“Fake Work” vs “Real Work”

Jun 30, 2024 1 Minit
Kerja
Sumber:

Gambar daripada Storyset

Baru-baru ini saya terbaca suatu idea berkenaan "fake work" dan "real work".

"Real work" adalah kerja yang memberikan impak kepada kemajuan kerja kita. Manakala "fake work" adalah kerja-kerja yang nampak seperti akan ada kemajuan, tetapi tidak memberikan apa-apa kesan kepada keseluruhan kerja kita.

Isunya adalah apabila kita banyak melakukan "fake work" berbanding "real work". Sampai satu tahap, apabila sampai hujung tahun, kita tidak pasti apa yang sebenarnya kita lakukan selama ini.
Artikel berkenaan:

5 Petua untuk Lebih Produktif

Contoh "fake work" adalah seperti menyemak dan membalas e-mel, kerja-kerja kerani dan perjumpaan yang tidak penting. Lebih malang lagi apabila kita terpaksa membawa balik kerja ke rumah untuk disiapkan disebabkan permintaan daripada bos. 

Justeru, sebagai "knowledge worker", antara perkara yang penting untuk kita lakukan adalah mengenal pasti apa itu "real work" dan "fake work" dalam tugasan seharian kita.

Contoh “real work” mungkin adalah melakukan analisis, menyediakan pakej pembentangan untuk pengurusan, dan pelbagai lagi. Pokoknya, kerja yang memberikan impak kepada kemajuan kerja kita.

Disunting oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri, Kualiti

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Alt

Cadangan Buat Kamu

Neurodiversity, minda

Menerima Neurodiversity: Membina Budaya yang Berkembang dengan Minda Berbeza

Oleh Kelsey McCormick. Temui bagaimana minda neurodiversity mentakrifkan semula kejayaan perniagaan — memacu inovasi, kreativiti, dan tempat kerja yang lebih inklusif. Neurodiversity bukan sekadar aset — ia adalah kelebihan kompetitif.

Oct 15, 2024 5 Minit

Mindset positif

Penetapan Minda Positif: yang Mana yang Anda Miliki?

Ingin tahu tentang minda anda? Video ini membantu anda mengenal pasti sama ada anda mempunyai mindset tetap atau berkembang dan menerangkan bagaimana masing-masing boleh membentuk kehidupan anda.

Feb 19, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest