5 Langkah Mencari SUARA Sebagai Pemimpin

Jun 10, 2019 1 Minit
megafon, suara kuat, suara sebagai pemimpin

Apabila seseorang dilantik menjadi pemimpin, dia jarang kekurangan contoh untuk diteladani. Ada yang baik, ada yang buruk, tetapi semuanya memberi gambaran kepimpinan.

Adalah mudah untuk pemimpin baharu memilih model peranan yang digemari mereka dan cuba mencontohi gaya kepimpinan model tersebut. Tetapi kerap kali ini akan merupakan langkah yang silap.

Pemimpin terbaik memimpin dari tempat kesahihan. Terlalu ramai pemimpin gagal mendampak dan mempengaruh seperti yang diimpikan kerana mereka meniru suara pemimpin lain dan meneladani gaya pemimpin yang lain.

Personaliti televisyen Amerika, Fred Rogers — atau lebih dikenali sebagi Tuan Rogers  — membantu membentuk perbualan nasional mengenai pendidikan awal kanak-kanak dengan suara dan semangat yang lembut, tatkala menyambut kedatangan generasi-generasi kanak-kanak ke ‘kawasan kediamannya’.

Sebaliknya, Winston Churchill adalah pemimpin yang tegas dan serius yang mengepalai rakyat Britain untuk menentang kezaliman Hitler dan Nazi.

Kerana Rogers dan Churchill masing-masing memimpin dengan kesahihan mutlak, orang lain pun mengikuti mereka.

Lain orang lain ragam

Dalam interaksi saya dengan pemimpin merentasi industri dan dalam semua jenis organisasi, saya mendapati bahawa banyak organisasi beroperasi dengan satu gaya kepimpinan yang tidak rasmi dan boleh diterima.

Pemimpin cepat sedar bahawa jika hendak berjaya, mereka patut ‘mengikut aliran’ dan jangan mengusutkan suasana.

Disebabkan politik dan struktur organisasi yang sedia ada, bakat-bakat kreatif — atau suara — pemimpin tersekat menjadi pola tingkah laku normatif, atau yang dijangkakan.

Akibatnya, kreativiti, kecerdasan dan semangat pemimpin yang tidak akur akan terbendung. Dan organisasi tempat mereka berkhidmat akan kerugian.

Jadi, apakah penyelesaiannya? Di mana anda boleh bermula?

Saya percaya ia semua bermula dengan mencari suara sebagai pemimpin.

Mencari suara sebagai pemimpin adalah faktor pembeza antara menjadi birokrat yang acuh tak acuh dan menjadi model peranan yang dinamik dan berpengaruh.

Berkaitan: 10 Mitos Kemajuan Yang Menghalang Perkembangan Diri

Legasi kepimpinan

Sebagai pemimpin, apakah tujuan anda? Apakah legasi anda? Apakah SUARA anda?

Untuk mencari suara sebagai pemimpin, anda perlu mencipta jenama kepimpinan yang menarik dan unik dengan:

1. Mengenal pasti nilai teras anda

Kita semua ditadbir oleh satu set nilai yang bertindak sebagai ‘GPS dalaman’ kita. Nilai kita mentadbir keputusan kita, penghakiman kita, komunikasi kita  dan pandangan dunia keseluruhan kita.

Mereka membentuk siapa diri kita. Pemimpin yang mengenal pasti nilai teras mereka dan memimpin ke hadapan dengan nilai berkenaan lebih yakin, berani dan berpengaruh berbanding pemimpin yang tidak.

Nilai adalah lebih daripada sekadar ‘satu set perkataan pada kad berlapis’ – ia adalah DNA teras setiap pemimpin dan merupakan ramuan legasi yang akan ditinggalkan mereka.

2. Menetapkan hasil konkrit 

Anda perlu menetapkan hasil konkrit yang kritikal yang perlu dicapai demi kejayaan anda. Ini akan penting untuk menjadikan visi anda suatu realiti.

Mencipta hasil bermakna menterjemahkan visi anda menjadi strategi dan kemudian menjadi taktik yang jelas dan boleh bertindak. Hasil yang ditakrifkan dengan jelas menjajarkan aktiviti dengan tujuan. Dan membina peta jalan untuk kejayaan memastikan perjalanan itu sesuatu yang bernilai untuk dijelajadi.

3. Mengenali komuniti berpengaruh anda

Kepimpinan yang berkesan berkait rapat dengan pengaruh. Keupayaan mewujudkan hubungan boleh percaya yang berpengaruh dengan pihak pengurusan, rakan sekerja dan rakan setara yang tidak perlu mengikut arahan anda adalah penting untuk kejayaan anda sebagai seorang pemimpin

Membina jenama kepimpinan berdasarkan keupayaan anda mempengaruhi komuniti membezakan mana-mana pemimpin daripada kelompok setara.

4. Memaparkan keberanian

Untuk berkembang sebagai insan, kita perlu mengambil beberapa langkah kecil (atau besar) dari zon selesa kita.

Tidak melangkah keluar dari zon selesa menjadikan kita biasa-biasa sahaja dan ‘sentiasa selamat’. Ini bermakna kita akan sentiasa dalam takuk lama.

Menjadi berani bererti anda mengenali zon selesa anda dan kemudian, dengan visi yang jelas, anda mengambil langkah yang perlu untuk keluar dari zon tersebut untuk mencuba tingkah laku yang baharu, kemahiran yang baharu atau pandangan dunia yang baharu.

5. Membentuk pernyataan yang berkekalan

Pernyataan menterjemahkan visi melampaui diri anda. Pernyataan mewujudkan pengikut, memujuk orang lain untuk menyumbang bakat dan keupayaan mereka.

Pernyataan anda adalah rumusan hasil daripada pencarian, pembentukan dan penggunaan SUARA anda untuk mencungkilkan perbezaan dalam kerjaya dan kehidupan anda.

Mula membina legasi anda sebagai pemimpin dengan menyuarakan keyakinan, keberanian dan komitmen anda.

Tempoh hidup terlalu pendek untuk tidak menggunakan SUARA anda.

 

Paul Larsen ialah pelatih eksekutif bertauliah, konsultan kepimpinan, penceramah dan pengarang buku ‘Find Your VOICE as a Leader’ (Cari SUARA Anda Sebagai Pemimpin).
Untuk membaca article in dalam bahasa Inggeris, klik 5 Steps For Finding Your VOICE As A Leader.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

budaya tempat kerja

Tanda Amaran Budaya Tempat Kerja Anda Mungkin Toksik dan Cara Menanganinya

Ditulis oleh Colin D. Ellis. Adakah budaya tempat kerja anda secara diam-diam menjadi toksik? Kenali tanda amaran yang sering diabaikan oleh pemimpin dan cara menghentikan kerosakan sebelum ia semakin merebak.

Dec 22, 2024 3 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Jangan Takut untuk Gagal

Program Tip Kepimpinan adalah satu rancangan oleh Leaderonomics di mana tip-tip mengenai hal-hal kepimpinan disediakan untuk tontonan ramai.

Jan 01, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest