Tip Kepimpinan: Anda Ada Pilihan, Anda Menentukan

Pernahkah anda dengar kata-kata berikut:
“Saya memang begini.”
“Dia menghancurkan hari saya.”
“Kerana kamulah, aku naik marah!”
“Kaulah yang pandai-pandai sangat, yang hangat-hangat tahi ayam!”
Pada suatu ketika, anda mungkin salah seorang yang pernah melemparkan kata-kata kesat sedemikian ataupun yang terkena tamparan kata-kata seperti itu. Bagaimana perasaan anda pada masa itu? Sedih, putus asa, sakit hati?
Ada masanya memang terasa kita tidak ada pilihan selain merasa sedih, naik marah, atau menyalahkan orang lain. Tetapi sebenarnya, kita memang ada pilihan. Kita boleh memilih untuk memberi reaksi atau memberi respons. Bentuk balasan itu dalam tangan anda.
Berkaitan: Reaksi Atau Respons – Yang Mana Pilihan Anda?
Jadi, nasihat saya kepada anda:
Kita mungkin tidak dapat mengawal sesetengah keadaan tetapi kita boleh mengawal perasaan dan tindakan kita. Kita yang menentukan pilihan itu. Kita ADA pilihan.
Roshan Thiran bertekad untuk membentuk setiap individu menjadi pemimpin. Anda boleh menghubunginya melalui Facebook atau Twitter.
Kepimpinan
Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/