Tip Kepimpinan: Sentiasa Belajar

Saya teringat masa saya bekerja di General Electric. Ketua pegawai eksekutif pada ketika itu ialah Jack Welch, yang bersara tidak lama kemudian. Ramai orang dalam dunia perniagaan menganggapnya sebagai salah seorang KPE yang paling hebat.

Setahun sebelum beliau bersara, isteri Welch menunjukkannya kuasa yang ada pada internet. Buat sebegitu lama, Welch telah menolak kemudahan internet tetapi apabila beliau menyedari kesilapan tanggapannya, beliau bergegas mengubah GE menjadi organisasi yang cukup gah menggunakan internet. Hakikat bahawa beliau akan bersara tidak lama kemudian tidak menghalangnya daripada terus belajar dan berubah.
Keinginan dan kebolehan untuk terus belajar dan berkembang sentiasa merupakan ciri utama pemimpin yang hebat. Mereka akan selalu memasang telinga dan membuka mata dengan harapan dapat belajar idea dan kebenaran baharu untuk diri sendiri. Tanpa mengira umur, mereka sentiasa ingin belajar.
Adakah anda mempunyai semangat sedemikian — keinginan membara untuk belajar dan berubah setiap masa? Sama ada anda tua seperti Welch atau masih di bangku sekolah, anda patut sentiasa belajar. Lagipun jika Welch pada umur 64 tahun boleh belajar daripada isterinya, masakan anda ada alasan untuk elakkan diri dari belajar?
Jadi, nasihat saya kepada anda:
Anda patut sentiasa belajar. Buka mata, pasang telinga untuk belajar idea dan kebenaran baharu demi pembangunan dan pertumbuhan diri.
Berkaitan: 4 Sebab Kenapa Kita Mesti Terus Belajar Sepanjang Hayat
Kepimpinan
Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/