Tip Kepimpinan: Berani Bersikap Jujur

Keberanian bersikap jujur amat diperlukan di sekitaran yang lebat dengan rasuah, penipuan dan pembohongan. Malah, seseorang perlu lebih berani menghadapi diri dengan jujur memandangkan kita jarang mahu diingatkan tentang kelemahan-kelemahan kita.
Jika kita jujur dengan diri sendiri, kita akan membangkitkan kesedaran diri dan dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan diri untuk berubah menjadi lebih baik.
Sebaliknya, jika kita cuba menjadi seseorang yang lain, kita sebenarnya berlari dari diri sendiri dan akhirnya tidak akan menikmati sebarang peningkatan diri.
Jadi, nasihat saya kepada anda:
Beranilah bersikap jujur dan menghadapi kelemahan diri. Berusahalah untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Berkaitan: Mula Dengan Insan Cerminan Diri
Kepimpinan
Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/