Mulakan Kerjaya Anda Dengan Sempurna

May 22, 2017 1 Minit
Tanya Roshan

Oleh ROSHAN THIRAN

Memilih hala tuju kerjaya yang betul adalah amat sukar, terutama bagi mereka yang langsung tidak tahu apa yang dikehendaki biarpun selepas tamat pengajian di universiti. Masalah bertambah rumit memandangkan kebanyakan graduan universiti tidak ada pengalaman khusus tentang sesuatu industri atau peranan.

Saya agak bertuah kerana tidak perlu membuat pilihan serta-merta memandangkan saya menyertai program latihan pengurusan peringkat kemasukan.

Program di GE

Saya memulakan kerjaya sebagai intern di General Electric (GE). Sebagai intern yang cukup ingin tahu dan teringin sangat berjaya serta akan habis pengajian universiti tidak lama lagi, saya mula bertanya tentang kerjaya yang harus saya ceburi.

Selepas berbincang dengan beberapa orang, saya sedar bahawa langkah yang terbaik adalah dengan menyertai program latihan pengurusan peringkat kemasukan.

Saya pun memohon untuk ditemu duga, dan seterusnya berjaya diterima untuk mengikuti program pengurusan GE yang berprestij.

Sepanjang tahun-tahun selanjutnya, saya mengalami suka-duka bekerja — keperitan dan pergelutan di samping pembelajaran dan pembangunan peribadi yang giat.

Saya menghabiskan dua tahun sebagai pelatih pengurusan tanpa mengira penat letih. Pada masa sama, saya cuba mengimbangi beban belajar dan jangkaan besar yang diletakkan pada saya. Tempoh itu amat perit tetapi apabila saya mengimbas kembali, saya sedar bukan sahaja saya menimba pengetahuan dan ilmu, tetapi saya juga berkembang menjadi seorang pemimpin.

Ciri-ciri program yang baik

Program latihan pengurusan yang terbaik membolehkan para peserta belajar dan tumbuh dalam pelbagai cara. Program ini biasanya amat ketat, memaksa anda untuk melampaui tahap kebolehan. Secara umumnya, program pengurusan yang terbaik merangkumi yang berikut:

  • Pusingan kerja di pelbagai jabatan atau unit niaga seperti Sumber Manusia, Informasi Teknologi, Kewangan, Operasi dan bahagian lain akan membolehkan anda mempelajari tentang perniagaan organisasi berkenaan, dan membantu anda membina rangkaian rakan kerja dalam organisasi.  
  • Menjalin rangkaian kerja di semua peringkat organisasi. Menjalin rangkaian formal termasuk pementoran dengan pemimpin kanan amat penting bagi perkembangan dan promosi anda pada masa hadapan.
  • Latihan fungsi/teknikal.
  • Latihan dan pembangunan kepimpinan. Setiap orang perlu belajar dan menjadi pemimpin tanpa mengira kedudukan.
  • Kemahiran pengurusan projek.
  • Pendedahan kepada operasi pengurusan. Anda perlu rajin berinteraksi dan berada dalam jarak pandangan pemimpin kanan dalam organisasi.
  • Penilaian dan maklum balas. Mendapat maklum balas yang membina amat penting kepada pembangunan diri.
  • Projek sebenar. Anda berpeluang membuat perbezaan yang ketara dalam organisasi.

Membuat pilihan syarikat yang baik

Banyak syarikat dan industri mempunyai jawatan pengurusan peringkat kemasukan. Latihan berbeza dari syarikat ke syarikat. Setiap syarikat dan industri mempunyai keperluan tersendiri.

Bagaimanapun, secara amnya, mereka patut memberikan anda pendedahan kepada pelbagai jabatan dalam jangka masa yang pendek. Pendedahan ini akan mendorong pembangunan anda kerana sekiranya anda berpeluang menjalani latihan dengan pelbagai jabatan, anda akan menimba pengalaman yang berbeza dan ini akan membolehkan anda menikmati pembangunan yang lebih menyeluruh.

Jadi, bagaimanakah anda membuat keputusan mengenai syarikat berkenaan?

Kenaikan pangkat dari dalam

Nasihat saya adalah cuba mendapat jawatan dengan syarikat yang mempunyai polisi ikhlas ‘kenaikan pangkat dari dalam’. Berdasarkan pengalaman saya merangka, membangun dan melaksana program latihan pengurusan di beberapa organisasi, program yang paling berjaya adalah yang menggaji graduan yang berbakat dan pintar, dan mengembangkan mereka dalam sistem syarikat.

Syarikat ini akan menyemai, membangun dan mendorong graduan muda dengan menaikkan pangkat mereka ke jawatan yang lebih mencabarkan dan membolehkan mereka meneroka merentasi organisasi. Syarikat yang mempunyai program latihan pengurusan yang tulen selalunya mempunyai pemimpin kanan yang amat terlibat dalam program berkenaan.

Langkah mempercepatkan kerjaya

Program latihan pengurusan akan mempercepatkan perkembangan anda tetapi anda perlu memainkan peranan anda. Beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mempercepatkan kerjaya anda adalah seperti berikut:

  • Selalu berusaha melangkaui dan melampaui tanggungjawab kerja anda. Berusaha untuk mencapai hasil terbaik dalam setiap yang anda lakukan.
  • Tanya soalan dan jangan berhenti belajar setiap hari
  • Belajar mengenai perniagaan tersebut dan cari jalan untuk menambahbaik perniagaan, biarpun secara kecil-kecilan.
  • Amalkan sifat proaktif. Tawarkan diri untuk terlibat dalam projek tambahan, jika boleh.
  • Sentiasa berusaha untuk belajar dan belajar daripada setiap orang yang anda berhubung dengan.
  • Jalin hubungan yang tulen dengan rakan kerja, baik ketua pegawai eksekutif mahupun tukang cuci bangunan.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Untuk  Ensuring The Perfect Start To Your Career

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Sudut Pakar, Detik Penting

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

Berhenti

Berhenti Melakukannya Sendirian

Oleh Michael Jarrett. Pelajari pelajaran penting untuk pemimpin yang mengemudi perubahan dan mengelakkan perangkap strategi terpusat.

Jan 04, 2024 5 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest