Petua Membina Hubungan Berkekalan

May 25, 2018 1 Minit
Tolstoy, hubungan

Baru-baru ini, saya tengah merenung tentang isu hubungan. Saya tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk membina dan menyuburkan hubungan dalam rangkaian profesional dan juga dalam kehidupan peribadi?

Saya cukup bertuah kerana berpeluang belajar daripada beberapa pemimpin hebat dalam dunia perniagaan sepanjang karier, serta memperoleh begitu banyak nasihat berguna dan idea yang menerpa di minda. Namun, tiada satu pun yang dapat menjawab soalan saya dengan memuaskan. Soalan tersebut masih berlegar-legar dalam fikiran.

Berkaitan: Mulakan Sekarang! Masa Tidak Menunggu Sesiapa

Tiga soalan

Selepas beberapa ketika, saya terbaca kembali kisah hasil karya Leo Tolstoy yang sudah saya tinggalkan bertahun-tahun. Saya amat gembira kerana cerita nenek moyang ini sarat dengan seribu satu hikmah yang masih relevan untuk hari ini.

Kisah Tiga Soalan garapan Tolstoy menceritakan perihal seorang raja yang mencari jawapan bagi tiga soalan khusus. Jika baginda berjaya menjawab semua soalan itu dengan baik, baginda pasti baginda tidak akan gagal dalam apa-apa sekalipun. Tiga soalan tersebut ialah:

  1. Bilakah waktu yang terbaik untuk memulakan sesuatu?
  2. Siapakan insan yang paling penting yang harus kita ambil nasihatnya?
  3. Apakah perkara yang paling penting untuk kita lakukan?

Raja ini menawarkan ganjaran yang lumayan kepada sesiapa dalam kerajaannya yang dapat menjawab tiga soalan ini dengan baik. Namun, setelah beberapa percubaan, tiada sesiapapun yang mampu menjawab soalan-soalan tersebut.

Akhirnya, baginda membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang pertapa, yang dikenali ramai kerana kebijaksanaannya, dengan hasrat untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan tersebut.  

Sudah tentu, kisah yang digarap oleh Tolstoy lebih menarik daripada penceritaan saya. Jadi, anda boleh membaca sendiri hasil tulisannya yang mengagumkan ini. Pada akhir cerita, inilah jawapan yang ditemui oleh raja daripada pertapa tersebut:

  • Bilakah waktu yang terbaik untuk memulakan sesuatu? “Kita harus ingat, kita hanya ada satu detik yang bernilai, iaitu Sekarang! Waktu inilah yang paling berharga kerana inilah detik yang kita kuasai.”
  • Siapakan insan paling penting yang harus kita ambil nasihatnya? “Insan yang paling kita perlukan ialah seseorang yang berada di samping kita, kerana tiada sesiapapun yang tahu sama ada orang ini akan berurusan dengan orang lain ataupun tidak.”
  • Apakah perkara yang paling penting untuk kita lakukan? “Perkara yang paling penting ialah berbuat baik, kerana inilah satu-satunya tujuan sebenar manusia diciptakan untuk hidup!”
Berkaitan: Mendengar: Sifat Kepimpinan Yang Perlukan Disiplin Dan Latihan

Peri pentingnya membina hubungan

Tiga Soalan Tolstoy ini menjentik minda kita tentang cara untuk membina dan menyuburkan hubungan dengan terbaik.

Berapa kerap kita hanya ikut rentak dalam percakapan seharian? Apabila orang lain berborak dengan kita, adakah kita mendengar dan memahami ceritanya? Adakah kita betul-betul ikut serta demi kepentingannya? Atau kita sebenarnya berpura-pura  mendengar acuh tak acuh, sambil sibuk memikirkan jadual esok hari, atau sudah tibakah waktu makan tengah hari?

Setelah membaca kisah Tolstoy ini, saya sedar bahawa komunikator terbaik yang pernah saya temui ialah orang yang membuatkan saya rasa hanya saya seorang sahaja yang ada bersamanya.

Mereka memberi tumpuan sepenuh hati dan mereka betul-betul ikut serta dalam perbualan dengan anda, tidak kira berapa lama sekalipun. Apabila berborak, proses ini berlaku secara dua hala dan mereka sentiasa ikhlas dan jujur untuk merapatkan diri dengan orang lain.

Cara terbaik membina dan menyubur hubungan

Kita boleh mencontohi teladan daripada kisah Raja tersebut, iaitu sedar bahawa:

  • sekarang adalah masa untuk berbuat apa-apa, maka sekarang adalah waktu yang terbaik;
  • sesiapapun yang berada di sisi kita, berilah mereka perhatian sepenuh dan tidak berbelah bahagi;
  • memberi diri kita sendiri dengan membantu orang lain dalam apa jua cara sekalipun mengikut kemampuan kita. Ia mungkin mengambil masa beberapa minit, atau anda boleh membantu dengan cara tertentu, mengikut keadaan.

Akhir kata

Bagi saya, mesej utama yang disampaikan melalui kisah Tiga Soalan ini ialah kesungguhan dalam melakukan apa-apa kerja.

Bunyinya mudah, mesejnya jelas, namun berapa ramai daripada kita yang berjaya untuk betul-betul ikut serta dalam semua perbualan? Hal ini merupakan kunci dalam mengekalkan hubungan yang erat. Tidak dapat dinafikan juga, sifat ini mendatangkan pelbagai manfaat dan peluang bagi diri sendiri dan orang lain sekiranya kita berjaya memupuk hubungan yang tulus ikhlas.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik 3 Tips In Building Sustainable Relationships From Leo Tolstoy’s Story.

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Kerja

Adakah Anda Mengutip Sampah?

Oleh Michelle Gibbings. Pemimpin dicabar untuk membuka mata, menerima pelbagai perspektif, dan melakukan kerja keras untuk menangani isu yang kompleks. Temui kepentingan menggunakan piawaian yang konsisten dan memungut sampah untuk menetapkan standard yang adil dan terhormat di tempat kerja.

Feb 19, 2024 5 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest