Perjalanan Menuju Kejayaan Dan Kepimpinan Yang Hebat

Jul 12, 2019 3 Minit
selangkah demi selangkah, tangga

Apakah kunci kejayaan untuk kerjaya masa depan anda? Apakah persiapan yang anda perlu lakukan untuk mencapai prestasi tinggi? Perlu disedari bahawa tidak ada tongkat ajaib dan tidak ada lif berkecepatan tinggi untuk mencapai kejayaan. Anda perlu menjejak  selangkah demi selangkah dalam perjalanan menuju kejayaan. 

Namun, kita boleh menguraikan beberapa prasyarat untuk mencapai prestasi tinggi dalam kerjaya anda. 

Impi impian

Bayangkan apa yang anda impikan. Impian merupakan asa realiti. Jika anda boleh bayangkannya, anda bakal mencapainya. Tetapi, jangan sekadar bermimpi bagaikan Mat Jenin yang berangan membina istana di kayangan.

Berkaitan: Mencapai Impian Perlukan Tindakan Yang Berani

Bangunkan pelan 

Buat rancangan yang realistik dan boleh dicapai. Bertindak, bukan sekadar bertindak balas. Layari susur jalan yang ditetapkan. Tentukan tempoh waktu untuk mengerjakan rancangan tersebut. 

Disiplinkan diri

Usahakan dengan penuh disiplin pelan yang anda buat dengan teliti itu. Disiplin adalah kunci kejayaan. 

Bekerja keras

Gigih berusaha dan rajin. Kerja keras tidak pernah sia-sia. Apa pun yang anda lakukan, buatkannya dengan baik. Kendalikan setiap tugas anda dengan sepenuh hati dan jiwa. JIka anda seseorang yang melaksanakan kerja biasa dengan cemerlang, bos anda pasti akan mempercayai anda dengan tugasan yang lebih berat dan mencabar, yang akan memberi anda peluang untuk menyerlah dan melangkaui batas kejayaan yang dijangkakan.

Bersikap positif

Kembangkan sikap positif. Sikap anda, bukan bakat anda, yang menentukan ketinggian pencapaian anda. Jika anda fikir anda boleh, anda pasti boleh. Sebenarnya anda memiliki  kemampuan yang lebih daripada yang anda sedari. Dalam jiwa setiap insan terkandung kekuatan batin yang menunggu untuk dicungkil. Anda boleh terbang lebih tinggi daripada burung rajawali jika anda didukung harapan dan tekad.

Sangsi keraguan anda, bukan kepercayaan anda

Jangan benarkan batasan anda mengekang anda.

Bercita-cita tinggi

Berfikiran besar. Dorong diri untuk mengambil risiko. Keluar dari ruang keselesaan anda dan melangkah ke belantara intuisi anda. Pergi ke tempat yang belum pernah dikunjungi orang  dan tinggalkan jejak untuk orang lain ikuti.

Mulakan sekarang

Jangan tunggu situasi yang sesuai. Kita jarang menikmati keadaan yang ideal, namun perjalanan hidup kita mesti berterusan. Kadang-kadang tidak ada jejak jalan di hutan tetapi semasa anda berjalan, jejak langkah akan mula mengambil bentuk. Mulakan rancangan anda hari ini. Apa-apa pun yang dimulakan akan mengambil rentak sendiri kemudian dan berkembang seperti bola salji yang meluncur turun bukit.

Berkaitan: Mulakan Sekarang! Masa Tidak Menunggu Sesiapa

Uruskan ketakutan dan keraguan dengan matang

Pada saat-saat ketika anda merasa takut dan ragu, anda perlu sedar bahawa ketakutan, keraguan dan rasa tidak selamat adalah perasaan biasa. Setiap insan pasti mengalaminya. Kita semua adalah bercak debu di alam semesta ini. Pada masa yang sama, kita sebenarnya cukup kuat untuk mengatasi sebarang cabaran. Liku-liku kehidupan adalah sukar tetapi kita lebih kuat daripadanya. Dengan

sikap positif, sikap tidak mengalah, kita boleh mengatasi cabaran dan kesulitan, menjadikannya peluang untuk bertindak.

Percaya pada Tuhan

Letakkan kepercayaan pada Tuhan. Dalam Al-Quran (2:286) dinyatakan: “Tuhan tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.  Ayat 40:Surah 60 mengajak kita untuk “Panggil Saya; Saya akan menjawab doa anda”. 

Tabahkan diri

Jangan mudah menyerah. Tabahkan azam anda. Jika  pada awalnya anda tidak berjaya, cuba lagi. Jatuh bukan bererti gagal. Rumi, penyair Persia, berkata: “Yang kamu cari mencari kamu”.

Kebahagiaan adalah dalam pemberian

Untuk menikmati kegembiraan, hidup untuk orang lain. Dedikasikan hidup anda untuk sesuatu yang lebih besar daripada diri anda. Yang penting bukan apa yang kita kumpulkan, tetapi yang apa kita taburkan.

Akhir kata

Pencapaian kejayaan bukan terletak pada kemampuan tetapi dalam sikap mental yang positif, dan usaha gigih yang terancang dan berdisiplin.

Impi impian tetapi seperti kata penulis Inggeris, Rudyard Kipling, jangan jadikan mimpi itu tuan anda dan fikiran itu tujuan anda.Rungkaikan pelan yang realistik. Mulakan sekarang dan belayar mengikut haluan yang terencana. Bertindak dengan disiplin, rajin, positif dan tekun. Fikir dengan mendalam. Bertindak luhur. Tinggalkan dunia ini dalam keadaan yang lebih baik daripada anda temukannya. 

Selamat maju jaya. Semoga Yang Esa bersamamu!

 

Emeritus Prof Datuk Dr Dr Shad Saleem Faruqi merupakan pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Untuk menghubungi beliau, sila hantar e-mel ke editor@leaderonomics.com.Artikel ini adalah petikan daripada ucapan nasihat penulis kepada para penuntut undang-undang perlembagaan Universiti Malaya pada hari terakhir semester pada Mei 2019. Ia diterjemahkan dan disiarkan dengan kebenaran penulis.

 

 

 

 

 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pengurus

Bagaimana Pengurus Mensabotaj Diri Apabila Memberi Maklum Balas Negatif

Oleh Michael Schaerer, dan Roderick Swaab. Ketahui sebab pengurus bergelut dengan menyampaikan maklum balas pembetulan yang jelas dan cara memerangi bias kognitif yang boleh meningkatkan komunikasi dan prestasi.

May 07, 2024 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pemimpin yang Berani

Tahukah anda, bagaimana menjadi pemimpin yang berani? Dalam Tip Kepimpinan kali ini, Roshan Thiran berkongsi tip yang menarik untuk menjadi pemimpin yang efektif dan berani.

Jun 24, 2024 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest