10 Pengajaran Kepimpinan Daripada Piala Dunia

Jun 18, 2018 1 Minit
kepimpinan, piala dunia

Setiap empat tahun, keajaiban Piala Dunia menyelami saya. Pertama kali saya berjinak-jinak dengan Piala Dunia, saya menonton jaringan gol ‘tangan tuhan’ Diego Mardona dan melihat Gary Lineker dari Everton muncul sebagai penjaring gol terbanyak Piala Dunia.

Sejak itu, saya telah berjaya ke tiga Piala Dunia dan menyaksikan pertandingan secara langsung. Peluang julung kali adalah di Amerika Syarikat pada tahun 1994. Saya ke Perancis pada tahun 1988 untuk menyaksikan permainan separuh akhir yang tidak dapat dilupakan di mana saya menyaksikan Perancis menewaskan Croatia hasil tendangan gol Lilian Thuram yang sungguh menakjubkan.

Pada tahun 2002, saya pula ke Korea dan menyaksikan Korea menghempaskan Itali — antara permainan yang paling hebat dalam siri Piala Dunia — terima kasih kepada gol kemenangan hasil tandukan tajam Ahn Jung-hwan. Kenangan 18 Jun 2002 di Stadium Piala Dunia Daejeon, apabila saya merayakan kemenangan itu bersama rakyat Korea, seakan-akan saya juga anak watan negara itu, kekal terpahat dalam minda saya.

Beberapa hari kemudian, saya turut dipeluk rakyat Korea apabila Korea menewaskan Sepanyol melalui tendangan penalti untuk menjadi pasukan Asia yang julung kali melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir Piala Dunia.

Sementara saya merenungi Piala Dunia 2014 di Brazil, saya terjumpa beberapa pengajaran hebat mengenai kepimpinan. Di sini, saya berkongsi senarai Top 10 saya:

1. Raikan hidup

Salah satu pertandingan yang saya saksikan secara langsung adalah penampilan tunggal Jamaica dalam Piala Dunia 1998 di Perancis. Anak buah Bob Marley berlawan menentang Argentina pada hari itu. Saya cukup kagum melihat cara Gabriel Batistuta menjaringkan hatrik untuk menumpaskan pasukan Jamaica 5-0.

Tetapi anda tidak akan percaya apa yang berlaku di tempat duduk penonton. Tatkala gol demi gol dijaringkan, peminat-peminat pasukan Jamaica begitu meriah sekali, bukannya kecewa. Tidak kira pasukan mereka terhempas; mereka hanya menikmati pengalaman keseluruhan.

Hal yang sama berlaku semasa pertandingan Jepun lawan Croatia pada pertandingan akhir 1998. Jepun kalah 1-0 kepada Coratia tetapi peminat-peminat Jepun begitu riang sekali.

Dalam hidup, kita perlu berbuat sedemikian.Kita perlu mengerti makna kejayaan dan belajar mengambil peluang masa kini, dan lupakan kecemasan masa depan. Menang kalah dalam hidup adalah subjektif. Pemenang sebenar adalah mereka yang meraikan dan menikmati setiap detik hidup.

2. Sistem dan struktur biasanya hampir melampaui bakat

Kecuali kemenangan Argentina di Mexico pada 1986, hampir semua pasukan Piala Dunia tidak menang kerana hasil usaha satu-satunya bakat dalam pasukan mereka. Pasukan yang menang adalah pasukan yang paling tersusun, yang pemain-pemainnya bermain mengikut kekuatan masing-masing dan yang ada sistem dan struktur yang jelas.

Pasukan Jerman memegang rekod yang mengagumkan kerana merupakan pasukan yang terbanyak kali melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir Piala Dunia berbanding negara-negara lain dalam sejarah. Ini tercapai tidak kira sama ada mereka mempunyai pasukan yang muda atau yang berpengalaman. Kekonsistenan mereka tercapai bukan kerana bakat-bakat individu yang ada dalam pasukan tetapi disebabkan sistem dan struktur yang efisien.

Pada Piala Dunia 2014, Costa Rica, Algeria dan Mexico menunjukkan bahawa organisasi pasukan, kepintaran taktikal dan sistem efisien yang memihak kepada keupayaan pemain adalah jauh lebih penting daripada cuma bakat sahaja. Bakat penting tetapi adalah lebih baik jika ada proses dan struktur dalam organisasi anda.

3. Tekanan adalah sebahagian daripada permainan – belajar menguruskannya

Pada musim lepas, semasa Liga Perdana Inggeris, beberapa orang pengurus telah diberhentikan kerja dalam masa beberapa bulan. Mangsa yang teruk sekali ialah David Moyes. Biarpun belum cukup semusim penuh, dia telah dipecat dari kelab yang sebelum ini telah meraih manfaat daripada memiliki kepercayaan jangka panjang dalam pengurus.

Tekanan yang sama untuk berjaya turut terasa dalam Piala Dunia. Memandangkan hanya sebuah pasukan daripada kalangan 32 yang akan muncul sebagai juara, tekanan kuat akan dirasai 31 orang pengurus pasukan yang lain.

Yang menarik sekali ialah gejala ini hampir serupa dalam dunia perniagaan. Pemimpin bisnes berkongsi tugasan yang serupa dengan jurulatih bola sepak. Jadi, apakah yang boleh kita pelajari daripada jurulatih yang berjaya dalam Piala Dunia berhubung cara ‘mengurus tekanan’?  Berikut adalah beberapa tip ringkas:

  • Kekalkan fokus. Jangan benarkan tekanan luaran menjejaskan fokus anda daripada matlamat-matlamat anda. Ramai pengurus pasukan bola sepak (dan pemain) tidak peduli membaca surat akhbar kerana kontennya memberi tekanan kepada mereka.
  • Hancurkan tekanan itu. Ambil langkah setiap hari untuk ‘melepaskan stres’ dengan melakukan ritual ‘lepaskan marah’. Semua jurulatih bola sepak percaya kuat pada ritual-ritual yang membantu mereka untuk membuang  stres.
  • Fikir perkara yang gembira. Jurulatih terbaik di dunia tahu bagaimana mengatasi rasa sangsi dan bimbang. Semasa Piala Sedunia, anda akan melihat ramai pengurus senyum apabila pasukan mereka membuat kesalahan. Ada juga yang berjenaka untuk menyerap tekanan dan menjadikannya tenaga positif. Pemimpin-pemimpin yang hebat dalam dunia perniagaan juga membuat yang sama.

4. Fleksibiliti amat penting

Apabila anda berfikir anda ada pasukan yang lengkap, kecederaan atau pergantungan daripada bermain akan melanda. Malah keputusan pengadil yang tidak saksama akan menjejaskan permainan pasukan anda. Ini bermakna pemain dan jurulatih haruslah bersifat fleksibel. Hal yang sama juga berlaku di tempat kerja.

Di pejabat, kita sering bertemu dengan perubahan, misalnya perubahan dalam kepimpinan, miskomunikasi dan penggantian pekerja. Adakah anda cukup fleksibel untuk menukar dan menyesuaikan diri? Pemimpin-pemimpin hebat menyesuaikan diri dengan lancar dan sentiasa mempunyai pelan sekunder kontingensi apabila perkara-perkara tidak berlaku seperti yang diharapkan.

5. Anda masih boleh menang apabila kalah

Walaupun Luis Suarez meninggalkan Piala Dunia dalam keadaan memalukan, ramai pemain lain meninggalkan Piala Dunia dengan kepala mereka diangkat tinggi. Dua orang pemain yang kini menjadi kebanggaan negara mereka dan dunia ialah James Rodriguez dari Colombia dan Tim Howard dari Amerika Syarikat.

Rodriguez membuktikan kepada dunia bahawa dia sudah siap sedia untuk menggantikan Messi, Ronaldo dan Neymar sebagai idola kejayaan bola sepak dunia. Golnya menentang Brazil, 10 minit sebelum masa tamat, memberi harapan kepada Colombia. Dan dia meninggalkan Brazil pada tahun 2014 sebagai pemenang dengan jaringan 6 gol.

James Rodriguez, idola kejayaan bola sepak dunia? Ya, kami dengar anda… pemain dari Colombo.
James Rodriguez, idola kejayaan bola sepak dunia, dari Colombia. Sumber foto: Calcio Streaming | Flickr

Walaupun orang Colombia kenal Rodriguez, kebanyakan orang Amerika tidak akan dapat membezakan antara pengarah filem Ron Howard dengan Tim Howard.

Dalam perlawanan terakhir sebelum terkeluar dari pertandingan, Amerika Syarikat menghadapi Belgium yang hebat. Penjaga gol Howard membuat 16 ‘save’, bilangan yang tertinggi dalam satu-satu pertandingan Piala Dunia sejak tahun 1966. Dia seorang diri berdiri bertahan di depan pintu gol, justeru membolehkan Amerika Syarikat terus berada dalam permainan. Malangnya, dia bermain untuk pasukan yang kalah tetapi dirinya diumumkan sebagai pemenang.

Jadi, bagaimanakah anda boleh menang apabila kalah?

  • Anda menang apabila orang lain nampak keaslian dalam diri anda — Howard dan Rodriguez cukup asli dalam permainan mereka. Mereka tetap dengan kehendak mereka untuk menang.
  • Anda menang apabila anda memberi persembahan yang terbaik — kedua-dua pemain itu bermain dengan terbaik mungkin.
  • Anda menang apabila anda bertarung hingga akhir — mudah sekali bagi Rodriguez dan Howard untuk menyerah kalah apabila kemungkinan bertentangan dengan mereka. Tetapi mereka berdua terus berjuang sampai akhir dengan harapan kemenangan.
  • Anda menang apabila prestasi anda bertaraf dunia — biarpun tewas, kedua-dua pemain ini memaparkan persembahan bertaraf dunia sepanjang pertandingan itu. Jika anda ingin tetap menang biarpun pasukan anda kalah, pastikan prestasi anda bertaraf dunia.
Berkaitan: Adakah Anda Seorang Pemenang?

Tontoni video kisah cinta terbaharu Amerika dengan Tim Howard.



6. Bola sepak bukan permainan 11 anggota

Piala Dunia 2014 menyaksikan jumlah terbanyak pemain pengganti yang menjaringkan gol.

Dengan ini, kita mesti sedar bahawa bola sepak adakah permainan 14 anggota. Ini bermakna jurulatih perlu tahu masa untuk membawa masuk tiga pemain yang ‘segar’ ke dalam permainan. Salah satu gantian yang mengagumkan adalah penggantian penjaga gol Belanda yang tidak pernah membuat kesilapan pada akhir masa tambahan dalam perlawanan mereka menentang Costa Rica.

Tim Krul menyertai permainan untuk tendangan penalti dan pasukan Belanda menang melalui kecemerlangan Krul menjaga pintu gol. Bagaimanapun, dalam perlawanan separuh akhir menentang Argentina, jurulatih Belanda nampaknya terlupa senjata rahsianya dan tidak memilih untuk membawa Krul masuk permainan, dan penjaga gol Belanda tidak dapat menyelamatkan satu pun tendangan dari masuk ke pintu gol.

Hal yang sama boleh berlaku di tempat kerja. Kadangkala, apabila pasukan anda menghadapi kesukaran untuk melakukan sesuatu, carilah struktur dukungan untuk menyegarkan suasana. Ini mungkin termasuk mengambil pekerja sambilan, konsultan, dan barangkali mendapat khidmat luar.

7. Tiada ‘Saya’ dalam pasukan

Individu-individu tidak akan berjaya memenangi Piala Dunia. Cuma sebuah pasukan yang akan berupaya memenangi sesuatu kejohanan. Anda perlu seorang penjaga gol yang tangkas, bek yang kukuh, sayap bek yang baik, pemain midfield yang kuat, pemain sayap yang teruja, dan pemain yang tangkas membuat tendangan gol. Setiap peranan adalah amat penting dalam sebuah pasukan.

Sama juga dengan dalam organisasi kita. Tidak kira bagaimana anda melihatnya, setiap seorang adalah penting. Staf penyambut tetamu yang bertanggungjawab menjawab panggilan telefon, misalnya, adalah penting. Jika dia tidak menjawab panggilan telefon dengan sempurna, pelanggan mungkin tidak puas hati dan membawa perniagaan mereka ke tempat lain.

8. Pembentukan berbeza diperlukan untuk menang

Pembentukan adalah penting. Dua orang jurulatih pasukan yang tewas dalam pusingan pertama, Fabio Capello (Rusia) and Roy Hodgson (England), tidak memberi perhatian kepada unsur pembentukan. Tetapi jurulatih terbaik nampaknya menggunakan pemain dan pembentukan yang berbeza bagi permainan yang berlainan.

Louis van Gaal dari Holland menggunakan pembentukan pertahanan 5-anggota dalam permainan menentang Chile tetapi menggunakan pembentukan serangan apabila berhadapan dengan Sepanyol. Dia memenangi kedua-dua permainan itu. Pasukan-pasukan memerlukan strategi yang berbeza untuk mengatasi lawan yang berbeza.

Seperti juga dalam dunia bisnes. Formula yang pernah diguna dan diuji tidak akan berjaya dalam dunia baharu di mana teknologi mengatasi taktik lama.

Berkaitan: Buka Minda Kepada Perspektif Yang Berbeza

9. Wang mungkin punca bagi semua kegagalan

Pada Piala Dunia tahun ini, pengurus yang dibayar gaji paling banyak gagal membawa pasukannya melalui peringkat kumpulan. Malu sekali, Capello dari Rusia, yang dibayar gaji melebihi AS$11 juta, gagal melayakkan diri dari kumpulan yang terdiri daripada Belgium, Korea Selatan dan Algeria.

Secara bandingan, jurulatih Mexico Miguel Herrera dan Jorge Luis Pinto dari Costa Rica adalah jurulatih yang dibayar gaji paling rendah dalam kalangan 32 pasukan. Namun, mereka berjaya membawa pasukan mereka ke tahap tinggi.

Wang memainkan peranan penting dalam kepupusan dua pasukan Afrika. Cameroon menunjukkan kepada dunia bahawa wang adalah lebih penting daripada memenangi perlawanan. Pemain Ghana pula lebih terlanjur apabila mereka mendesak supaya mereka dibayar AS$3.5 juta sebelum perlawanan kumpulan akhir menentang Portugal. Biarpun mereka mendapat wang itu sebelum Piala Dunia berakhir, Ghana kalah kepada Portugal. Jelas sekali, wang tidak membawa kejayaan.

Sebuah kajian oleh Stanford berhubung gaji ketua pegawai eksekutif dari tahun 1991 hingga 2002 jelas menunjukkan bahawa pampasan KPE tidak tertakluk kepada prestasi. Penyelidikan oleh Dan Pink merangkakan bahawa gaji yang lebih tinggi tidak menghasilkan prestasi pekerja yang lebih baik. Jadi, kita perlu berhati-hati menggunakan wang untuk menyelesaikan masalah. Manusialah menyelesaikan masalah; membayar wang berlebihan bagi pekerja yang berbakat tidak semestinya membawa hasil yang diingini.

Kita melihat gejala yang sama berlaku di serata dunia. Syarikat besar yang mempunyai wang berlimpah-limpah gagal mengatasi syarikat yang lebih kecil, lincah dan bersemangat. Wikipedia mengatasi Microsoft Encarta, AirAsia berjaya berbuat demikian sejak sedekad yang lepas, dan senarai ini berterusan.

10. Jangan percaya mereka yang ragu-ragu

Saya ingat beberapa bulan sebelum Piala Dunia 1986 di Mexico bagaimana setiap pengkritik mencaci Mexico. Stadium belum siap dan Piala Dunia sesungguhnya akan menemui kegagalan. Mexico dilanda gempa bumi sebelum Piala Dunia. Tetapi, pada penghujung Piala Dunia tahun itu, ramai yang menyanjungnya sebagai antara yang terbaik.

Sama juga dengan Brazil sebelum Piala Dunia. Malah, Presiden Brazil turut dikenakan kritikan yang teruk. Malah, kejohanan itu dikatakan antara yang terbaik, sebaik atau lebih baik daripada Mexico 1986.

Banyak kali dalam beberapa tahun kebelakangan ini, staf saya menemui saya dan memberi gambaran hal yang teruk. Banyaknya adalah isu yang remeh. Jika saya mula mempercayai semua yang ragu-ragu, saya akan hilang akal dan sesat fokus daripada perkara yang penting.

Berapa banyak kali kita mendengar kepada maklum balas negatif dan mula berganjak dari matlamat kita? Realitinya ialah keadaan tidak pernah seburuk yang digambarkan. Kebenaran biasanya wujud di tengah-tengah. Bagaimana kita memberi respons kepada mereka yang ragu-ragu ini akan menentukan kejayaan kita. Seperti yang kita lihat di Brazil (dan keputusan FIFA untuk meneruskan pelan mereka di Brazil dan Mexico), perkara-perkara yang hebat boleh muncul dari kononnya ‘bencana’.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik 10 Leadership Lessons From The World Cup.

 

Sila Kongsi

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest