Self-Love di Tempat Kerja: Kunci Kesihatan Mental dan Produktiviti

imej oleh @wayhomestudio dari freepik.com
Pernah tak anda rasa terlalu penat dengan kerja sehingga rasa ingin give up? Kita selalu dengar tentang self-love dalam kehidupan seharian, tapi ramai yang tak sedar bahawa self-love di tempat kerja juga sama penting. Bukan sahaja untuk kesihatan mental, tetapi juga untuk memastikan kita lebih produktif dan bahagia.
Jom baca beberapa cara mudah untuk menjaga kesejahteraan diri di tempat kerja.
1. Kenali Had Diri untuk Elak Burnout
Bukan semua perkara perlu dilakukan serentak. Jika beban kerja sudah terlalu banyak, jangan takut untuk berkata ‘tidak’ atau meminta bantuan. Kita perlu belajar mengurus masa dengan baik dan tidak memaksa diri melakukan lebih daripada kemampuan. Apabila keseimbangan terjaga, kerja pun jadi lebih lancar dan ini dapat mengelakkan burnout.
2. Elakkan Jadi 'People Pleaser' demi Kesejahteraan Mental
Pernah tak anda rasa terpaksa buat sesuatu kerana tak mahu orang lain kecewa? Hakikatnya, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Belajar untuk fokus pada apa yang betul-betul penting dan jangan terlalu risau jika kita tak dapat memenuhi setiap permintaan. Menetapkan batasan yang sihat akan membantu anda berasa lebih tenang dan produktif di tempat kerja.
Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.
3. Pentingnya Rehat: Cara Mudah Kurangkan Tekanan di Tempat Kerja
Jangan takut untuk ambil rehat. Bangun, regangkan badan, hirup udara segar atau sekadar tarik nafas dalam-dalam. Percayalah, otak yang segar akan membantu kita bekerja dengan lebih baik dan mengelakkan rasa terbeban. Ambil masa untuk diri sendiri supaya dapat kembali bekerja dengan lebih fokus. Anda juga boleh berehat sebentar dengan “nap sleep” di tempat kerja kerana ia mampu membantu anda lebih bertenaga.

4. Jangan Terlalu Keras pada Diri Sendiri
Tak semua hari kita akan perform dengan sempurna. Ada hari yang kita rasa kurang produktif, dan itu adalah normal. Jangan terlalu menyalahkan diri jika berlaku kesilapan. Sama ada kesilapan kecil atau besar, ambillah ia sebagai pengajaran dan teruskan ke hadapan. Ingat, perjalanan kerjaya adalah maraton, bukan pecutan.
Anda mungkin menyukai artikel ini:
Burnout di Tempat Kerja: Tanda, Punca dan Cara Mengatasinya
5. Raikan Kejayaan Kecil dan Tingkatkan Motivasi
Kadang-kadang kita terlalu sibuk kejar matlamat besar sampai lupa menghargai pencapaian kecil. Bila berjaya siapkan tugasan penting atau mencapai sesuatu yang bermakna, raikannya! Beri diri sendiri sedikit penghargaan—walaupun hanya dengan secawan kopi atau berehat sebentar. Ini akan membantu meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.

6. Jaga Kesihatan Fizikal dan Mental
Kerja kita takkan pernah habis, tapi kesihatan kita ada hadnya. Makan dengan baik, cukupkan tidur, dan kalau boleh, bersenam walaupun hanya berjalan sekejap. Apabila badan sihat, minda pun akan jadi lebih tenang. Kesihatan yang baik membantu meningkatkan produktiviti dan daya tumpuan kita.
7. Amalkan Pemikiran Positif
Banyak perkara dalam hidup yang kita tak boleh kawal, tapi cara kita melihat sesuatu boleh diubah. Daripada terlalu fokus pada perkara negatif, cuba lihat sisi positif dalam setiap cabaran. Ingatkan diri sendiri bahawa kita sudah melakukan yang terbaik. Sikap positif akan membantu kita mengurus tekanan dengan lebih baik.
Kesimpulan
Self-love bukan alasan untuk malas, tapi cara untuk memastikan kita dapat bekerja dengan lebih baik tanpa mengorbankan kesejahteraan diri. Jangan tunggu sampai dah penat baru nak jaga diri—mulakan sekarang! Apa langkah self-love pertama yang anda nak cuba hari ini?
Perkembangan Peribadi
Berlatarkan pendidikan dalam Bahasa dan Linguistik Melayu, Amirah Nadiah gemar membaca dan mengikuti perkembangan semasa, yang membolehkannya kekal peka terhadap pelbagai isu. Sebagai seorang Content Editor, beliau aktif dalam kerja terjemahan serta penghasilan kandungan yang menarik dan meyakinkan. Pada masa lapang, beliau suka berkongsi frasa self-love di platform X miliknya.