Awasi Bahasa Tubuh Semasa Berkomunikasi

Oct 15, 2019 1 Minit
bahasa tubuh, komunikasi

Penggunaan bahasa tubuh yang betul mempunyai impak yang tinggi kerana ia merupakan cerminan diri sewaktu berkomunikasi. Jika anda dapat menguasai gaya bahasa tubuh dengan betul, tanggapan individu lain terhadap anda turut akan berubah.

Berikut merupakan lapan bahasa tubuh sebagai cerminan diri yang ingin kami kongsikan bersama anda:

1. Postur tubuh yang meyakinkan

Apakah bentuk postur tubuh yang meyakinkan? Seseorang dengan postur tubuh tersebut akan berdiri atau duduk dengan tulang belakang yang lurus, malah bahu mereka juga kelihatan kuat dan yakin. Walau bagaimanapun, seseorang yang kekurangan tahap keyakinan diri pula boleh dilihat pada keadaan bahu mereka yang seakan jatuh atau postur badan sentiasa dalam keadaan membongkok.

2. Hubungan mata

Pernahkah anda bercakap dengan seseorang tetapi individu tersebut tidak membuat sebarang hubungan mata atau eye contact bersama anda? Keupayaan seseorang dalam mengekalkan hubungan mata yang baik dapat menentukan tahap keyakinan diri semasa berkomunikasi.

Oleh itu, apabila anda sedang berbual dengan rakan sekerja, pastikan anda menggunakan intonasi suara yang betul berserta dengan hubungan mata yang baik supaya bait-bait perbualan antara kalian dapat disampaikan dengan jelas.

3. Jarak tubuh yang ideal

Mengekalkan jarak tubuh yang ideal tampak remeh dan mudah, tetapi tidak semua berjaya laksanakannya. Jarak tubuh semasa berkomunikasi adalah penting buat seseorang untuk berasa lebih dekat dengan rakan sekerja, sementara masih kekalkan tahap profesionalisme di antara satu sama lain.

Gunakan situasi ketika mesyuarat sebagai contoh. Sebagai pemimpin, jika anda berdiri di tepi akan menampakkan anda seperti tidak mahu turut serta. Jika berdiri terlalu dekat pula akan kelihatan seperti terlalu mesra atau tidak berkeyakinan untuk berucap di khalayak ramai. Oleh itu, pentingnya untuk anda bijak menentukan jarak tubuh ideal ini bagi keselesaan kedua belah pihak.

4. Gerakan tangan yang mudah

Ia adalah suatu kebiasaan bagi seseorang untuk menggunakan gerakan tangan semasa berkomunikasi. Ini kerana bahasa tubuh tersebut secara langsung dapat membantu menyampaikan ucapan seseorang dengan lebih jelas, berbanding tidak menggunakannya langsung. Walau bagaimanapun, penggunaan gerakan tangan yang banyak juga merupakan suatu bentuk gangguan bagi yang memerhati atau mendengar.

Berkaitan: Mahu Komunikasi Anda Mendorong Hasil Yang Terbaik?

5. Gaya berjabat tangan

Jika anda merupakan seorang eksekutif korporat yang sentiasa keluar pejabat untuk berjumpa dengan klien, pasti anda telah bertemu dengan bermacam gaya seseorang berjabat tangan.

Ada yang berjabat tangan terlalu agresif seolah-olah hendak memenangi acara arm-wrestling lalu memberikan tanggapan buruk di antara kalian. Malah ada juga yang berjabat tangan terlalu lembut, lantas memberikan tanggapan bahawa mereka tidak berkeyakinan atau tidak menyenangi kehadiran anda. Oleh itu, praktis gaya berjabat tangan anda untuk tampil berkeyakinan!

6. Elakkan tabiat yang menganggu

Kita semua mempunyai tabiat masing-masing seperti bermain dengan rambut ketika sedang gemuruh atau kebosanan. Ini bukanlah suatu imej yang baik untuk dipamerkan di hadapan rakan sekerja ketika mesyuarat sedang berjalan. Jika anda perlukan suatu bentuk tabiat untuk membantu anda berfokus, cuba bermain dengan jari-jari kaki di sebalik kasut anda untuk mengelak daripada mendapat perhatian orang di sekeliling.

7. Ekspresi wajah

Ekspresi wajah tergolong dalam senarai bahasa tubuh sebagai cerminan diri seseorang. Bahasa tubuh tersebut dapat dilihat dengan jelas terutamanya apabila kita sedang mengawal perasaan yang negatif terhadap individu yang lain semasa berkomunikasi.

Oleh itu, elakkan daripada mengeruhkan lagi keadaan dengan cara menampilkan ekspresi wajah yang neutral, dan pilih untuk berkomunikasi dengan kata-kata yang elok didengar sebagai solusi.

8. Senyuman ikhlas atau palsu?

Turut termasuk dalam senarai bahasa tubuh sebagai cerminan diri ialah cara anda bersenyum. Kita sering diberitahu untuk sentiasa senyum dan tampil positif walau dalam apa jua keadaan. Akan tetapi, sesetengah situasi memaksa kita untuk memberi reaksi yang sebaliknya.

Senyuman palsu dapat dikesan dengan mudah kerana gerakan otot muka akan tampil berlainan dengan senyuman yang ikhlas. Individu yang dapat mengesan senyuman palsu tersebut akan menganggap anda sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai. Oleh itu, senyum apabila perlu sahaja!

 

Kali pertama disiarkan di Jobstore.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Perwatakan, Hubungan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Menyingkap Intipati Kepimpinan Sejati: Apa yang Anda Perjuangkan?

Oleh Ella Zhang. Apa yang diperlukan untuk mempunyai kepimpinan yang sebenar? Selidiki nilai teras, watak dan daya tahan untuk memimpin secara tulen.

Aug 06, 2023 4 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Biar Mereka Gagal

Setiap pemimpin yang hebat pasti pernah gagal berulang kali dalam kembara kehidupannya. Belajar daripada setiap kegagalan. Jangan ulanginya. Jadikan kegagalan-kegagalan itu sebagai batu asas kejayaan masa hadapan. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Tidak Mengapa, Biar Mereka Gagal.

Jul 06, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest