Deep work ialah satu aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan tanpa ada gangguan dan seseorang itu kekal fokus untuk jangka masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
Petua Ringkas Mempraktikkan Deep Work
1. Blok masa 2-3 jam dalam kalendar untuk deep work.
Apabila kita sebut deep work, ia bermakna kerja sukar yang memerlukan analisis dan fokus yang tinggi untuk diselesaikan.
2. Bina rutin deep work. Apabila bercakap tentang rutin deep work, terdapat 4 perkara yang perlu kita pertimbangkan: lokasi, tempoh, struktur dan keperluan.
a. Cari lokasi atau ruang yang ditetapkan untuk melakukan deep work.
b. Blok tempoh yang agak lama untuk menyiapkan kerja yang kita mahukan.
c. Strukturkan deep work kita kepada subtugasan yang perlu diselesaikan supaya deep work berlaku dengan lancar.
d. Sediakan apa yang sepatutnya seperti kopi atau air kosong atau makanan ringan dalam sesi deep work supaya kita tidak perlu beralih kepada perkara lain.
3. Fokus pada penyediaan tugas yang paling penting untuk dilakukan semasa deep work.
Takut kita sediakan perkara yang tak sepatutnya.
4. Dapatkan rehat yang cukup. Deep work akan memenatkan kita.
Jadi, tidur dan rehat yang cukup akan membuatkan kita lebih bertenaga untuk meneruskan rutindeep work.
5. Amalkan mindfulness atau bersendirian tanpa memikirkan apa-apa.
Solat adalah contoh terbaik untuk kita mengamalkan kesedaran. Jadikan kita sebagai orang yang lebih tenang dan fokus pada apa yang akan datang.
Leaderonomics.com ialah laman web bebas iklan. Sokongan dan kepercayaan berterusan anda kepada kami membolehkan kami mengatur, menyampaikan dan mengekalkan penyelenggaraan laman web kami. Apabila anda menyokong kami, anda membenarkan berjuta-juta orang untuk terus membaca secara percuma di laman web kami. Adakah anda akan memberi hari ini? Klikdi sini untuk menyokong kami.
Oleh Terry Small. Temui faedah aktiviti luar yang disokong sains untuk minda dan badan anda. Ketahui sebab 'Senaman Hijau' boleh meningkatkan emosi anda, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan. Keluar dan nikmati 'Kesan Alam Semula Jadi' hari ini!
Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki?
Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.