Kepimpinan, seperti kebanyakan perkara dalam hidup, memerlukan keseimbangan.
Orang ramai sering membahaskan siapakah pemimpin yang lebih baik: yang tidak tahan kekarutan dan berfokus pada keputusan, atau yang bersifat motivasi dan berfokus pada orang. Kajian baharu mendedahkan bahawa mana-mana satu pun bukan cirinya.
James Zenger meninjau lebih 60,000 pekerja untuk menetapkan ciri-ciri kepimpinan yang menjadikan seseorang pemimpin itu ‘hebat’ di mata pekerja-pekerjanya.
Zenger memberi perhatian kepada dua ciri — ‘berfokus pada keputsan’ dan ‘berfokus pada orang’. Dia mendapati bahawa ciri-ciri tersebut tidak menzahirkan dengan konsisten kepimpinan yang hebat.
Pemimpin memberi fokus pada keputusan dianggap ‘hebat’ hanya pada kadar 14 peratus dalam sesuatu tempoh, dan mereka yang berfokus pada orang dianggap ‘hebat’ cuma pada kadar 12 peratus dalam sesuatu tempoh.
Walau bagaimanapun, pemimpin yang dapat mengimbangi pendekatan mereka dan memberi tumpuan yang seimbang kepada keputusan dan orang (yang menurut kajian oleh David Rock, adalah kurang daripada 1 peratus daripada semua pemimpin) dilihat sebagai ‘hebat’’ pada kadar 72 peratus dalam sesuatu tempoh.
Dalam kata lain, berfokus pada keputusan dan berfokus pada orang adalah peramal yang lemah bagi kepimpinan yang hebat, jika dilihat secara berasingan. Kombinasi kuat kedua-dua ciri inilah yang secara konsisten membentuk pemimpin-pemimpin yang hebat.
5 sifat pemimpin yang hebat
Jika tindakan anda memberi inspirasi kepada orang lain untuk bermimpi dengan lebih banyak, belajar dengan lebih banyak, membuat dengan lebih banyak, dan menjadi insan yang lebih baik, anda adalah seorang pemimpin. – John Quincy Adams
Pemimpin yang boleh berfokus secara seimbang pada keputusan dan orang, memotivasikan orang untuk menjadi yang terbaik tanpa hilang gambaran yang besar.
Keseimbangan ini membolehkan mereka mencapai keputusan yang luar biasa, kerana mereka berupaya melakukan lima perkara yang dapat dilakukan oleh cuma segelintir kecil pemimpin yang lain.
1. Mereka mengimbangkan kerja dan keseronokan
Ada ramai bos yang tahu berseronok tetapi malangnya, prestasi kerja mereka tidak seberapa.
Dan dalam kalangan mereka yang tahu berseronok, ada juga seorang dua yang langsung tidak tahu beriang ria.
Cuma seorang pemimpin yang seimbang yang tahu cara untuk memotivasikan pekerja untuk membuat kerja dengan terbaik, dan pada waktu tertentu, mengambil masa untuk meraikan kejayaan dan berseronok.
Imbangan ini mencegah seseorang daripada lesu upaya, membina budaya kerja yang hebat, dan meraih keputusan yang diimpikan.
2. Mereka memberi maklum balas dengan sempurna
Seorang pemimpin yang bijak bertutur menyampaikan maklum balas dengan tepat dan objektif, serta juga bertimbang rasa dan berinspirasi.
Pemimpin yang seimbang tahu bagaimana untuk menjaga hati dan memberi pertimbangan kepada perspektif pekerja mereka. Pada masa yang sama, mereka tahu menyampaikan mesej yang perlu didengar oleh anggota-anggota pasukan untuk menambah baik diri.
3. Mereka memilih ahli pasukan yang boleh bergading bahu
Membentuk pelan serangan yang baik memerlukan fokus padu pada keputusan.
Anda perlu boleh nampak halangan yang mendatang, mencari pendekatan yang betul, dan memastikan anda mempunyai orang yang betul untuk melaksanakan pelan itu.
Terdapat ramai pemimpin yang bagus yang berupaya membentuk pelan yang sempurna. Bagaimanapun, ia memerlukan pemimpin yang hebat untuk memotivasikan sekumpulan orang yang berupaya dan berminat untuk sama-sama melaksanakan pelan itu.
Pemimpin yang berupaya mengadunkan fokus pada orang ke dalam pelan mereka yang berorientasikan keputusan memilih anggota-anggota pasukan yang ideal, dan mengenali kekuatan dan kelemahan mereka, serta cara mereka boleh dikerah untuk bekerja bersama.
4. Mereka menyelesaikan masalah-masalah secara berpasukan.
Kajian menunjukkan bahawa mesyuarat yang kurang berstruktur melemaskan daya kreativiti dan menghalang pasukan daripada mencapai kata sepakat yang baik.
Pemimpin-pemimpin ini berupaya mencungkil idea-idea yang baik daripada anggota-anggota pasukan mereka.
Ini selalunya berlaku kerana anggota-anggota sesebuah pasukan sama ada menyerah kepada anggota pasukan yang lebih lantang bercakap, takut berkongsi pandangan mereka, atau tidak tahu cara berkesan untuk mengkritik idea orang lain.
Apabila pemimpin berfokus pada keputusan membawa mentaliti fokus pada orang ke meja perbincangan, mereka mewujudkan suasana yang betul bagi penjanaan idea-idea baharu.
Pemimpin-pemimpin ini berupaya mencungkil idea-idea yang baik daripada anggota-anggota pasukan mereka. Pada masa yang sama, mereka memacu proses yang mewujudkan penyelesaian boleh berlaku.
5. Mereka mengupah pekerja-pekerja terbaik
Asas bagi mana-mana syarikat yang baik ialah sistem pengambilan pekerja yang hebat. Pengambilan pekerja yang berkesan menghasilkan prestasi kerja yang bertahap tinggi, budaya kerja yang kuat, dan kadar pengekalan pekerja yang tinggi.
Kita memang ketahui adanya pekerja-pekerja baharu yang pandai-pandai belaka tetapi agak cacat dari segi sosial.
Pekerja ini akan membina semangat serta meningkatkan perolehan organisasi.
Pada masa yang sama, kita juga pernah melihat pekerja baharu yang pandai menyesuaikan diri dari segi sosial tetapi gagal menyediakan kualiti kerja yang baik.
Pemimpin yang hebat tahu bagaimana hendak mencari pekerja-pekerja yang terdaya melakukan kerja dengan berkesan dan pada masa yang sama, dapat menyesuaikan diri dengan baik dari segi sosial dan budaya organisasi. Pekerja ini akan membina semangat serta meningkatkan perolehan organisasi.