Taktik Hebat Memimpin Tanpa Gelaran

Oct 17, 2018 1 Minit
pemimpin, pemaparan kepimpinan

Dari pelbagai segi, seluruh idea di sebalik Leading Without A Title (Memimpin Tanpa Gelaran) adalah pendemokrasian kepimpinan. Benar, kedudukan adalah penting untuk memudahkan pengurusan mana-mana organisasi (sama ada ia berupa bisnes, komuniti atau famili).

Namun, model kepimpinan yang baharu (kepimpinan 2.0) adalah mengenai pemaparan kepimpinan oleh setiap seorang dalam setiap kerja yang dibuatnya.

Ini sebenarnya adalah mengenai kepimpinan teragih. Setiap orang yang bekerja dalam sesebuah bisnes, misalnya, bertanggungjawab memaparkan kepimpinan dalam bidang tugasnya. Setiap rakan kerja adalah ketua pegawai eksekutif unit bisnesnya yang kecil yang dipanggil pekerjaan.

Taktik 1: Kemaskan dahulu hidup anda

Jika anda tidak boleh memimpin diri, masakan anda boleh memimpin orang lain. Kita tidak ada wibawa untuk memimpin orang lain ke kehebatan sekiranya hidup kita sendiri begitu kucar-kacir. Kejayaan dalam hidup mendahului kepimpinan yang hebat. Hadapi sebarang isu peribadi yang anda cuba elakkan sehingga kini dan kemaskan semua aspek hidup anda.

Berkaitan: Kekuatan Kepimpinan Diri

Taktik 2: Sentiasa bersedia dan sudi membantu

Jangan sesekali membuat sesiapa pun merasa seolah-olah tiada ruang langsung dalam bot penyelamat untuk mereka. Tidak kira sekali pun kesalahan, tidak kira sekali pun tahap penguasaan mereka, sentiasa bersedia dan sudi membantu mereka yang berada dalam kesulitan — hulurkan pertolongan, kongsikan wawasan, sumbangkan masa anda. Pemenang memahami bahawa usaha mengukuhkan kapasiti pada setiap tahap, dalam setiap orang, adalah cara untuk menang.

Berkaitan: Nak Tonjolkan Diri? Dengar Dan Tindak Atas Nasihat Bijak

Taktik 3: Atasi tindasan 

Tontoni Invictus, lakonan cemerlang dan menghiburkan oleh Clint Eastwoord mengenai kepimpinan yang hebat. Dalam tayangan itu, Morgan Freeman memainkan watak Nelson Mandela. Filem itu mengajar kita cara mengampuni orang lain, memberi belas kasihan dan bergerak maju dalam suasana dan kalangan orang yang memiliki potensi untuk membuat kita merasa seperti mangsa buat selama-lamanya.

Taktik 4: Serlah dalam semua bidang hidup

Kuatkan diri. ‘Pasangkan topeng oksigen pada diri terlebih dahulu, sebelum anda membantu orang lain.’ Tahukah anda dari mana datangnya oksigen anda? Senaman mencabar yang rutin, tabiat makan yang sihat, tidur dengan nyenyak, dan terlibat dalam aktiviti yang membuat saya rasa bernyawa dan teruja. Inilah yang menguatkan saya.

Tolak gaya hidup, tabiat dan suasana yang melemahkan anda. Pemimpin yang hebat tidak cuma memiliki potensi penuh mereka dalam bidang masing-masing; mereka menyerlah dalam semua bidang dalam hidup mereka. Bertekadlah segera untuk menjalin hubungan dengan bekalan oksigen anda.

Terus memimpin tanpa gelaran.

 

Robin Sharma ialah penceramah yang terulung di dunia dalam bidang Kepimpinan dan Penguasaan Peribadi. Buku-buku Sharma seperti The Leader Who Had No Title (Pemimpin Tanpa Gelaran) telah menduduki senarai-senarai paling laris di peringkat antarabangsa dan pos media sosialnya mencapai lebih daripada enam ratus juta orang setahun. Ini menjadikannya fenomena global yang ulung untuk membantu orang melakukan kerja dengan cemerlang, berkembang di tengah-tengah perubahan dan merealisasikan keupayaan kepimpinan tertinggi mereka. Sharma telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima Pakar Kepimpinan Tertinggi di Dunia dalam kaji selidik bebas yang melibatkan lebih 22,000 ahli perniagaan. Ini meletakkan beliau di pentas yang sama dengan tokoh-tokoh lain seperti Richard Branson, Bill Clinton, Jack Welch dan Shaquille O’Neal.
Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Powerful Tactics to Lead Without a Title.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Berhenti

Berhenti Melakukannya Sendirian

Oleh Michael Jarrett. Pelajari pelajaran penting untuk pemimpin yang mengemudi perubahan dan mengelakkan perangkap strategi terpusat.

Jan 04, 2024 5 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Menjadi Pendengar Yang Aktif: 10 Cara Terbaik

Kemahiran mendengar perlu dikuasai. Kita mesti pendengar yang aktif, dengan niat untuk memahami. Dengan itu, komunikasi berkesan dapat dijalin.

Oct 20, 2017 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest