Bekerja Keras dan Kekalkan Kesihatan yang Baik

Jun 16, 2020 1 Minit
teknologi

Kita sering terperangkap di tempat kerja sehingga kita jarang mempunyai masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kita tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri kita.

Teknologi yang seharusnya menolong kita untuk menyelesaikan tugasan kerja telah menyukarkan dan menghentikan kita dari terus bekerja dan melaksanakan tanggungjawab dan keperluan peribadi kita.

Kita sering mulakan rutin pagi dengan terus melakukan kerja –  melihat telefon pintar dan terjebak dalam menjawab e-mel dan mengakhiri hari dengan cara yang sama seperti bagaimana kita mulakannya – memeriksa telefon pintar sekali lagi.

Tambahan pula, dengan komitmen berkeluarga, kita hanya mempunyai sedikit masa untuk menjaga kesihatan. Adakah kita memperhatikan apa yang kita makan, atau kita hanya mengambil apa yang disajikan di hadapan? Adakah kita mempunyai masa untuk bersenam, bermeditasi, atau hanya bersantai, untuk menjaga kesihatan badan kita? Sayangnya, kita sering kali tidak mengutamakan kesihatan diri ketika sedang sangat sibuk.

Jadi, mari kita ubah menjadi lebih sihat: Cari jalan untuk meningkatkan tabiat makan yang sihat dan lakukan senaman anda. Fikirkan, berapa lama anda boleh terus berjalan tanpa badan yang sihat? Pastikan anda meluangkan masa untuk menjaga kesihatan badan anda. Dan, sebagai kesan sampingan yang baik, selain daripada menjadi lebih sihat, anda juga akan menjadi lebih produktif ketika melakukan kerja.

“Badan sihat, minda cerdas”

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Perwatakan, Kebolehan Diri

Alt
Eva yakin bahwa semua orang bisa menjadi sosok pemimpin yang mereka inginkan, jika mereka mau berusaha dan belajar dari orang-orang yang ada di sekitar mereka.

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Kaleidoskop Kepimpinan

Oleh Rabi'ah Mutalip. Menggabungkan rangka kerja otak yang berwarna ke dalam program pembangunan kepimpinan dan budaya organisasi boleh memupuk budaya kepimpinan yang lebih inklusif dan berkesan di mana individu dihargai kerana kekuatan dan sumbangan unik mereka, tanpa mengira warna otak mereka.

Feb 27, 2024 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pembelajaran Efektif Melalui Pengalaman

Cuma 10% daripada pembelajaran efektif diperolehi daripada latihan dalam kelas, 70% adalah berasaskan pengalaman, dan 20% adalah melalui pemerhatian.

Apr 13, 2018 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest