5 Petua untuk Lebih Produktif

Jun 03, 2024 2 Minit
Petua
Sumber:

Gambar daripada Storyset

1. Two Minute Rule

Two minute rule dipopularkan oleh David Allen dalam bukunya yang terkenal Getting Things Done.

Contoh tugasan kecil seperti membalas e-mel, bersembang bersama individu yang follow up dengan kita, mengemas meja, membuat temu janji dengan doktor dan macam-macam lagi. Two minute rule ini membantu untuk mengelakkan kita daripada bertangguh. 

Artikel berkenaan:

Petua Mengatasi Berlengah-lengah Mengikut Puncanya

2. Time Blocking

Konsep time blocking ini agak ringkas, anda cuma perlu blok dalam kalendar anda tentang tugasan spesifik yang anda perlu siapkan. 

Dan itu akan jadi default task untuk anda lakukan. Sekiranya tiada bos atau orang lain yang mengganggu, stick with that. Kaedah ini juga digunakan oleh orang-orang yang hebat seperti Elon Musk dan Bill Gate. Anda perlu cuba dan ia memang terbukti berbaloi! 

3. Five Minute Rule

Satu lagi konsep yang berkaitan dengan minit ini ialah 5 minute rules. Jadi, tujuan utama 5 minutes rule ini ialah untuk mengelakkan kita daripada bertangguh. 

Jadi, apa yang anda perlu lakukan ialah membuat tugasan yang anda rasa tak perlu siapkan tersebut selama 5 minit sahaja dan lihat hasilnya. Kebiasaannya, apabila kita dah mula lakukan kerja tersebut, kita akan terdorong untuk menyiapkannya. Masalah kita ialah pada waktu awal ketika hendak melakukan tugasan tersebut sahaja. Tetapi apabila  kita sudah mulakan tugasan tersebut kita akan terus menyiapkannya. 

4. Daily Highlight

Daily highlight ini ialah satu produktiviti hack yang dipopularkan oleh Jake Knapp dalam buku Make Time. Apabila bangun pada waktu pagi, anda perlu tentukan satu perkara saja yang anda perlu siapkan pada hari tersebut. 

Sebab kebanyakan apa yang ada dalam to do list kita ini tidak penting dan ia boleh disiapkan pada waktu yang lain. Jadi, pilih satu atau dua tugasan yang perlu anda siapkan pada hari itu dan just work on it.

5. Batching  

Konsep batching ini agak ringkas dan Tim Ferris juga pernah sebut tentang perkara ini. Caranya ialah dengan anda mengumpulkan tugasan yang hampir sama  dan terus buat sekali dalam masa yang sama. 

Contohnya seperti membalas e-mel. Sekiranya anda mempunyai banyak e-emel yang belum disemak, anda boleh kumpulkan dahulu dan terus buat in one go. Daripada melakukannya sedikit demi sedikit, kerana ini sebenarnya boleh merosakkan produktiviti kita.

Disunting oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Alt

Cadangan Buat Kamu

Kerjaya

Memastikan Permulaan yang Sempurna untuk Kerjaya Anda

Oleh Roshan Thiran. Memilih laluan kerjaya yang betul boleh menjadi sangat sukar, terutamanya bagi mereka yang tidak tahu apa yang mereka mahu lakukan walaupun selepas tamat universiti. Memandangkan kebanyakangraduan universiti tidak mengalami masa yang tinggi dan rendah dalam industri atau peranan tertentu, adalah sangat sukar untuk membuat keputusan besar sebagai kerjaya anda.

Jul 14, 2024 3 Minit

Mindset positif

Penetapan Minda Positif: yang Mana yang Anda Miliki?

Ingin tahu tentang minda anda? Video ini membantu anda mengenal pasti sama ada anda mempunyai mindset tetap atau berkembang dan menerangkan bagaimana masing-masing boleh membentuk kehidupan anda.

Feb 19, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest