Kuasa Belas Kasihan Dalam Kepimpinan

Aug 05, 2019 1 Minit
bimbingan

Belas kasihan adalah salah satu sifat yang pemimpin sering lebih banyak bercakap daripada melakukan. Tetapi adakah kita ketinggalan sesuatu apabila belas kasihan bukan teras kepimpinan?

Semakin banyak kajian kian kuat mencadangkan bahawa pemimpin yang membimbing dengan belas kasihan berupaya membina pasukan yang terlibat, bermotivasi dan kreatif berhubung peranan yang disandang.

Sebaliknya, bimbingan untuk pematuhan (iaitu memberitahu apa yang perlu dilakukan ‘kerana itu tugas anda!’) mengakibatkan penjauhan diri dan tahap penglibatan yang minimum serta membuat seseorang itu merancang untuk meletak jawatan sebaik sahaja ada peluang kerja yang lain.

Oleh itu, apakah belas kasihan? Apakah peranannya yang sebenar dalam kepimpinan? Belas kasihan memberi tumpuan kepada usaha berhubung dengan orang lain dalam cara yang memahami keinginan dan impian serta halangan dan cabaran mereka.

Sebagai pemimpin yang ada belas kasihan, tugas kita adalah untuk memahami pengalaman yang dilalui tenaga kerja dan memberi sokongan dan bimbingan yang memanfaatkan seberapa yang kita boleh.

Tetapi adalah penting untuk faham bahawa belas kasihan bukan bererti bersikap mesra atau membabi buta mengikut permintaan orang. Ia berhubung kait dengan usaha membantu seseorang dalam cara yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mereka. Seorang pemimpin yang mempunyai belas kasihan berupaya menggunakan penghakiman untuk menentukan cara membantu pasukan mereka, dan menyedari tujuan berbuat demikian.

Apa kata penyelidikan

Menurut penyelidikan oleh Prof Shimul Melwani dari Sekolah Perniagaan Kenan-Flagler di Universiti North Carolina, para pemimpin yang berbelas kasihan meningkatkan tahap penglibatan dalam organisasi dan mereka mempunyai lebih ramai orang yang bersedia mengikuti mereka.

Dalam buku terbarunya, Helping People Change, Prof Richard Boyatzis dari Universiti Case Western Reserve, membincangkan tentang kepentingan belas kasihan dalam kepimpinan dalam membantu orang ramai merealisasikan visi peribadi mereka dan membuka potensi mereka.

Dia menghujah bahawa, dalam banyak kes, pemimpin berusaha membantu orang lain dengan memberi tumpuan kepada cara memperbaiki kelemahan mereka. Sebagaimana terjadi, pendekatan ini lebih melemahkan motivasi seseorang daripada yang kita sedari. Sebaliknya, para pemimpin harus memahami apa yang mendorong pasukan mereka dan membantu mereka untuk membentuk dan mewujudkan hala tuju dalam organisasi yang benar-benar akan memotivasikan mereka.

Prof Boyatzis menulis, “Sebuah visi peribadi yang kuat mengubah tujuan menjadi tindakan, menyusun atur kekacauan, menyemai keyakinan dan mendorong kita untuk memenuhi masa depan yang diimpikan. Apabila memimpin dengan belas kasihan, tambahnya, pemimpin patut bertanya soalan yang menyuntik rasa terima kasih dan rasa ingin tahu, untuk mengapi-apikan keinginan mereka untuk belajar dan berubah menjadi lebih baik.

Apa kata Dalai Lama

Salah seorang pemimpin yang paling ikonik di dunia hari ini mengembara dunia, bertemu dengan pemimpin dunia dan perniagaan untuk mengembangkan belas kasihan dalam gaya kepimpinan mereka. Dalai Lama sangat yakin akan kuasa belas kasihan yang beliau percaya dunia perniagaan (dan sememangnya seluruh dunia) akan sukar untuk bertahan tanpanya.

Mengenai belas kasihan, beliau berkata, “Apabila kita didorong belas kasihan dan kebijaksanaan, hasil tindakan kita memanfaatkan semua orang, bukan diri kita sendiri atau mereka yang terdekat.”

Kata-kata salah seorang pemimpin yang paling berbelas kasihan di dunia ini menggema apa yang dinyatakan penyelidikan: apabila kita memimpin dengan penuh belas kasihan, semua orang mendapat manfaat, dan semua orang diilhami untuk bekerja ke arah visi kolektif.

Oleh itu, bagaimanakah kita boleh menyelitkan sifat belas kasihan ke dalam gaya kepimpinan kita?

Berikut adalah tiga pengajaran yang saya dapati boleh membantu kita berhubung dan memahami orang lain.

1. Dalam setiap kesukaran, terdapatnya peluang untuk memahami

Kepimpinan tidak mudah. Terdapat seratus satu perkara yang perlu diusahakan, dan kadang-kadang anda berlaga pandangan dengan rakan sekerja atau pasukan anda. Walaupun anda memang ingin berpegang kuat pandangan anda, pendirian tersebut cuma akan memanjangkan ketegangan dan menyebabkan lebih banyak masalah untuk semua yang terlibat.

Daripada bertegang urat, pemimpin yang berbelas kasihan akan bertanya, “Ok, apa sedang berlaku ini? Kenapa kita boleh sampai macam ini? Di manakah kita sehaluan pemikiran, dan bagaimanakah kita boleh bekerja bersama untuk mencari penyelesaiannya?”

Ingat, kerap kali saat yang paling mencabar adalah peluang terbaik untuk kita memahami sesama sendiri.

2. Menyedari peranan ilmu dalam membangunkan hati kita

Adalah penting untuk kita mengembangkan fikiran kita — budaya kita amat dikawal oleh pembelajaran, mendapat pendidikan di sekolah yang baik, mencapai gred yang cemerlang.  

Walau bagaimanapun, pengetahuan yang dimanfaatkan dengan betul boleh membimbing kita untuk memperoleh kebijaksanaan, justeru membolehkan kita membuka diri kepada, dan membantu orang lain.

Seperti menurut Dalai Lama, “Walaupun masyarakat kita tidak menekankan ini, kegunaan pengetahuan dan pendidikan yang paling penting adalah untuk membantu kita memahami kepentingan melakukan tindakan yang lebih menyeluruh, dan mendisiplinkan minda kita. Penggunaan kecerdasan dan ilmu secara sempurna akan mencetuskan perubahan dari dalam untuk membangun hati yang baik.”

3. Sebagai pemimpin, ini semua tentang anda

Bagaimana kita diperlakukan sering kali merupakan gambaran bagaimana kita menguruskan diri kita dan berinteraksi dengan orang lain. Dalam ajaran agama, kita diberitahu tentang Peraturan Emas: melayan orang lain seperti mana kita mahu mereka melayan kita.

Dalam kepimpinan, mudah sekali bagi kita hilang pandang akan cara kita membawa diri dan diperlihatkan orang lain. Salah satu cara paling berkesan untuk memeriksa diri ialah kerap menyoal, “Adakah saya pemimpin yang saya sendiri mahu ikuti?”

Jika ada ruang untuk penambahbaikan, senaraikannya. Atau, lebih baik lagi, dapatkan maklum balas yang membina daripada mereka yang anda rasa jujur ​​dan objektif.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik The Power Of Compassion in Leadership.

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Tenggelam

Cara Mengubah Budaya Toksik

Oleh COLIN D ELLIS - Anda tidak pernah melupakan budaya toksik pertama anda. Ia kekal bersama anda, malam dan siang, hari bekerja dan hujung minggu. Ia menjejaskan kerja anda, hubungan anda, kehidupan anda. Selalunya, anda tidak melakukan apa-apa untuk mencipta atau mengekalkannya, tetapi seperti orang lain, anda terpaksa menjalaninya.

Jun 25, 2023 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest