Tidak kira jenis kerja atau gelaran yang anda sandang, jualan adalah sebahagian daripada rutin harian anda.
Sama ada anda seorang ahli sains yang cuba mendapatkan geran, atau pengunting rambut, anda perlu menjual kepada sekumpulan orang — atau seorang — kenapa mereka patut menyokong permohonan anda atau menggunakan khidmat anda.
Salah satu aspek terpenting dalam jualan adalah tindakan susulan — yang akan mengukuhkan keupayaan anda untuk mencapai persetujuan dalam sesuatu urus niaga.
Mengambil tindakan susulan adalah cara anda pastikan diri kekal relevan, memberi butiran lanjut, dan membina hubungan yang berlangsungan.
Jika anda berbicara sekali dengan seorang kenalan, dan tiga bulan kemudian menghubunginya untuk mendapatkan bantuan, tipis sekali peluang kejayaan anda. Tetapi jika anda menghubungi seseorang itu sekali setiap minggu atau bulan — biarpun cuma untuk mengucap salam ceria dan sejahtera — anda sememangnya membina hubungan jangka panjang dengannya.
Tambahan, jenama peribadi anda akan turut meningkat. Membuat tindakan susulan yang rapi akan membantu anda menjalin hubungan mesra dan membuat anda dihormati.
Berikut adalah beberapa senario yang anda perlu membuat tindakan susulan.
Senario 1: Perangkaian
Salah satu cara popular orang ramai menamatkan perbualan semasa perangkaian adalah sama ada dengan memberi kad bisnes atau mengambil maklum maklumat hubungan. Lepas itu, bijak sekali jika anda membuat tindakan susulan, biasanya melalui e-mel, dalam tempoh 24 jam.
Pastikan anda nyatakan di mana anda bertemu dengan kenalan itu, dan penting sekali anda nyatakan harapan bahawa pertemuan itu akan membuahkan hubungan berterusan. Anda juga boleh mengajak kenalan itu untuk keluar minum kopi apabila ada masa yang terluang.
Senario 2: Panggilan terjadual
Apabila anda mengatur panggilan terjadual, penting sekali anda membuat tindakan susulan supaya anda akan terus membina hubungan itu. Ucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam panggilan itu, dan berkongsi secara ringkas beberapa wawasan yang anda peroleh daripada panggilan tersebut.
Jika panggilan itu berlangsung dengan licin, jadualkan panggilan susulan untuk membincang perkara-perkara tertentu dengan lebih terperinci. Jika sekalipun panggilan itu kurang memuaskan, tetap jadualkan panggilan susulan — jangan-jangan putuskan hubungan.
Senario 3: Temu duga kerja
Apabila saya terlibat dalam proses menemu duga calon untuk sesuatu jawatan, mereka yang menarik perhatian saya adalah yang bukan sahaja memaparkan diri dengan baik semasa sesi temu duga tetapi yang membuat tindakan susulan selepas sesi temu duga. Tindakan tersebut adalah sesuatu yang baik kerana ia menggambarkan minat mereka dan juga bahawa mereka menghargai masa yang telah anda luangkan. Kalau ada lebih 100 pemohon untuk satu jawatan kosong, anda perlu membuat sesuatu yang menyerlahkan diri.
Tip-tip
-
Ambil tindakan susulan dalam tempoh 24 jam. Kalau tidak, kenalan mungkin akan lupakan siapa diri anda.
-
Jalin hubungan melalui LinkedIn dan saluran media sosial yang sewajarnya.
-
Wujudkan pangkalan data HubSpot atau lembaran Excel yang simpel untuk menyenaraikan rangkaian anda. Catatkan butiran mengenai rangkaian anda serta perkembangan hubungan dengan mereka. Anda perlu memahami rangkaian anda, ingat kali terakhir anda berbual dengan mereka dan bagaimana perkembangan perbualan itu.
-
Ambil tindakan susulan bererti membina hubungan dan berkembang ke arah satu gol sasaran, misalnya jualan, pementoran, atau persahabatan.
-
Tindakan susulan anda mesti spesifik. Ini akan menunjukkan bahawa anda betul-betul memberi perhatian semasa bersua dengan mereka.
-
Jika anda diperkenalkan kepada kenalan baharu, anda patut membuat tindakan susulan dengan hubungan baharu dan lama itu. Hubungan yang membuat pengenalan itu pasti ingin tahu prestasi anda dengan hubungan baharu.
-
Ketegaran pasti membuahkan hasil positif.
Brendan Barbato ialah Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Shelfie Challenge.
Diterjemahkan dan diulang siar dengan kebenaran.