Kenapa Membaca Kritikal Untuk Kejayaan Anda?

Mar 15, 2017 3 Minit
buku, membaca, ilmu, pengajaran
Banyak Pengajaran Didapati Ketika Membaca

Ramai orang bersetuju bahawa membaca adalah penting. Tetapi tidak ramai yang membaca dan belajar daripada bacaan mereka. Bagi saya pula, saya selalunya akan mencari pengajaran daripada setiap buku yang saya baca.

Salah satu sebab kenapa kita perlu belajar daripada bahan bacaan terkandung dalam kisah sebenar yang membabitkan kapal laut Titanic.

Apabila saya membaca kisah itu, saya tertanya-tanya tentang apa yang akan terjadi sekiranya pembina-pembina kapal dan orang ramai di Titanic membaca novel bertajuk The Wreck of the Titan (Kemusnahan Kapal Titan). Novel itu, yang diterbitkan pada 1898, adalah karya Morgan Robertson.

Ia adalah mengenai kapal laut Titan yang tenggelam di Atlantik Utara 14 tahun sebelum kejadian sebenar berlaku. Kemalangan itu terjadi apabila kapal laut Titan terlanggar sebuah aisberg. Kejadian dalam novel berkenaan mirip dengan tragedi yang melanda kapal penumpang RMS Titanic dalam kisah sebenar.

Beberapa kebetulan pelik antara fakta (Titanic) dan fiksyen (Titan) adalah seperti berikut:

  • Surat khabar melaporkan bahawa Titanic ‘tidak boleh tenggelam’ kerana ia direka sedemikian. Titan pula dikatakan tidak mungkin tenggelam dalam buku berkenaan.
  • Terdapat 16 bot penyelamat di Titanic, kurang separuh daripada jumlah yang diperlukan untuk 3000 orang penumpang dan anak-anak kapalnya. Titan pula cuma ada 24 bot penyelamat, kurang separuh daripada jumlah yang diperlukan untuk kapasitinya seramai 3000 orang.
  • Titanic terlanggar aisberg di sebelah sisi kanannya pada malam 14 April 1912 di Atlantik Utara, 400 batu nautika (740 km; 460 batu) dari Newfoundland. Titan juga terlanggar aisberg di sebelah sisi kanannya pada suatu malam April di Atlantik Utara, 400 batu nautika (740 km; 460 batu) dari Newfoundland (Terranova).
  • Titanic, yang dikatakan tidak boleh tenggelam itu, tenggelam dan lebih separuh daripada 2200 penumpang dan anak kapalnya mati. Titan yang dikatakan tidak boleh musnah itu juga tenggelam, dan lebih separuh daripada 2500 penumpangnya mati lemas.


Kemiripan antara fiksyen dan fakta yang menakjubkan ini menekankan betapa penting dan perlunya kita membaca dan belajar daripada bahan-bahan yang kita baca.

Jadi, selamat membaca dan belajar!

Berkaitan: Membaca Membuka Minda Kepada Khazanah Tidak Ternilai

Sekiranya anda belum pernah menonton Titanic, tontoni video berikut:

Rujukan: Futility, or the Wreck of the Titan

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Why Reading (And Learning From What You Read!) Is Critical To Your Success?

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Perwatakan

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Pekerjaan

Bagaimana untuk Menghentikan Bos Saya dari Membazirkan Masa Saya dengan Delegasi yang Tidak Berkualiti

Oleh Karin Hurt dan David Dye. "Kenapa Saya Cuba?" biasa didengari di tempat kerja. Jadi, bagaimana anda menguruskan jangkaan bos anda? Wajib dibaca untuk sesiapa yang kecewa di tempat kerja.

Nov 28, 2023 6 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest