Fokus Pada Apa Yang Boleh Dan Jadikannya

Aug 23, 2018 1 Minit
fokus, matlamat

Sudah berapa kali kita menekan butang tunda pada penggera pagi supaya dapat lena ‘lima minit lagi’? Selepas beberapa kali, ‘lima minit’ terkumpul itu akan menjadi jumlah yang signifikan dan membawa perbezaan kepada cara kita memulakan hari kita — sama ada secara releks atau letih kerana perlu bergegas kerana kesuntukan masa.

Membuat keputusan untuk berubah

Apakah yang begitu menarik tentang manfaat jangka pendek biarpun kita sedar manfaat itu adalah buat seketika sahaja?

Meskipun seronok dapat lena tambahan lima atau 10 minit; biarpun  ini bermakna kita terlepas minum kopi atau sarapan pagi, kita mungkin mendapati diri mengalami padah keputusan kita sepanjang hari.

Begitu juga dengan membuat perubahan gaya hidup, seperti bersenam dengan tetap, ramai yang akan beria-ia menyatakan kesanggupan apabila idea itu timbul dalam kepala mereka.

Bagaimanapun, apabila tiba masa untuk bersenam, kasut sukan yang baharu itu cuma digunakan buat beberapa kali sebelum disimpan kembali dalam almari buat selama-lamanya.

Membuat keputusan untuk manfaat jangka panjang adalah sukar, terutamanya dengan segala godaan dan gangguan yang membolehkan kita menikmati keriangan pada saat ini dan tanpa banyak usaha.

Siapa yang mahu bangun dari katil yang selesa untuk ke gim pada pagi hari Sabtu selepas bekerja kuat sepanjang minggu?

Agak mengganggu sahaja. Tambahan, kita memang berhak untuk berehat. Kita boleh ke gim esok (atau minggu hadapan…).

Berkaitan: Rutin Pagi Pemimpin Yang Berjaya

Membuat sesuatu terjadi

Sebahagian daripada cabaran ini terletak dalam pertempuran antara diri naratif kita (narrative self) dan diri alami kita (experiencing self). Diri naratif memberi gambaran apa yang akan berlaku: “Jika anda bersenam dengan tetap, anda akan menjadi lebih kuat dan sihat, apatah lagi anda akan menjadi lebih bahagia dan mempunyai lebih tenaga!”

Sementara itu, diri alami kita berfokus pada kepuasan segera: “Anda kata anda akan bersenam, dan ia adalah matlamat yang hebat. Anda patut melakukannya dengan sepenuh hati… tetapi sekarang? Ketika anda begitu selesa? Ketika ada perkara lain yang lebih penting yang perlu dilakukan? Anda boleh bersenam pada bila-bila masa anda ingin — kenapa begitu bergopoh-gopoh?

Apabila kita membuat keputusan, sama ada yang berkenaan dengan kehidupan peribadi atau profesional, kita patut bertanyakan diri: “Apakah makna ini untuk saya dalam jangka panjang?”

Memilih untuk makan ayam dan bukan ikan tidak akan membuat sebarang perbezaan, tetapi jika kita diberi sesuatu pilihan yang jelas ada kesan jangka panjang, itulah ketikanya kita perlu memberi lebih banyak pertimbangan dan berfikir masak-masak tentang kebaikan dan keburukan setiap pilihan.

Fikirkan kesan jangka panjang

Dalam sebuah kajian yang menarik oleh Universiti California, pengkaji Andrienna Jenkins dan Ming Hsu mendapati bahawa kita membuat keputusan yang lebih baik apabila kita memikirkan tentang kesan jangka panjang berbanding apabila kita menggunakan kesungguhan hati untuk mengatasi tingkah laku yang mengikut gerak hati.

Dalam kajian mereka, peserta-peserta diberi pilihan mengambil sejumlah wang dalam masa 24 jam atau menunggu sebulan untuk menerima jumlah yang lebih besar.

Pada masa yang sama, kumpulan kedua diberi pilihan yang sama tetapi dimaklumkan tentang siri peristiwa yang akan berlaku untuk masing-masing pilihan: ambil jumlah kecil sekarang dan tidak menerima apa-apa pun dalam masa sebulan nanti; atau menunggu selama sebulan dan menerima jumlah wang yang lebih besar.

Daripada kajian itu, kumpulan kedua yang menerima nuansa mesej lebih cenderung menunggu untuk ganjaran tambahan.

Imbasan otak daripada eksperimen kemudian mendapati bahawa bahagian otak yang berkaitan dengan kesungguhan hati adalah lebih aktif apabila kita diberi pilihan satu atau yang lain.

Manakala apabila kita digalakkan untuk mempertimbangkan siri peristiwa hasil daripada pilihan yang kita buat, aktiviti otak meningkat dalam bahagian otak yang berkaitan dengan imaginasi.

Susulan kajian itu, Jenkins berkongsi wawasan yang menarik:

“Kesungguhan hati membolehkan kita mengatasi gerak hati kurang sabar setelah ia terbentuk manakala imaginasi tentang akibat masa hadapan mungkin memberi kesan terhadap pembentukan gerak hati itu.”

Kajian itu menarik kerana beberapa perkara, tidak kurang pentingnya adalah berkenaan dengan kepentingan bagaimana kita membuat pilihan.

Saya teringat perbualan dengan usahawan baharu yang terkejut mendengar saya menentang hujah mereka bahawa perniagaan adalah bulat-bulat mengenai meraih untung dan menjadi berjaya. “Tetapi sememangnya itulah sebab utama seseorang memulakan perniagaan — untuk mendapatkan wang?”

Tujuan utama kita memulakan perniagaan, saya memberitahu mereka, adalah untuk mencipta nilai. Ini boleh dilakukan dengan menyelesaikan masalah tertentu atau menawarkan perkhidmatan berkualiti yang tinggi.

Mungkin mereka mempunyai produk yang hebat yang boleh mengubah kehidupan ramai orang —  tujuan utama mana-mana perniagaan adalah untuk membolehkan mereka yang memulakan perniagaan berkenaan menjawab soalan:  “Mengapa saya melakukan ini? Apa tujuannya?” Sekiranya ini dapat dijawab dengan secukupnya, yang lain akan menyusuli.

Dengan memberi fokus pada tujuan kita melakukan sesuatu — visi hasil jangka panjang — kita akan berusaha sedaya upaya untuk mentransformasikan visi itu menjadi realiti.

Ia menjadikan kita selaras dengan misi dan nilai kita, dan makna yang diperolehi daripada itu akan mendorong kita untuk menyampaikan apa yang kita mahu dicapai.

Apabila kita melihat kepada hasil jangka panjang dan memikirkan tentang kemungkinan yang akan berlaku, kita pasti gembira mengorbankan keselesaan jangka pendek untuk keuntungan jangka panjang dan mewujudkan legasi.

Steve Jobs tidak berapa kisah dengan jumlah wang yang diperolehinya; sebaliknya beliau begitu tergerak untuk mentransformasikan seluruh industri yang akan mewujudkan pengalaman yang akan mengubah hidup bagi semua orang di sekitar dunia.

Beliau adalah maha peramal dan kebolehannya untuk membuat imaginasi tentang kemungkinan yang boleh berlaku membolehkannya membentuk masa hadapan seperti yang dilihatnya.

Berkaitan: 6 Langkah Kepimpinan Hebat Daripada Steve Jobs

Ini adalah asas kejayaan. Orang ramai mungkin mencari-cari nilai bersih Warren Buffet atau Mark Zuckerberg, dan angka-angka itu mungkin menarik perhatian buat seketika. Tetapi, tidak lama kemudian, mereka akan lupa angka-angka itu.

Apa yang benar-benar meninggalkan kesan pada kita adalah apa yang telah dicapai mereka,  jenis legasi yang dibina mereka, dan bagaimana mereka bekerja untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

Orang yang selesa tidak ada motivasi untuk bergerak maju. Orang yang cuma berfokus pada jangka pendek akan kurang keupayaan untuk bergerak maju.

Kemajuan dimiliki pemimpi yang dapat melihat apa yang akan berhasil daripada keghairahan, ketekunan, kerja keras dan komitmen mereka dan kemudian melakukan segalanya untuk memastikan impian mereka menjadi kenyataan.

Kita semua boleh meninggalkan kesan yang serupa di dunia; mungkin tidak begitu penting seperti pemimpin ikonik tetapi, sekali lagi, apa-apa pun yang mungkin jika kita mengetahui tujuan kita dan bekerja keras mewujudkan nilai daripadanya.

Dan semua itu bermula dengan membayangkan apa yang boleh, memikirkan apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai impian kita, dan pergi ke sana dan melakukannya.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Focus On What Could Be And Make It Happen.

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Kerja

Adakah Anda Mengutip Sampah?

Oleh Michelle Gibbings. Pemimpin dicabar untuk membuka mata, menerima pelbagai perspektif, dan melakukan kerja keras untuk menangani isu yang kompleks. Temui kepentingan menggunakan piawaian yang konsisten dan memungut sampah untuk menetapkan standard yang adil dan terhormat di tempat kerja.

Feb 19, 2024 5 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest