kita memilih jurusan kerana melihat kepada prospek pekerjaan, kita hanya memilih bidang yang mempunyai prospek pekerjaan diluar. Hal ini kerana ketakutan dalam diri bahawa kita tidak akan mendapat pekerjaan pada masa akan datang.

Mungkin ramai yang kata bahawa sia-sia saya belajar tetapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak memilih pekerjaan selari dengan bidang yang diambil. Tetapi bagi saya segala ilmu yang dipelajari semasa di universiti itu sedikit pun adalah tidak sia-sia.

Pertama sekali kenapa saya rasa belajar psikologi itu adalah bukan perkara yang sia-sia?

Sebab sekurang-kurangnya saya mempunyai pengetahuan tentang psikologi yang kebanyakan orang tidak tahu. Pemikiran saya in terms of psychology lebih kritis misalnya seperti psikologi perkembangan kanak-kanak, pengetahuan tentang kanak-kanak dalam keluarga bermasalah, psikologi abnormal dan asas perubahan tingkah laku. Sifat ingin tahu itu lebih cenderung kepada psikologi.

Apa yang saya belajar ketika di universiti itulah yang membentuk peribadi diri saya yang sekarang. Saya menjadi seorang yang peka dengan perkembangan kanak-kanak, mula menyampaikan ilmu berkaitan dengan keibubapaan di blog dan berkongsi pengalaman ketika berada di universiti. Jadi, saya merasakan bahawa saya tidak belajar sia-sia, tidak rugi waktu dan wang kerana ilmu apapun yang dipelajari suatu hari nanti pasti akan memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain.

Adakah pekerjaan harus dilakukan hanya setelah kita habis belajar atau menerima ijazah?

Bagi saya pekerjaan itu tidak semestinya dilakukan setelah habis belajar. Walaupun ketika belajar pun kita sudah boleh bekerja misalnya kerja part-time, berniaga dan sebagainya. Saya mula bekerja ketika berumur 14 tahun. Saya bekerja di kilang. Itu pun secara kerja sambilan dan semasa cuti sekolah. Sejak dari itu saya mula mencari kerja-kerja sambilan setiap kali cuti sekolah. Antara kerja yang saya pernah buat adalah juruwang di sebuah supermarket, kerja kilang, jurujual, dan promoter. Malah sehinggalah saya di universiti saya masih melakukan kerja sambilan sebagai housekeeping di sebuah homestay.

Disebabkan pengalaman kerja yang saya ada itulah memudahkan saya untuk mencari peluang pekerjaan. Selepas graduate pun saya dah dapat 3 tawaran kerja. Tetapi rezeki tidak menyebelahi saya sebab faktor kesihatan yang tidak membenarkan saya bekerja untuk masa yang lama. Jadi, sekarang inilah kerja saya, menulis blog.

Adakah seseorang harus mempunyai pekerjaan yang jelas barulah dia dianggap mempunyai pekerjaan?

Namun demikian, zaman sekarang pendapatan seseorang itu sudah fluid bukannya solid. Tidak semua orang mempunyai pekerjaan yang pendapatannya adalah tetap (solid) setiap bulan.
Misalnya jadi blogger sepenuh masa tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap ataupun menjual barang secara online juga tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Malahan ada orang yang bekerja online mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan orang yang bekerja makan gaji setiap bulan. Semuanya bergantung dengan usaha dan kerajinan kita.

Sekarang merupakan zaman digital dimana terciptanya pekerjaan baru iaitu bekerja melalui internet sama ada menjadi seorang youtuber, media sosial influencers, blogger dan sebagainya. Sebenarnya ibu bapa kita hanya ingin yang terbaik buat diri kita. Kebanyakan mereka tidak terdedah dengan keadaan zaman sekarang jadi kebanyakan mereka itu hanya fikir bahawa anak mereka hanya akan lebih berjaya kalau anak-anaknya menjadi doktor, cikgu atau kerja di pejabat. Tidak semua ibu bapa yang melarang anak-anaknya untuk mencari pekerjaan yang aneh tetapi mereka hanya tidak dijelaskan sahaja dengan pekerjaan di internet sekarang. Kalau anda seorang blogger jadi bincang baik-baik dengan ibu bapa bahawa anda sebenarnya bukannya membuang masa bermain komputer.

Sekiranya dapat job review, dapat bayaran jadi tunjukkan bukti pada mereka inilah hasil anda sepanjang berblog. Mulanya mereka mungkin rasa pekerjaan kita itu tidak menjamin masa depan, tetapi sekiranya kita betul-betul jujur dan yakin dengan apa yang kita buat, InsyaAllah mereka pasti akan menerimanya.

Apa yang penting sekali ialah apa sahaja pekerjaan yang dilakukan itu mendatangkan pendapatan dan halal. Rezeki itu boleh diperoleh melalui apa sahaja dan prosefion apapun sekalipun sekadar cleaner.
Belajar dan bekerja dua perkara yang berbeza. Apa yang kita belajar mungkin tak akan sama dengan kerja. Walaupun bekerja di bidang yang sama dengan bidang belajar, kita tetap juga akan rasa kejutannya.

Jangan sesekali katakan apa yang kita belajar itu salah atau sia-sia. 

Dengan ilmu psikologi inilah keluarga saya lebih memahami tentang maksud kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang sebenar. Dengan belajar psikologi inilah saya dapat berkongsi pengalaman dengan orang lain, pengalaman sepanjang 3 tahun saya belajar di Universiti Malaysia Sabah.

Mungkin seseorang individu tidak dapat menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi, mungkin itu adalah rezeki dia kerana dia mungkin lebih berjaya apabila bekerja selepas habis SPM. Rezeki setiap individu tidak sama. Jangan merasa kecewa dan tidak bersemangat jika mendapat pekerjaan yang luar dari bidang. Apa yang dipelajari tetap boleh digunakan dalam keadaan lain, kerana belajar itu proses seumur hidup.

Berfikirlah secara bijak dan berfikir diluar kotak. Gunakan ilmu yang kita ada untuk cipta pekerjaan baharu. Tidak mungkin seumur hidup kita hanya mahu bekerja di bawah orang sahaja? Sedangkan orang yang makan gaji pun ada yang cari sumber pendapatan lain. Bukan sebab gaji tidak mencukupi, tetapi kepuasan bekerja setiap orang itu adalah tidak sama.

Diterbitkan dengan kebenaran. Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Kewangan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Tenggelam

Cara Mengubah Budaya Toksik

Oleh COLIN D ELLIS - Anda tidak pernah melupakan budaya toksik pertama anda. Ia kekal bersama anda, malam dan siang, hari bekerja dan hujung minggu. Ia menjejaskan kerja anda, hubungan anda, kehidupan anda. Selalunya, anda tidak melakukan apa-apa untuk mencipta atau mengekalkannya, tetapi seperti orang lain, anda terpaksa menjalaninya.

Jun 25, 2023 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest