Pentingnya Pemimpin Menjelaskan 'Kenapa'

Mar 12, 2019 1 Minit
pemimpin

Apabila anda melakar impian mahupun wawasan, apakah cara yang terbaik untuk mendorong insan lain membantu anda merealisasikannya?

Dalam sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1948 bertajuk The Wisdom of the Sands, penulisnya Antoine de Saint-Exupéry memberi pandangan tentang cara-cara memberi inspirasi kepada insan lain untuk sama-sama meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan matlamat yang dikongsi bersama.

Dalam satu bahagian dalam buku tersebut, Antoine menulis tentang hasrat seorang insan yang ingin membina sebuah bot. Daripada hanya memberi arahan itu ini semata-mata, tukang-tukang bot didorong oleh suatu tujuan:

“Seorang akan menenun kain kanvas, seorang lagi akan menebang pokok dengan kapak. Seorang lagi akan memahat paku, dan yang lain akan memerhatikan bintang-bintang untuk belajar cara belayar. Namun semuanya bakal bersatu. Pembinaan bot bukanlah bertumpu pada kerja menenun kain kanvas, memahat paku, atau belayar berpandukan bintang di langit. Yang penting, rasa untuk sama-sama menikmati suasana di laut, bertemankan cahaya di langit, anda hanya akan lihat ada sekumpulan insan yang dibajai rasa cinta pada keindahan alam.”

Berapa ramai pemimpin yang terlepas pandang untuk memupuk persoalan ‘kenapa’ bagi sesuatu wawasan, mereka sebaliknya tergopoh-gapah ke arah ‘apa’ dan ‘bagaimana’?

Berapa kerap timbulnya rasa ketidakbersamaan yang berakar umbi daripada pemimpin yang tidak mengambil peduli untuk membuat pekerja memahami bahawa tugasan-tugasan yang dilaksanakan bukan sekadar untuk menyiapkan kerja, namun menambah nilai kepada organisasi secara keseluruhan?

Berapa ramai pekerja dalam organisasi yang merasa mereka bukan sahaja dihargai, namun sedar kenapa sumbangan mereka begitu berharga?

Berkaitan: Memimpin Dari Dalam Ke Luar

Kepentingan persoalan ‘kenapa’

Mari kita bayangkan, kita sebagai pekerja di sebuah syarikat dan kita sedar sebaik sahaja kita melangkahkan kaki ke tempat kerja, kita sedar ‘kenapa’ kerja pada hari tersebut harus dilaksanakan dan perkara yang perlu dilakukan untuk menambah nilai positif terhadap organisasi dan pelanggan.

Inilah syarikat yang melabur dalam modal insan, dengan memastikan pekerja memainkan peranan dengan kekuatan masing-masing dan yang paling penting, mengiktiraf sumbangan mereka.

Saya tidak tahu akan keadaan anda, namun sekiranya saya seorang pekerja di sebuah syarikat, saya akan sentiasa gembira dan teruja berada di tempat kerja pada hari Isnin sama seperti pada hari Jumaat.

Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan pekerja, mereka kurang pasti dengan peranan yang dipikul. Yang lagi teruk, mereka tidak diberi pengiktirafan atau penghargaan apabila berjaya menjayakan sesuatu tugasan.

Perlukah pekerja bersyukur kerana mereka masih ada kerja? Sudah tentu. Namun pemimpin harus lebih bersyukur apabila memiliki pekerja yang sanggup membantu organisasi berkembang maju, dan semestinya perlu mengucapkan terima kasih dengan kerap.

Sebagai pemimpin, kita semua sudah maklum dengan hasil beberapa penyelidikan, apabila pekerja berasa dihargai, sedar jangkaan syarikat terhadap mereka, dan sedar sumbangan yang diberi terhadap syarikat itu bermakna, mereka lebih cenderung untuk sama-sama terlibat dan berdaya upaya dalam urusan yang dikerjakan. Hal ini mendorong mereka untuk mempertingkatkan komitmen dan pelaburan terhadap organisasi.

Hasilnya, ‘visi syarikat’ dianggap sebagai ‘misi kami’, dan organisasi beroleh manfaat daripada kesepaduan antara pekerja yang lebih jitu dan hala tuju yang lebih jelas, semuanya bermula daripada komunikasi yang jelas dan terbuka dalam kalangan ahli lembaga dalam mendorong warga syarikat pada segenap peringkat.

Akhir kata

Penulis dan penceramah terkemuka iaitu Simon Sinek pernah berkata, “Sekiranya anda tidak memahami manusia, sukar untuk anda memahami selok-belok perniagaan.”

Selama bertahun-tahun saya perhatikan, tidak ramai pemimpin yang mengambil mudah akan keadaan pekerja, namun demikian ada segelintir yang kadang-kadang gelap mata, jadi mereka perlu diperingatkan dengan aspek yang boleh membuatkan pekerja merasa teruja terhadap pekerjaan mereka.

Bak kata pepatah, aset terbesar sesebuah syarikat ialah pekerja. Maka, pemimpin bertanggungjawab untuk memastikan pekerja berasa terdorong untuk meneruskan tugasan pada pagi Isnin seperti mana rasa teruja mereka pada petang Jumaat.

Semua ini bermula dengan pemahaman akan cara memberi dorongan kepada manusia, dengan menyentuh keinginan, nilai dan kepercayaan mereka, lalu menyelaraskannya dengan matlamat, objektif dan visi organisasi.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik The Importance of Getting People to Understand the ‘Why’

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Wanita

Ibu yang Kuat: Nasihat untuk Wanita Profesional, Keluarga dan Majikan

Oleh Jacob Morgan. Selidiki kesaksamaan jantina di tempat kerja bersama Joann Lublin, pengarang 'Power Moms' yang memenangi Hadiah Pulitzer. Temui cara ibu eksekutif mengemudi kerja dan kehidupan, mencabar stereotaip dan mencapai kejayaan. Baca perbualan berwawasan tentang kerja/pengaruh kehidupan dan melanggar hukuman keibuan.

Mar 06, 2024 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Membina Pembangunan Diri

Membimbing orang lain dalam kehidupan dan kerjaya mereka dapat memberi peluang kepada kita untuk mengembangkan potensi dan meningkatkan pembangunan diri kita. Mari ketahui lebih lanjut tentang membina pembangunan diri bersama Roshan Thiran.

Apr 03, 2024 44 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest