Tan Sri Azman Hashim Menetapkan Standard Kepimpinan Yang Cemerlang

Nov 12, 2018 4 Minit
Tan Sri Azmah Hashim, tokoh bisnes, pemimpin

Beliau adalah antara orang yang terkaya di Malaysia, mempunyai kerjaya yang menjangkau 50 tahun, dan telah menerima pelbagai anugerah dan darjat kebesaran sebagai pengiktirafan kepimpinannya.

Sebagai salah seorang tokoh bisnes yang unggul di rantau Asia Tenggara, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan AmBank, dihormati dan dikagumi oleh hampir setiap orang yang pernah meluangkan masa bersama-samanya.

Tetapi semua ini tidak penting. Sekurang-kurangnya, tidak bagi Tan Sri Azman.

Semasa kami membuat rakaman bagi episod The Leaderonomics Show baru-baru ini, seperti orang lain sebelum saya, saya amat terinspirasi dan berasa bangga sekali kerana berpeluang bersama-sama salah seorang tokoh bisnes Malaysia yang begitu berwawasan.

Namun, ketika interviu kami berlanjutan, saya berasa seolah-olah saya sedang berbicara dengan seorang teman lama, dan bukannya seorang mentor yang bijak yang telah banyak menggalakkan dan mendidik ramai pemimpin di dalam dan di luar negeri.

Memandang kejayaan beliau sepintas lalu, kepintaran berniaga Tan Sri Azman kekal tajam sepanjang hidupnya. Dari kecil lagi, beliau tahu bahawa beliau tidak betah bekerja di sektor kerajaan. Pada masa itu juga, masyarakat kurang menyenangi mereka yang menceburi bidang perniagaan. Biarpun itu, Tan Sri Azman tidak gentar bekerja untuk masa hadapan yang menuntutnya untuk melawan arus.

Di sini, saya ingin bercerita lebih daripada perjalanan bisnes pemimpin berwawasan yang hebat ini.

Pengajaran-pengajaran hidup

Sempena permulaan acara AmBank BizCONFERENCE dan BizRACE pada 10 November, saya ingin berkongsi beberapa pengajaran yang saya pelajari daripada Tan Sri Azman hasil daripada masa yang diluangkan bersama-samanya.

Pengajaran-pengajaran ini kita boleh terapkan dalam hidup kita dan sebagai peringatan dari masa ke masa:

1. Baik dan bersopan santun

Memang seronok menjadi orang yang penting, tetapi lebih penting sekiranya kita menjadi orang yang baik dan bersopan santun.

Memandangkan beliau adalah salah seorang yang paling berpengaruh di dunia sebelah sini, anda mungkin menjangkakan Tan Sri Azman seorang yang angkuh, sifat yang biasa kelihatan dalam kalangan mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh.

Tetapi Tan Sri Azman bukan seperti itu. Beliau seorang yang amat rendah diri. Ketika belajar di Australia — di mana kelas dan status tidak mendefinisikan seseorang — beliau sedar yang perlu dihormati adalah perwatakan dan bukan gelaran seseorang. Jadi, Tan Sri Azman amat menghormati setiap orang yang beliau temui, kerana sedar di sebalik segala perhiasan palsu kita, kita hanyalah manusia biasa yang mencari hidup di dunia ini.

2. Bekerja keras 

Bekerja keras untuk mencapai impian anda. Kita kerap dengar nasihat ini, ‘kan? Sementara kebanyakan daripada kita akan bersetuju bahawa kita patut berusaha untuk mencapai cita-cita kita, berapa ramai dalam kalangan kita yang betul-betul mengusahakannya setiap hari?

Apabila Tan Sri Azman mula membentuk firma perakaunannya pada 1950-an, beliau tidak mendapat apa-apa bantuan kewangan. Beberapa pinjaman yang diperolehinya cukup kecil jumlahnya. Pada ketika itu, beliau hanya mempunyai dua orang pekerja — pekerja pejabat dan isterinya sebagai setiausahanya.  

Berapa ramai dalam kalangan kita yang betul-betul komited untuk membina hidup idaman kita? Seperti kisah Tan Sri Azman,  kita perlu mengusahakannya dan mengotorkan dan tangan kita. Tiada jalan lain selain bekerja keras.

Apabila Tan Sri Azman memulakan praktik perakaunannya dalam tahun 1950an, beliau tidak menerima apa-apa bantuan kewangan, ada beberapa pinjaman, dan jumlah satu atau dua pinjaman yang berjaya beliau dapatkan tidaklah begitu banyak. Selain itu, beliau hanya mempunyai dua orang pekerja: pekerja pejabat, dan isterinya sebagai setiausahanya.

Berapa ramai daripada kita yang betul-betul komited membina kehidupan yang kita percaya kita mahukan? Apa yang kita lakukan untuk mencapainya? Seperti kisah Tan Sri Azman, tiada ganti untuk mencapai cita-cita melainkan bekerja keras.

3. Elakkan yang palsu 

Ketika penggambaran The Leadership Show, Tan Sri Azman tidak sesekali menyebut nama-nama orang terkenal yang beliau pernah bertemu, tidak bercerita perihal kekayaannya atau kedudukan semata-mata untuk berlagak, dan tidak pernah memberikan nasihat yang dangkal yang semakin hari semakin banyak diberi para usahawan.

Sebaliknya, beliau hanya berkongsi ceritanya, kepayahannya, dan bagaimana beliau memajukan dirinya selepas belajar daripada kesilapan-kesilapannya. Apabila saya bertanya tentang nasihat kepimpinan, beliau, secara berseloroh, berkata beliau tidak ada apa-apa nasihat melainkan menggalakkan setiap orang membina perwatakan diri sebaik mungkin. 

“Saya tidak pergi ke universiti, saya tidak ada MBA, saya tidak mengikut mana-mana guru pengurusan… saya berjaya berpandukan pengalaman dan rasa hati!”, katanya. Dalam erti kata lain, beliau belajar dengan melakukan, dan tidak takut untuk mengambil risiko yang terhitung ketika bekerja untuk mencapai matlamat-matlamatnya.

Berkaitan: Belajar Kepimpinan Daripada KPE PepsiCo Indra Nooyi

4. Jadilah pemimpin yang bertujuan betul

Tan Sri Azman memegang teraju kepimpinan Kumpulan AmBank sejak 1980-an. Sepanjang tempoh ini, beliau amat dihormati dan disanjungi pekerja-pekerja dan rakan-rakan sebayanya.

Salah satu sebab, kata beliau, adalah kerana beliau tidak ada agenda tersembunyi atau motif mementingkan diri sementara memegang tampuk kepimpinan.

Sebenarnya, Tan Sri Azman ingin mengingatkan bahawa mereka yang bekerja semata-mata untuk menonjolkan diri sendiri tidak akan kekal lama sebagai pemimpin. Mengapa? Kerana apabila kita hanya memfokuskan kepada diri sendiri, kita mengabaikan tumpuan kita untuk berkhidmat untuk orang lain dan membina perhubungan yang kukuh.  

Sebaliknya, apabila kepentingan diri kita meningkat, kebolehpercayaan kita makin berkurangan, dan mereka yang berada di sekeliling kita akan mengamalkan sifat mematuh bukan terlibat, serta lemah semangat daripada berkuasa. Menjadi pemimpin bermakna berkhidmat untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri.

5. Jangan berhenti belajar

Tan Sri Azman, yang berusia hampir 80 tahun, telah mencapai kemewahan yang cukup banyak untuk membolehkan beliau hidup secara beriadah dan menikmati hasil kerja kuatnya.

Tidak siapa pun patut iri hati terhadap seorang yang berkaliber seperti beliau mendapat hak untuk bersara dan meluangkan masa dengan keluarga, kawan-kawan dan yang tersayang serta melakukan perkara yang disenangi.

Akan tetapi, seperti pemimpin-pemimpin hebat, Tan Sri Azman menemukan erti dan tujuan dalam hidupnya dengan menjadi pelajar sepanjang hayat, menyumbang kepada pertumbuhan orang lain, dan berkongsi pandangan dan kebijaksanaannya dengan mereka.

Akhir kata

Kita semua boleh belajar daripada contoh Tan Sri Azman: tidak kira status, umur atau kedudukan kita, semangat kita kekal membara dengan berbakti kepada masyarakat, dan menyedari bahawa usia hanyalah sekadar angka.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik AmBank chairman Tan Sri Azman sets the gold standard for leadershipSumber foto: The Sun Daily

 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Pengurus

Bagaimana Pengurus Mensabotaj Diri Apabila Memberi Maklum Balas Negatif

Oleh Michael Schaerer, dan Roderick Swaab. Ketahui sebab pengurus bergelut dengan menyampaikan maklum balas pembetulan yang jelas dan cara memerangi bias kognitif yang boleh meningkatkan komunikasi dan prestasi.

May 07, 2024 4 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pemimpin yang Berani

Tahukah anda, bagaimana menjadi pemimpin yang berani? Dalam Tip Kepimpinan kali ini, Roshan Thiran berkongsi tip yang menarik untuk menjadi pemimpin yang efektif dan berani.

Jun 24, 2024 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest