Podcast Kepimpinan: Pelbagai Jenis Kepimpinan Dalam Kehidupan Harian

Setiap seorang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza. Kita memakai pelbagai ‘topi’ untuk peranan-peranan yang kita mainkan dalam hidup kita — di tempat kerja, rumah atau semasa bersama-sama kawan-kawan kita.
Kita boleh bertukar atau bersilih ganti ‘topi-topi’ ini; kadangkala kita memakai lebih daripada satu ‘topi’ pada satu masa. Bagaimanapun, ada satu jenis ‘topi’ yang tidak boleh kita tanggalkan: ‘topi’ kepimpinan.
Sama ada suka atau tidak, kita memainkan peranan sebagai “pemimpin” dalam kehidupan harian — sebagai ibu bapa di rumah, bos atau ketua kumpulan di tempat kerja, dan penasihat kepada kawan-kawan apabila mereka meminta nasihat atau pandangan kita.
Dalam setiap sesuatu yang kita lakukan, persoalannya bukan adakah kita pemimpin tetapi adakah kita pemimpin yang baik?
Dengarlah podcast oleh Joshua Lee dari Bahagian Kampus di Leaderonomics tentang sifat-sifat penting yang patut ada dalam seorang pemimpin yang baik:
Untuk artikel berkaitan yang ditulis oleh Joshua dalam bahasa Inggeris, klik sini.
Dengarlah rumusan temu bual Joshua dengan stesen radio BFM:
Untuk mengetahui bagaimana Leaderonomics boleh membantu organisasi anda, hubungi Bahagian Perkhidmatan Korporat melalui training@leaderonomics.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif kami untuk mempersiapsediakan para graduan untuk menghadapi masa hadapan, emel kami di campus@leaderonomics.com. Untuk Podcast Kepimpinan yang lain, klik sini.
Kepimpinan