M.A.D. Youth Summit- Belia Melakukan Transformasi

Mar 12, 2020 4 Minit
M.A.D., komuniti, masyarakat, persidangan

Ringg ringg… Penggera saya berbunyi pada pukul 6 pagi. Hujung minggu pun harus kerja? Saya sedang melakukan pratikal (internship) di sebuah syarikat Leaderonomics dan terdapat satu acara besar yang telah berlangsung pada 15 Februari 2020 iaitu Sidang Kemuncak Belia M.A.D. M.A.D bererti Make A Difference – membuat perubahan. Dari apa yang saya fahami, acara ini bertujuan untuk memupuk semangat sukarela dalam remaja.

Sampai di Help International School, saya dan pasukan mempersiapkan segala pengurusan di kaunter pendaftaran untuk remaja, tetamu-tetamu yang dijemput, penutur, para hakim, gerai perusahaan sosial, dan dewan untuk konferens remaja dan ibu bapa.

Ruang telah disediakan untuk belia mempersembahkan idea mereka yang berpeluang memenangi wang yang boleh menjadikan idea mereka menjadi realiti. Saya bertugas di kaunter pendaftaran untuk penceramah dan hakim. Untuk pengetahuan anda, ini kali pertama saya menjadi fasilitator untuk acara sebesar ini.

Tambahan pula, pelajar pratikal diberi tugasan untuk mempromosikan program tersebut terutamanya kepada belia. Saya berfikir, ketika saya berumur 15 tahun, saya tidak mengambil peduli tentang program atau acara seperti ini. Jadi, bagaimana harus saya mendapatkan perhatian mereka?

Pembentangan “Pitchout”

Peranan seterusnya ialah dalam bilik ‘pitchout’. Di sini belia akan melakukan pembentangan tentang idea kreatif mereka. Tugas saya adalah penjaga masa, dan mengiringi kumpulan yang membuat pembentangan dan memberi isyarat untuk bermula. Ini benar-benar satu pengalaman yang mengajar saya dan membuka mata (eye-opening experience). Pitchout ialah di mana remaja berusia 13 sehingga17 tahun membentangkan idea mereka untuk mengubah sesuatu di sekolah, komuniti atau negara untuk kebaikan.

Untuk layak menyertai pertandingan tersebut salah satu terma dan syarat yang harus diikuti ialah Sustainable Development Goal 17 oleh United Nations sebagai contoh idea atau masalah untuk menyelesaikan.

Peserta-peserta juga berpeluang untuk memenangi wang tunai untuk melaksanakan idea mereka. Semasa saya di sekolah menengah saya tidak memikirkan tentang perkara seperti ini atau jika ada saya hanya menganggap saya rasa tidak layak dan tidak mempunyai sumber atau bahan.

“Ada satu perkara yang lebih kuat daripada semua askar di dunia, dan itu adalah sebuah idea yang datang.” – Victor Hugo 

Ia membuka mata (dan mulut) saya belajar tentang belia yang menyertai program tersebut dan inisiatif mereka untuk menjadikan idea mereka menjadi kenyataan. Niat yang tulus kerana tiada tiada keuntungan yang mereka perolehi dari idea-idea ini, hanya kegembiraan yang dirasakan.

Beberapa idea yang saya boleh ingat dari hari tersebut ialah; satu aplikasi yang menghubungi organisasi kepada sukarelawan-sukarelawan remaja, di mana semua permintaan untuk sukarelawan segala butiran boleh dicari, versi sut bomba yang lebih murah dan lebih selamat, mengajar orang keperluan khusus (special needs kids) bagaimana untuk menjual sabun buatan tangan mereka dan membuat duit, dan akhirnya sebuah syarikat yang membantu remaja-remaja bermasalah mendapat pekerjaan untuk menentang pengangguran belia.

Anda boleh melihat, idea mereka mudah tetapi berkesan, bertimbang rasa dan praktikal. Saya menyedari bahawa semua hasil berjaya bermula dari satu idea. Organisasi besar pun juga bermula dengan satu idea untuk membuat perubahan. Tetapi bukan sahaja satu idea yang diperlukan tetapi keberanian bertindak.

Bengkel

Seterusnya, saya ditugaskan sebagai penolong untuk bengkel empati oleh Tribeless, sebuah organisasi yang bertujuan untuk membina ruang yang selamat untuk perbualan-perbualan terbuka dan jujur.

Ini merupakan salah satu pengalaman saya yang paling jujur. Saya mengambil keputusan untuk menyertai sesi bengkel bersama remaja lain. Fasilitator mengarahkan kami untuk duduk dalam kumpulan, pilih satu perkataan dari pilihan diberi (perkataan seperti ketakutan, jangkaan, penerimaan, hubungan, persahabatan).

Selepas itu, kami mengambil giliran untuk bercakap tentang mengapa kami pilih perkataan tersebut dengan ahli kumpulan. Malahan, kita diberi 2 kad untuk digunakan sebagai reaksi. Satu kad ialah sayang untuk mengekspressi kasih sayang dan empati yang menunjukkan kami berasa untuk ahli kumpulan yang sedang bercerita. Satu lagi kad ialah kad soalan untuk tanya soalan atau penjelasan untuk menunjukkan yang kami mendengar secara aktif.

Ini mengajar kami untuk mendengar satu sama lain tanpa mencampuri percakapan orang lain atau memberi nasihat. Ini penting untuk bagi (allow) orang lain menyatakan diri mereka (express themselves). Jika kita selalu memberi nasihat, ia memberi tanggapan yang kami tidak sepatutnya mempunyai masalah atau membuat mereka tidak hendak bercerita masalah mereka.

Terdapat seorang perempuan dalam sesi ini yang membuka tentang perasaan dalamannya kepada ahli kumpulannya dan dia mula menangis kerana tidak pernah memberitahu sesiapa sebelum ini. Ahli kumpulannya memuji dia untuk keberaniannya.

Kadang kala saya berasa seperti hanya saya yang berasa semacam. Namun, sesi ini mengajar saya bahawa semua orang mempunyai masalah sendiri hanya kami selalu mengelak bercakap tentangnya kerana beranggap orang lain tiada masalah tetapi tidak, kita tidak keseorangan. 

Pengajaran

Kesimpulannya, segala penat lelah yang saya rasai sangat berbaloi. Saya bersyukur dapat menolong dalam program ini. Saya tahu semua orang yang datang ke sidang belia ini belajar sesuatu. Pengalaman ini mengajar saya beberapa perkara: 

  1. Setiap individu mempunyai kelebihan sendiri, kerana segala sesuatu bermula dari mencipta idea. 
  2. Idea sahaja tidak cukup, tetapi tindakan perlu diambil. Jika anda mempunyai idea yang hebat tetapi tidak mengambil tindakan dan hanya fikir betapa susah, idea itu akan kekal sebagai idea dan bukan kenyataan. Contohnya, bila lapar, anda tidak duduk dan fikir tentang kelaparan tersebut tetapi anda akan mengambil tindakan untuk makan.
  3. Mendengar tanpa mencelah perbualan orang lain (interrupt) supaya mereka berasa dalam ruang yang selamat untuk bercakap, begitu juga kita. Jadi, cuba mempraktikkan tabiat untuk mendengar. 
  4. Anda tidak keseorangan. Setiap individu mempunyai emosi. Jangan pernah berfikir bahawa anda keseorangan kerana ramai di luar sana mengalami perkara yang sama dan anda harus cuba mencari seseorang yang dipercayai untuk berkongsi cerita. 

Berkaitan: Seseorang Boleh Mengubah Dunia – Dan Seorang Anak Muda Mengajar Kita Caranya 

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Kehidupan

Kepentingan Perspektif dalam Kehidupan dan Kepimpinan

Oleh Gregg Vanourek. Pernahkah anda merasa tertekan, dibebani dengan cabaran kewangan, dibuang dari permainan anda? Baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perspektif.

Jul 30, 2024 7 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pemimpin yang Berani

Tahukah anda, bagaimana menjadi pemimpin yang berani? Dalam Tip Kepimpinan kali ini, Roshan Thiran berkongsi tip yang menarik untuk menjadi pemimpin yang efektif dan berani.

Jun 24, 2024 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest