Tip Kepimpinan: Bekerja Keras

Thomas Edison pernah berkata, “Genius adalah 1% inspirasi dan 99% titik peluh.” Beliaulah tokoh yang berjaya mencipta mentol lampu selepas gagal lebih daripada 10,000 ribu cubaan.
Pengasas-pengasas Google, Larry Page dan Sergio Brynn, bertungkus lumus bekerja selama bertahun-tahun sebelum menyelesaikan algoritma carian Google.
David Beckham pula berlatih 500 kali tendangan bebas setiap hari selama lebih 10 tahun sebelum dia menjadi raja tendangan bebas.

Kita hidup dalam dunia yang berharap segalanya tercapai dengan serta merta. Tetapi hakikatnya adalah untuk menjadi benar-benar luar biasa dan hebat, kita perlu melaburkan masa dan bekerja keras.
Jadi, nasihat saya kepada anda:
Bertungkus lumus bekerja. Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Semua pemimpin bekerja keras dalam segala yang dilakukan.
Berkaitan: Berhenti Memberi Alasan dan Mulakan Dengan Langkah Pertama
Kepimpinan
Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/