Oleh CHRISTINA AMIN

Zaman teknologi semakin memburukan hubungan antara kita?

Saya telah menghadiri satu seminar pengurusan penggunaan teknologi di mana ia mengajar tentang “Parenting in Digital Era”. Pada era zaman sekarang, kita dapat melihat dimana-mana sahaja, tidak kira orang dewasa, anak-anak muda, mahupun budak-budak pun sudah mempunyai gadget di tangan mereka. 

Kita dapat melihat ini tidak kira di tempat makan, shopping mall, taman permainan atau ketika family gathering akan ada salah seorang yang akan memegang telefon bimbit. Bukankah ketika kita bersama dengan orang lain, seharusnya kita meluangkan masa bersama? Bercerita, berkongsi pendapat atau idea, meminta nasihat, dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih lagi.

Bagaimana hendak mengatasinya? Ada yang berkata “anak-anak akan marah atau menangis jika saya minta mereka pulangkan semula telefon bimbit?” atau “saya tak boleh tengok anak saya menangis, kesian.”

Di sini ada tiga tip untuk kita boleh mengawal screen time untuk mereka dan mungkin untuk kita yang dewasa juga:

Hadkan penggunaan atau waktu untuk screen time

Ibu bapa mempunyai hak atau kuasa untuk anak-anak ketika membuat sesuatu pilihan. Ketika anak-anak menggunakan telefon pintar, beri mereka waktu (terpulang pada ibu bapa) untuk mereka menggunakannya kerana anak-anak kita juga harus terdedah pada teknologi pada masa kini. 

Walau bagaimana pun, jika jam sudah mencukupi dari yang sepatutnya ibu bapa harus mengambilnya semula. Mengambilnya semula tidak bermaksud terus merampas dari tangan mereka. Minta dengan nada yang lembut tetapi tegas sebagai ibu bapa. 

Elakkan membuat rundingan, contohnya anak anda berkata “lagi 5 minit, nanti adik bagi ayah semula”. Ibu bapa haruslah bertegas, jika terus berunding ini membuat anak-anak hilang rasa hormat terhadap anda. Jika anda sebelum ini begitu, cuba untuk kurangkan rundingan bersama anak anda. Ajarlah mereka untuk menjadi seorang yang patuh kepada arahan kerana itu akan membuatkan anda menjadi lebih senang. 

Selain itu, anak-anak sentiasa haus akan kasih sayang ibu bapa. Jadi, berilah masa bersama mereka contohnya 1-2 jam untuk melakukan aktiviti riadah  bersama mungkin bermain bersama-sama mereka, bersukan, beri mereka ruang bermain bersama kawan-kawan, dan bersosial bersama anak-anak kecil yang lain supaya mereka juga belajar untuk bergaul dan bersosial.

Kajian mengatakan, anak-anak akan menjadi lebih menyerlah jika ini semua diberi kestabilan yang baik. Dan tidak lupa juga, anak-anak juga harus diberi peluang untuk membuat pilihan. 

Tidak salah jika ingin mendedahkan anak-anak terhadap teknologi pada masa kini, tetapi sentiasa had kan penggunaannya, jika tidak maka anda sendiri akan menerima akibat terutamanya di tempat yang terbuka ketika anda bersama mereka, contohnya di ruang tamu, meja makan, pusat membeli-belahl, taman permainan dan sebagainya. Bill Gates, pengasas Microsoft berkata beliau dan isterinya membenarkan anak mereka mempunyai telefon pintar ketika di usia 14 tahun

Nyatakan alasan di sebalik peraturan tersebut

Saya pasti ramai anak-anak akan marah mahupun berteriak atau menangis ketika telefon mereka diambil. Jangan terus merampas dari tangan mereka. Minta dengan nada yang lembut tetapi dengan tegas. Dan juga beritahu mereka mengapa anda melakukan seperti ini terhadap mereka. Itu kerana kebaikan buat mereka juga.

Kita semua tahu etika di meja makan, gunakan masa makan bersama untuk mengenali dan bercerita bersama mereka. Supaya mereka merasakan hubungan bersama anda lebih dekat. Jika seandainya anda menerima panggilan ketika waktu makan, terangkan mengapa anda perlu menjawab panggilan tersebut contoh atas urusan kerja tetapi jangan biarkan ia berlarutan sehingga sepanjang waktu makan anda hanya fokus terhadap telefon anda. 

Awasi sumber internet yang digunakan 

Adalah lebih baik jika kita mengambil tahu anak-anak terdedah pada laman web yang sewajarnya. Selain itu, kita juga boleh menanyakan soalan pada mereka seperti “ada apa-apa artikel baru yang dibaca?” atau “ada perkataan atau tatabahasa baru yang dipelajari?”, jadi di sini kita boleh mengeratkan hubungan dan anda juga mengawasinya dengan jauh, bermaksud anda tidak perlu mengambil telefon tersebut ketika mereka sedang menggunakannya dan menyemak setiap laman web yang mereka search.

Di samping itu, anda juga membenarkan anak anda untuk mencari minat mereka melalui internet dimana mereka boleh belajar darinya. 

Peringatan, sentiasa ingatkan anak-anak anda supaya tidak berkongsi identitinya atau segala privasi secara terbuka kepada orang lain dan juga di website. Beritahu mereka tentang bahayanya berkongsi secara terbuka kepada orang yang tidak dikenali dan dengan siapa mereka berkawan.

Pengumuman: Sebagi seorang ibu dan bapa, kita sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak dan kita ingin menjadi contoh, dan memberi mereka pengaruh yang baik. Jadi, jom sertai kami di 21 M.A.D. Days Challenge bersama-sama sebagai satu keluarga untuk membentuk komuniti yang berbeza untuk perubahan yang baik. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik Ya, kami komuniti yang berbeza!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Please enter your name here