Cara Memanfaatkan Keresahan Dalam Membuat Keputusan

Oct 22, 2018 3 Minit
keresahan

Kecekapan membuka peluang baharu. Peluang baharu pasti mencetuskan keresahan.

Sedikit keresahan membuatkan kita tetap berwaspada. Kegelisahan pula menjadikan kita lebih berjaga-jaga dan menguatkan semangat kita untuk menghadapi cabaran dan peluang yang mendatang.

Namun keresahan yang tiada penghujung boleh membuatkan kita hilang kawalan. Rasa ketakutan boleh membawa kepada rasa ketakutan yang lain. Hal ini mungkin terus berlarutan sehingga melumpuhkan diri.

Baru-baru ini saya berbual dengan seorang pengurus kilang yang baru sahaja naik pangkat. Dia dinaikkan pangkat kerana kecekapannya. Namun dirinya dilanda dengan keresahan akan cabaran baharu ini.

Keresahan menggugat dirinya, “Bagaimana jika keupayaan anda tidak sampai seberapa?”

Terus terang, jika anda tidak merasa secebis pun keresahan apabila dunia anda berubah, anda perlu dikejutkan.

Sehingga kini, saya masih tidak dapat tidur dengan nyenyak sekiranya saya perlu membentangkan sesuatu pada keesokan hari. Biarpun sudah bertahun-tahun, saya masih mengalami keresahan sebegitu. Kadang-kadang saya rasa tidak sedap perut sebelum melangkah naik ke pentas.

Anda mungkin ada ‘kurniaan’ keresahan. Anda merasakan anda akan ditimpa masalah, bimbang sekiranya berlaku kejutan, dan berjuang untuk mempersiapkan diri demi masa hadapan yang tidak terjangka.

Keresahan membisik, “Perkara ini amat penting,” dan asyik mencari-cari penjelasan dan kepastian. Namun dalam dunia yang ada pasang surut ini, anda merasa seolah-olah perjalanan begitu gelap gelita.

Hakikatnya,

keresahan boleh dijadikan alat penentu keputusan.

Cara memanfaatkan rasa takut akan penyesalan

Tidak berapa lama yang lepas, saya bertemu dengan seorang wanita yang perlu membuat pilihan, sama ada kekal dalam pekerjaan semasa atau memilih kerja baharu yang mungkin memberi peluang yang lebih cerah. Dia sedar tiada jaminan bagi mana-mana pilihan.

Keresahan tetap wujud dalam masa hadapan yang sentiasa ada pasang surut.

Saya memintanya membayangkan sekiranya kedua-dua pilihan itu gagal. Tidak kira apa pun yang dipilihnya, hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Kereshan memang suka cara pemikiran sebegini.

Ini yang saya katakan kepadanya,

“Cuba andaikan kedua-dua pilihan anda itu tidak berhasil. Mana satu yang akan membuatkan anda menyesal sekiranya anda tidak mencuba?”

Persoalan ini membantu ramai orang menghadapi perkara yang amat ditakutkan.

Tanpa ragu-ragu dia menyatakan salah satu daripada pilihan tersebut. “Saya akan sangat menyesal sekiranya saya melepaskan peluang baharu ini.”

Rasa takut akan sesuatu penyesalan boleh membantu anda melihat dengan jelas.

Buat senarai keresahan supaya sesuatu keputusan dan rancangan nampak lebih jelas.

1. Jangan nafikan keresahan

Terimanya dengan hati yang terbuka. Selami dengan mendalam. Apakah perkara-perkara yang membuatkan anda merasa bimbang? Terus menulis sehingga anda merasa tiada lagi benda-benda yang membuatkan anda ragu-ragu.

2. Lihat senarai itu dan tanya diri sendiri, “Apakah yang saya betul-betul impikan?”

Tuliskan perkara yang anda benar-benar inginkan di sebelah setiap item dalam senarai keresahan tersebut. Persoalan seperti ‘Apa yang saya betul-betul impikan?’ membantu anda menukar ketakutan menjadi sesuatu yang berharga.

3. Akhirnya tanya diri sendiri, “Apakah yang perlu saya lakukan untuk menjadikan impian suatu kenyataan?”

Tetapkan impian berdasarkan kemampuan mengikut had masing-masing. Pilih tabiat yang berpadanan dengan kekuatan diri.

 Berkaitan: Mencapai Impian Perlukan Tindakan Yang Berani

 

Dan Rockwell adalah pembimbing dan penceramah yang mempunyai minat mendalam dalam kepimpinan. Beliau adalah pengarang bagi blog kepimpinan yang popular di serata dunia, Leadership Freak.Diterjemahkan dan diulang siar dengan kebenaran.

 

 

 

 

Sila Kongsi

1557139568519.jfif

Dan Rockwell sangat berminat dengan kepimpinan. Beliau sedang berusaha untuk membawa dirinya menjadi yang terbaik dalam perkhidmatan kepada orang lain.

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Bagaimana Membawa Orang Lain Bersama Memacu Kejayaan Kepimpinan Anda

Oleh William Arruda. Adakah pemimpin hari ini memikirkan tentang membawa orang lain bersama-sama semasa mereka berkembang dalam kerjaya mereka? Ketahui mengapa 'Angkat Sambil Anda Mendaki' adalah penting untuk kepimpinan yang tulen.

Jul 29, 2024 3 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest