Pengalaman Internship Membentuk Pendirian Seseorang

Feb 24, 2020 3 Minit
internship, belajar, pengalaman

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah hampir tujuh minggu saya membuat pratikal di syarikat Leaderonomics. Apabila orang lain bertanya di mana saya sedang bekerja, dan mereka bingung apabila mendengar jawapan saya. “Apa nama? Leader-economics? Leader-romantics? Kerja apa yang anda lakukan di sana? Kenapa you apply kat sana?

Di sini saya akan berkongsi pengalaman sepanjang saya praktikal…

Universiti saya mewajibkan pelajarnya meluangkan masa selama 12 minggu untuk bertugas sebagai seorang intern di mana-mana syarikat ataupun organisasi. Disebabkan oleh sifat saya yang ringan tulang, saya memberikan tumpuan lebih pada organisasi-organisasi sosial semasa proses permohonan. Setelah berfikir panjang untuk memastikan saya membuat pilihan yang tepat, ternyata Leaderonomicslah jawapannya. Organisasi sosial ini berdiri atas misi dan visi yang kukuh dan ini merupakan sebab utama saya berada di sini.

Salah satu perkara yang membuatkan saya tetap mahu mohon di Leaderonomics adalah komen positif daripada mereka kerana pengalaman mereka sepanjang berada di sini.. Jadi, saya pun membuat keputusan untuk memohon posisi intern di sini dan cuba teka? Saya berjaya, tawaran diterima. Kegembiraan yang saya rasai dalam hati selepas lulus proses temuduga seolah-olah sudah graduate dan menerima ijazah.

Berkaitan: Dilemma Seorang Graduan 

Walaupun saya cuma berada di sini selama tujuh minggu, tetapi pengalaman sepanjang internship memang sudah banyak ilmu yang saya resap. Jadi, mari saya kongsikan pengalaman internship saya pada anda.

Pengurusan Masa.

Kemahiran pengurusan masa sudah saya pupuk sejak zaman sekolah lagi. Namun, pengurusan masa dalam konteks zaman sekolah berbanding dengan konteks bekerja mempunyai perbezaan yang sangat besar bagai langit dengan bumi. Antara perbezaan yang ternyata adalah kebebasan. Jadual harian kita pada zaman sekolah dahulu adalah tetap, malah sekarang saya memperolehi kebebasan untuk menyusun jadual harian saya sendiri. Kebebasan ini ada baik buruknya tetapi secara umum, kesan positifnya melebihi yang negatif kerana ia berjaya mendorong saya untuk lebih berdikari dan disiplin dalam perancangan dan pelaksanaan tugasan harian saya.

Masuk ke Kandang Kambing Mengembek, Masuk ke Kandang Kerbau Menguak.

Pada mula-mulanya, saya memang tidak biasa dengan gaya hidup baru ini. Namun, saya gigih berusaha untuk memahami budaya di sini dan mendapatkan nasihat daripada pekerja full time tentang cara-cara untuk memahaminya. Pengajaran ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lama kerana pada era zaman sekarang pembangunan dari segi ekonomi, teknologi yang begitu pantas, terutamanya dalam zaman revolusi perindustrian 4.0 ini. 

Katakan ‘BOLEH’ Apabila Dicabar.

Kadang-kadang jika saya ditugaskan untuk membuat sesuatu yang saya yakin tidak senang, saya akan menolak kewajipan tersebut kerana takut akan kegagalan. Namun, budaya di Leaderonomics adalah katakan ‘BOLEH!’ apabila dicabar. Jadi, terpaksalah saya menyesuaikan diri dan mula berkata ‘BOLEH!’. Tanpa saya sedar, saya perasan bahawa budaya ini berjaya menjadi sebahagian diri saya dan saya bermula untuk mencabar diri saya sendiri secara sukarela (e.g., artikel). Pengajaran ini memastikan saya menggenggam ketat semua peluang yang muncul di depan mata. Yang paling penting saya juga belajar untuk tidak takut membuat kesilapan.

Tak Tahu? Google! Tak Tahu Lagi? Tanya!

Pada zaman teknologi ini, ‘tak tahu’ bukan lagi merupakan alasan yang kukuh disebabkan oleh kemudahan akses informasi. Namun, ini tidak bermakna kita tidak dibenarkan untuk bertanya apabila betul-betul bingung. Ini bermaksud kita perlulah mengambil kesempatan kemudahan internet secara sepenuhnya dan cuba sedaya upaya untuk mencari jawapannya sendiri sebelum bertanya orang lain. Kita tidak sesekali pun perlu rasa malu untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.

Jadi, saya meletakkan harapan yang tinggi pada sepanjang internship saya, kerana  tanggapan pertama saya untuk memperolehi pengalaman bekerja yang memuaskan di Leaderonomics. Walaupun masih ada lagi lima minggu, saya pasti masa akan berlalu begitu cepat sekali. Begitu pantas sehinga ahli keluarga saya pun tidak sempat belajar menyebut nama Leaderonomics dengan betul.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 
 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Perwatakan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kemenangan

Mengapa Kemenangan Terkini Meta Menakutkan Saya: Pengajaran yang Perlu Diingati

Oleh Juliet Funt. Eksekutif seperti Musk, Bezos, Zuckerberg membentuk budaya kerja yang kejam. Adakah gaya kepimpinan ini mengikuti gaya kepimpinan Welch yang tidak lagi bergaya tetapi masih hidup? Temui di sini.

Feb 14, 2024 5 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Menjadi Pendengar Yang Aktif: 10 Cara Terbaik

Kemahiran mendengar perlu dikuasai. Kita mesti pendengar yang aktif, dengan niat untuk memahami. Dengan itu, komunikasi berkesan dapat dijalin.

Oct 20, 2017 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest