5 Petua Untuk Lihat Melampaui Diri

Jul 25, 2018 4 Minit
impian, kejayaan

Saya kerap ditanya soalan ini: “Apakah kesalahan nombor satu yang dilakukan oleh mereka yang tengah mengejar matlamat mereka? Sama ada dalam menyempurnakan urus niaga, mengejar kenaikan pangkat, atau memulakan perniagaan, apakah kesulitan yang biasa dihadapi?”

Yang saya perhatikan selama ini adalah mereka yang berprestasi tinggi juga tidak terkecuali daripada membuat kesalahan ini — mereka menjadikan matlamat itu seolah-olah demi kepentingan diri sahaja. Misalnya,

  • Apabila adanya peluang kenaikan pangkat, bos patut menyedari akan bakat dan usaha gigih saya.
  • Apabila saya memulakan sesuatu perniagaan, orang ramai patut menyedari bahawa barangan saya adalah yang terbaik dalam pasaran.

Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Apabila anda berfokus pada usaha mewujudkan nilai bagi orang lain, apabila anda berusaha menyelesaikan masalah orang lain, apabila anda kurang pentingkan untung rugi buat diri sendiri, apabila anda ada motivasi yang betul dan memberi perhatian kepada perkara yang benar-benar bermakna, anda akan menerima ganjaran yang tidak terduga. 

Ini mungkin nampak bertentangan dalam dunia bersaingan kita, tetapi ia tetap rahsia terbuka yang terabai.

Kebanyakan daripada kita begitu ingin mencapai impian kita tanpa mengira apa kosnya. Sayangnya, sifat manusia adalah sedemikian rupa, yakni kita sentiasa mengharapkan perjalanan urusan memihak kepada kita, orang lain menghargai nilai dan potensi kita, dan segala urusan berjalan dengan licin.

Mereka yang mencipta kisah kejayaan sendiri tahu bahawa hidup tidak selalu memihak mereka. Dengan itu, mereka perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan bahawa urusan mereka tidak tergendala, malah jika tergendala pun, mereka akan berjaya kembali ke trek dengan cepat.

Marilah kita meninjau lima pengajaran untuk membina perspektif, daya tahan dan azam untuk membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih cepat.

1. Luaskan perspektif anda melepasi batas diri

Ego kita boleh menjadi pemacu yang kuat dalam cara yang berguna, tetapi jika kita membiarkannya tanpa kawalan, ia akan merompak kita daripada melihat pandangan lain, memahami situasi orang lain, dan menunjukkan kesabaran apabila diperlukan.

Ini semua menghalang pembelajaran kita, dan ini bermakna pertumbuhan kita akan tersekat — semuanya kerana kita lebih gemari keselesaan dalam kepompong sendiri. Sekiranya kita menyoal secara aktif andaian, pandangan dan kecenderungan kita, dan mengambil masa untuk betul-betul mendengar orang lain, kita boleh mencapai manfaat yang lebih banyak daripada yang kita terfikir dalam jangka pendek dan panjang.

Berkaitan: Buka Minda Kepada Perspektif Yang Berbeza

2. Berikhtiar merangka semula (dan belajar) daripada halangan

Mereka yang memaparkan kekuatan mental membina asas minda yang kuat dengan meneliti pengajaran dan peluang yang wujud daripada halangan, dan bukan melihat ini semua sebagai kegagalan.

Begitu banyak tenaga psikologi lesap apabila kita memikirkan apa yang mungkin telah berlaku atau ketidakadilan yang kita anggap tidak adil.

Misalnya, jika anda terlepas peluang kenaikan pangkat, anda boleh memilih untuk memamah dan merasa pedih dengan kehilangan peluang itu. Cara produktif adalah dengan merangka semula situasi itu dan bertanyakan diri kemahiran yang anda perlukan atau bidang yang anda perlu kuatkan dan usahakan untuk menambah baik diri bagi pusingan kenaikan pangkat akan datang.

Kegagalan bukan muktamad, tetapi sentiasa merupakan pengajar kepada pelajar yang sedia belajar.

3. Cari dan minta maklum balas yang jujur

Kita seronok apabila orang lain memuji kita. Dan inilah sebabnya pemimpin patut memberi kata pujian kepada pasukan mereka pada kala yang wajar.

Tetapi, jika kita ingin menambah baik diri dan meningkatkan keupayaan kita, baik sekiranya kita mendengar daripada orang lain bagaimana kita boleh berbuat demikian dan cara-cara kita mengekang diri daripada bergerak maju.

Dengan mendapat maklum balas yang jujur, kita bukan sahaja mendapat tahu kemahiran yang perlu kita tingkatkan tetapi juga wawasan orang lain. Ini terbukti bernilai apabila kita membuat refleksi tentang bagaimana kita boleh menjadi lebih baik dalam interaksi kita dengan orang lain.

4. Sentiasa bersifat terbuka terhadap idea dan pengetahuan baharu

Berapa ramai orang terhenti bergerak maju kerana mereka berhenti belajar, atau berpendapat bahawa cara mereka tidak perlu disemak semula atau dikemaskinikan?

Sebenarnya, setiap orang yang berjaya tidak pernah berhenti belajar dan sentiasa bersifat terbuka terhadap idea baharu, membaca tentang perkembangan terkini, dan membuat pencarian melepasi batasa bidang pengetahuan masing-masing.

Dunia terus berubah dengan cepat, dan cara-cara baharu melakukan perkara-perkara dengan lebih cekap dan berkesan sentiasa ditemui. Sentiasa pastikan diri anda terbuka kepada trend baharu, mencari idea dan maklumat baharu dan, sebagai hasilnya, anda akan mengelak daripada tersekat dalam cara sendiri.

5. Apabila motivasi gagal, fokus pada disiplin

Tiada seorang pun yang merasa hebat sepanjang masa, setiap hari. Kita semua pasti mengalami detik-detik ketika kita merasa terdesak untuk memotivasikan diri kita untuk melakukan apa yang perlu dilakukan.

Tatkala tahap motivasi kurang berdaya, fokus pada disiplin — ia tidak pernah gagal. Kadang-kadang – untuk memulakan sesuatu – kita mungkin perlu mengenakan disiplin pada diri dengan, misalnya dengan memberitahu sesesorang yang kita hormati tentang matlamat tertentu dan kemudian memegang diri kita bertanggung jawab untuk mencapai matlamat itu.

Motivasi amat hebat apabila ia berfungsi, tetapi apabila ia tidak, anda juga tidak. Cari cara untuk memastikan anda akan berdisiplin untuk memanfaatkan setiap hari dan anda akan bergerak maju, berada jauh di perjalanan daripada mereka yang duduk diam, menunggu untuk diilhamkan.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Look Beyond Yourself: 5 Lessons That Will Help You Succeed Faster

 

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Kebolehan Diri

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Kebencian

Cara Mengurangkan Kebencian dalam Pasukan Anda

Oleh Nadav Klein. Konflik yang tidak boleh diselesaikan akhirnya boleh menimbulkan kebencian dan membawa kepada ketidakpercayaan, dan yang lebih buruk lagi, ia boleh menjejaskan prestasi pasukan. Sebagai seorang pemimpin, bagaimana anda menangani perkara ini?

Aug 18, 2024 6 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Berbaloi Mengotori Tangan Anda

Kepimpinan hanya boleh dipelajari dan dibentuk dalam proses mengotori tangan melalui pengalaman hidup. Konteks membentuk kebolehan kepimpinan. Tontonilah video ini.   Untuk membaca artikel berkaitan, klik Mengotori Tangan Anda.

Jul 17, 2017 4 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest