10 Cabaran Yang Dihadapi Perniagaan Permulaan Dan Cara Mengatasinya

Aug 08, 2018 1 Minit
perniagaan, cabaran

Memulakan sebuah perniagaan ada cabaran-cabarannya. Leaderonomics sempat bertemu beberapa pemimpin syarikat permulaan yang berkongsi tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dan cara mengatasinya.

1. Membina pasukan

Anda memerlukan sebuah pasukan yang berupaya menguruskan syarikat permulaan itu bersama anda. Mereka perlu berupaya menggalas beberapa tanggungjawab pada masa yang sama dan yang boleh bekerja tanpa bimbingan.

Akan tetapi, individu-individu ini selalunya adalah yang terbaik dalam industri dan kemungkinan besar tidak akan bersetuju dengan pembayaran gaji yang lebih rendah di samping risiko kerjaya yang mungkin perlu ditangani.

Gunakan rangkaian keluarga dan rakan-rakan anda untuk mengenal pasti bakat-bakat yang teruja untuk mengikut serta dalam perubahan dan kembara ini. Salah satu daya tarikan adalah dengan memberi peluang kepada mereka untuk ‘memiliki’ syarikat melalui Pilihan Saham Pekerja.

2. Ketahui aliran kewangan

Kebolehan membaca penyata untung rugi perniagaan tidak mencukupi. Walaupun penyata menunjukkan pulang modal, ini tidak bermaksud perniagaan akan dapat bertahan pada bulan berikutnya.

Kunci syarikat yang berdaya maju adalah memastikan anda memahami akaun belum terima, belum bayar, dan kedudukan bersih pada setiap masa supaya anda dapat merancang lebih awal.

Penyata untung rugi dan kunci kira-kira, serta penyata aliran tunai adalah asas untuk memantau perolehan perniagaan dan membuat keputusan.

3. Menangani pesaing

Apabila berhadapan dengan pesaing dalam industri yang sama, anda mungkin rasa seperti kanak-kanak mendongak tatkala melihat kemegahan pergunungan Himalaya. Dan setiap seorang akan memberitahu anda bahawa alat mainan yang anda impikan berada di puncak gunung itu.

Agak menakutkan, terutamanya apabila anda membandingkan diri dengan syarikat-syarikat yang telah bertapak lama. Dapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar-pakar. Libatkan diri dengan mereka dan sentiasa peka.

Anda akan menyedari bahawa anda tidak sepatutnya risau akan pesaing-pesaing anda. Fokus pada apa yang perlu anda lakukan dan biarkan klien, konsumer dan audiens menentukan siapa yang ingin mereka sokong.

Keperluan pematuhan dan kawal selia mungkin faktor rumit yang boleh menentukan kelangsungan perniagaan jika anda gagal untuk mematuhi atau tidak tegas. Sentiasa ambil tahu tentang undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan anda dan berusaha untuk mematuhinya.

4. Berurusan dengan orang ramai

Seiring dengan perkembangan syarikat, anda perlu menggajikan lebih ramai pekerja. Kos tenaga kerja akan sentiasa menjadi isu dalam mana-mana syarikat dan anda perlu mencari penyelesaian terbaik untuknya.

Pada peringkat permulaan, segala-galanya akan nampak ceria tetapi akan tiba masanya apabila perselisihan faham dan pergeseran akan berlaku. Jangan takut untuk bercakap jujur dengan pasukan anda, mahupun berpisah dengan pengasas bersama atau para pekerja.

Ini adalah pusing pengurusan pasukan (bentuk, bantah, biasa, laksana), menurut ahli psikologi Bruce Tuckman.

Selalunya, sesebuah syarikat memerlukan ‘polis baik, polis jahat’ untuk memastikan keseimbangan dalam pengurusan sumberyang berbeza adalah tugas yang agak mengentarkan.

Dengan adanya sistem ganjaran dan penalti — yang memberi fokus pada pengukuhan positif dan negatif, dan bukannya hukuman, akan membantu mengawal situasi.

5. Kenali diri anda

Sebagai syarikat permulaan, setiap orang mempunyai idea berbeza tentang cara anda harus menguruskan perniagaan anda dan bagaimana anda patut berkembang.

Ini benar terutamanya apabila anda berada di peringkat penubuhan tabung dan pelabur-pelabur memberitahu anda untuk mengamalkan sesuatu model perniagaan produk.

Ambil masa untuk mencari, dan ada kalanya, membentuk identiti dan visi sendiri, model perniagaan yang terbaik dan kesesuaian produk dengan pasaran bagi perniagaan anda.

Sekiranya anda tidak tegas dalam identiti dan visi, anda mungkin dipengaruhi oleh pelabur dan rakan kongsi untuk mengambil hala tuju yang mungkin bukan yang paling sesuai untuk syarikat anda.

Kuncinya adalah memberi pasukan pengasas masa yang mencukupi untuk menguji pasaran dan membuat uji kaji pelbagai model perniagaan. Ini memberi mereka peluang untuk mengenal pasti yang mana yang terbaik untuk syarikat permulaan dan berkongsi visi itu dengan para pelabur.

Berkaitan: Jujur Menilai Diri

6. Pengurusan risiko

Sebahagian besar daripada proses pertumbuhan dan peluasan perniagaan adalah mengambil risiko. Jika anda asyik mengambil posisi yang selamat, anda tidak akan ke mana dan ia juga tidak dapat membuktikan jika perniagaan atau idea itu membuahkan kejayaan atau tidak.

Namun, kemalangan tidak berbau. Pekerja meletak jawatan. Bangunan terbinasa. Jentera rosak. Sedari risiko yang berkaitan dengan perniagaan anda, dan membuat perancangan tertentu.

Perlindungan insurans ada gunanya. Liputan pekerja, kebakaran dan kecurian, perubatan dan lebihan dapat menangani masalah ini.

Memulakan perniagaan dalam talian dan mengharapkan jualan utama daripada saluran media sosial juga ada risikonya. Sebuah perniagaan dalam talian mendapati akaun Facebook mereka digodam, menyebabkan mereka kehilangan kesemua 80,000 pengikut yang telah dikumpul selama beberapa tahun lamanya.

Mereka terpaksa bermula dari bawah dengan membuka semula halaman peminat Facebook mereka. Nasihat mereka? Kumpulkan pangkalan data pelanggan dari hari pertama. Selepas melakukan ini, mereka berjaya menghantar surat berita secara e-mel untuk memaklumkan pelanggan-pelanggan mereka tentang halaman baharu selepas kejadian tersebut.

7. Kemampanan

Faktor-faktor lain seperti ekonomi dan mata wang yang lembap perlu diambil kira. Jika anda menjual produk nyata, dan ia berasal dari luar negeri, harganya mungkin meningkat.
Selain itu, cukai barangan juga boleh menyebabkan harga produk menjadi lebih tinggi berbanding produk tempatan.

Ditambah pula dengan fakta bahawa rakyat Malaysia secara amnya mempunyai kurang pendapatan berbelanja disebabkan inflasi, cukai, Ringgit yang lemah, setaip pelanggan kurang berbelanja berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bagi menangani kejatuhan dalam jualan, anda boleh mengagih-agihkan ‘telur pelaburan’ supaya ia tidak hanya tertumpu kepada pasaran Malaysia semata-mata tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pastikan yang asas kepada segala yang anda kerjakan memberi nilai tambah kepada suasana persekitaran.

Jika perniagaan anda bergantung pada jenama orang lain, produk orang lain dan risiko yang dihadapinya, anda pasti tahu itulah haluan untung anda. Di samping itu, kawalan perniagaan anda sebenarnya kurang dalam tangan anda. Pilih model perniagaan yang betul yang ada gol jangka panjang.

8. Budaya

Cakap biar serupa bikin. Penuhi setiap janji anda. Apa perkara yang anda bertolak ansur akan menjadi budaya syarikat.

Peri laku anda menentukan budaya syarikat. Rancang pertumbuhan dalam pasukan anda.
Fahami bahawa dalam peredaran masa, pekerja anda akan tumbuh dan belajar. Jika anda dapat menyemai fahaman ini dalam suasana kerja anda, ia menjadi alat pengekalan bakat yang kuat dan pada masa yang sama, membenarkan anda untuk berkembang atau menggalas peranan dan tanggungjawab yang lebih besar.

Siapa yang lebih pantas untuk mengambil alih dan menguruskan perniagaan anda kalau bukan pekerja yang sememangnya mengerjakanny setiap hari?

9. Kepimpinan

Pemilik syarikat baharu cenderung untuk menmbuat anggaran berlebihan tentang keupayaan diri. Fahamilah bahawa anda tidak mengetahui segala-galanya, dan ia sebenarnya okay.

Dapatkan seorang mentor — kepadanya anda boleh mengaku akan kesilapan anda — dan meminta pertolongan apabila anda tersilap langkah. Mentor anda akan memastikan anda bertanggungjawab kepada rancangan perniagaan dan perkembangan peribadi serta menentukan — dan menyelesaikan — kesilapan yang dilihat.

Satu lagi, untuk menjadi pemimpin, anda harus belajar menjadi orang yang lebih besar. Berikan dahulu. Percayakan mereka. Percaya yang mereka akan memberikan yang terbaik mungkin biarpun anda menyangsikannya. Menyelia kerja lebih baik daripada mengawal. Beri ruang untuk kesilapan kerana daripada kesilapan akan timbul pengajaran yang hebat.

Seseorang pemimpin akan memotivasikan mereka di sekitarnya untuk membuat yang terbaik. Kesihatan, disiplin, tabiat harian dan fokus anda amat penting kerana anda perlu berasa pada tahap terbaik untuk membuat keputsan yang terbaik.

Jika anda sering mengantuk dan penat, perniagaan anda akan merosot juga. Tetapkan waktu gendala sekali sekala untuk mengecas diri semula walaupun ini bermakna anda terpaksa menutup notifikasi fon buat sementara.

10. Pemasaran

Ini adalah perbelanjaan yang perlu. Bagaimanapun, kalau tidak diuruskan dengan baik, ia boleh mengakibatkan keperitan kewangan kepada syarikat anda. Tidak ramai yang menerima pulangan daripada pelaburan yang sepatutnya daripada perbelanjaan ini.

Pemasaran perlu dipacu data. Fahamkan corong jualan dan buat penambahbaikan terhadapnya. Pada kala yang sesuai, buatlah penyumberluaran tugasan walaupun anda boleh melakukannya sendiri.

Menugaskan kerja dan penyumberluaran akan membolehkan anda memberi fokus kepada perkara-perkara yang lebih penting.

Kadang-kadang anda mungkin mendapati pasaran anda belum bersedia untuk menerima penyelesaian inovatif bagi masalah seharian. Ada yang gembira berhadapan isu semasa.

Terus mengajar pasaran sasaran anda dan jangan menyerah. Terus mengemaskini progres anda sehingga nilai anda dalam perniagaan terang dan jelas.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik 10 Challenges Startups Face And How to Deal With Them.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Alt

Daripada Salah Faham kepada Penguasaan: Empat Dimensi untuk Mentransformasikan Kepimpinan Silang Budaya Anda

Oleh Karin Hurt dan David Dye. Kuasai kepimpinan silang budaya untuk pasukan yang berprestasi tinggi! Belajar untuk mengharungi cabaran dan cemerlang dengan Sambungan, Rasa ingin tahu, Kejelasan dan Komitmen.

Apr 16, 2024 7 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest