Talent Development: Berkolaborasi Dengan Teknologi

Jul 14, 2017 5 Minit
robotik, modal, teknologi, kerjasama

Kebangkitan robot dan kecerdasan buatan akan memupuskan nilai dan permintaan untuk tenaga kerja pada masa hadapan. Pernyataan ini mungkin cuma momokan perbahasaan ahli konspirasi teori atau pandangan dramatik sensasi budaya popular. Betul atau tidak, ia pernyataan yang mudah dipercayai.

Sektor pembuatan dan perkhidmatan khususnya sedang menyesuaikan diri dengan “kebangkitan robot” yang makin popular dalam dunia yang kian berkembang.

Malah arah aliran pasaran baru-baru ini menyarankan bahawa modal insan dalam tenaga kerja akan hapus sama sekali dengan bermulanya fasa robotik.

“Robot tidak berhenti untuk minum kopi!”
“Robot boleh bekerja tanpa henti!”
“Robot tidak menghadapi hari yang teruk!”
“Robot tidak hilang tumpuan disebabkan drama yang berlaku di rumah!”
“Robot boleh melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik dalam masa yang lebih singkat!” 

Peluang Baharu 

Pandangan di atas cuma contoh sentimen yang makin menular dalam industri masa kini. Tetapi Ketua Pegawai Operasi Talent Development (M) Sdn Bhd, Prasanna Sailanathan, mempunyai pandangan yang berbeza. 

Daripada melihat bermulanya revolusi perindustrian keempat – atau dikenali sebagai Industri 4.0 – sebagai ancaman kepada pembangunan sumber manusia, Prasanna mengakui bahawa kelebihan teknologi memberi potensi kepada pekerja untuk mempelajari kemahiran tambahan secara besar-besaran serta bidang kepakaran baharu.

“Telah banyak kali berlaku dalam sejarah di mana kita menganggap sesuatu daya cipta atau kemajuan teknologi akan membawa kemusnahan yang tidak dapat ditebus terhadap keadaan kerja kita,” kata Prasanna.

Ketua Pegawai Operasi Talent Development (M) Sdn Bhd, Prasanna Sailanathan

“Tetapi setiap kali ini berlaku, kita dapat melihat peluang baharu muncul daripada perubahan itu dan kita menyesuaikan diri dengan sewajarnya. Industri 4.0 tidak akan melenyapkan tenaga kerja manusia. Ia bermakna pekerja mestilah dilengkapi dengan kemahiran yang lebih tinggi, kemahiran semula dan kemahiran pelbagai untuk kekal relevan,” jelas Prasanna. 

Pekerja yang berkemahiran tambahan dalam dunia Willy Wonka

Jika dilihat dari sudut budaya pop, peluang tenaga kerja berkemahiran dan relevan dapat dilihat dalam karya unik Tim Burton, “Charlie and the Chocolate Factory.”

Filem fantasi tahun 2005 itu memaparkan keluarga Bucket yang bagai jatuh ditimpa tangga. Ayah watak protagonis iaitu Charlie telah kehilangan pekerjaannya dalam industri pembuatan. Setelah bertahun-tahun bekerja menskru penutup pada tiub ubat gigi di kilang ubat gigi, syarikat Bucket menyedari bahawa mesin boleh menjadi pengganti yang lebih efisien. Ini menyebabkan bapa keluarga itu tidak diperlukan lagi di kilang tempat dia bekerja.

Lupakan telatah pelik baki filem ini; epilog kisah ini menunjukkan pengakhiran yang menyentuh. Bucket mendapat pekerjaan membaiki mesin yang sama yang mengambil alih pekerjaannya di kilang itu.

Ini bukan bermaksud yang setiap pekerja kilang dimestikan belajar cara membaiki mesin, tetapi ia menunjukkan bagaimana peluang pekerjaan yang baharu timbul dengan setiap inovasi teknologi.

“Saya tidak menyangkal yang pada masa kelak pasti ada ramai yang mendakwa  ‘robot yang mengambil kerja saya’,” kata Prasanna.

“Ini tidak boleh dielakkan. Tetapi orang yang tidak bersedia untuk belajar kemahiran yang tidak dapat dibuat oleh robot, tidak menolong diri mereka sendiri.”

Memahami Industri 4.0

Tindakan membahagikan sejarah kompleks berkaitan industri pembuatan dan yang berasaskan kuasa kepada empat era yang berbeza mungkin nampak seakan-akan meremehkan pemahaman. Namun begitu, terma Industri 4.0 kini sudah menjadi ungkapan hangat dalam kalangan media dan landskap perniagaan.

Antara 1760 dan 1840, ‘revolusi perindustrian’ mengubah cara industri pembuatan berubah selama-lamanya. 

Industri tekstil membawa perubahan paling ketara, daripada pengeluaran rekaan buatan tangan kepada pembuatan mesin. Penggunaan kuasa stim yang meningkat, kuasa air dan sistem kilang juga menjadi tanda kepada pembaikpulihan ini.

Apabila revolusi perindustrian kedua melanda pada hujung abad ke-19, perhubungan ditingkatkan melalui jaringan kereta api yang semakin baik serta penciptaan kuasa elektrik dan telefon. Ini memudahkan pengeluaran dan membawa dunia ke peringkat seterusnya dalam perkembangan manusia.

Terma “globalisasi” menjadi kebiasaan dalam perbendaharaan kata harian, dan teknologi yang tidak dapat diduga setakat ini menggegarkan asas masyarakat.

“Revolusi digital”, yang bermula pada akhir 1950-an (atau 1970-an terpulang kepada siapa anda bertanya), menyaksikan penciptaan komputer dan kemudian Internet. Ini membawa kita ke dunia yang lebih pantas.

Walhal berkurun-kurun dahulu mesej dihantar melalui botol di atas kapal yang belayar ke seluruh dunia, sekarang e-mel dan mesej segera menghubungkan dunia. Keadaan pelbagai industri berubah serentak dengan perkembangan ini.

Dalam dunia masa kini, pengenalan peranti pintar, sistem penyimpanan berasas awan, data besar dan persemukaan antara manusia dan kuasa mekanikal disebut sebagai komponen unggul revolusi perindustrian keempat. Dalam suasana ini, kesalinghubungan global bertambah penting.

Seperti kata Prasanna, “Saya boleh menaip komputer saya di Kuala Lumpur, yang mengatur cara dan menghantar perintah ke mesin-mesin dan peranti di New York, Mumbai dan Cape Town secara serentak.”

“Inilah nilai awan. Pekerja tidak perlu lagi berdiri di sebelah mesin dan menarik tuas,” katanya.

Dia menamakan teknologi ini sebagai menyelesaikan masalah dari jauh, serta diagnostik dan pembelajaran dari jauh.

“Seperti revolusi perindustrian sebelum ini, masa hadapan industri akan tertera dibahagikan kepada dua – golongan yang memahami teknologi dan peluang yang tersedia, dan mereka yang ketinggalan zaman,” katanya.  

Merapatkan jurang kemahiran pada abad ke-21

Talent Development telah mula mempersiapkan tenaga kerja Malaysia untuk menghadapi cabaran mendatang.

Sebagai pusat latihan swasta pertama di Malaysia dan ASEAN yang menawarkan Program Pensijilan Sistem Mekatronik Siemens (Tahap 1), Talent Development telah mula mempersiapkan pekerja dengan kemahiran tambahan, kemahiran semula dan kemahiran pelbagai dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

Program yang ditawarkan termasuk Latihan Industri Siemens yang dirangka mengikut keperluan industri. Talent Development juga satu-satunya pengendali latihan bagi MAERSK – di Malaysia dan ASEAN – untuk membekalkan program latihan bagi industri minyak dan gas serta maritim.

Talent Development mempunyai makmal yang serasi internet (Internet of Things) dan bersedia untuk diubah ke bentuk digital. Ia kini berusaha gigih membantu Malaysia mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Memandangkan dia bertanggungjawab memantau tenaga kerja Malaysia maju ke hadapan dalam lengkungan ini, Prasanna mempunyai pandangan unik tentang apa yang perlu dilakukan untuk mendalami Industri 4.0.

Ia bermula dengan melihat masa hadapan sebagai dunia yang menarik dan berhubung kait. Semuanya mungkin dilakukan dan dicapai. Ia bukannya landskap yang dikuasai pengautomasian yang menghadkan peluang pekerjaan. 

“Kebanyakan nama jawatan dan kedudukan pada masa hadapan adalah yang tidak kita fikirkan pada masa ini,” kata Prasanna.

“Tetapi adalah penting kita melihat gambaran yang lebih besar — masa teruja yang akan kita tempuhi. Kita akan sentiasa merasa yang teknologi lebih maju selangkah daripada kita, tetapi ini patut mendorong kita untuk sentiasa berkembang, mempelajari dan jangan merasa puas. Itulah yang sangat menarik, pada pandangan saya.”

 

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh meningkatkan kemahiran anda atau tenaga kerja anda untuk memenuhi tuntutan Industri 4.0, layari www.talentdevelopment.my untuk mendapat senarai kursus yang ditawarkan dan pelbagai tip bagaimana untuk berkembang seiring dengan masa. Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Talent Development (M) Sdn Bhd: Why We Need To Collaborate With Technology

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Sains & Teknologi, Hubungan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Transformasi

Pelajaran tentang Transformasi daripada Tao Te Ching dan Seni Mempertahankan Diri Jepun

Oleh Adam Bennett. Temui bagaimana kebijaksanaan Tao Te Ching dan seni mempertahankan diri tradisional Jepun boleh menerangi jalan menuju transformasi yang berjaya.

Sep 12, 2023 4 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Menjadi Pendengar Yang Aktif: 10 Cara Terbaik

Kemahiran mendengar perlu dikuasai. Kita mesti pendengar yang aktif, dengan niat untuk memahami. Dengan itu, komunikasi berkesan dapat dijalin.

Oct 20, 2017 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest