Podcast Kepimpinan: Periang Atau Perengus?

Apr 13, 2017 0 Minit
podcast, kepimpinan

Bagaimanakah kemahiran interpersonal anda? Adakah anda seorang periang atau perengus? Adakah rakan kerja anda suka berinteraksi dengan anda di tempat kerja? Atau adakah anda dikenali sebagai perengus, iaitu cepat merajuk, merungut dan marah-marah pada setiap perkara kecil?

Dapatkah anda berinteraksi dengan baik dan mampu bersikap diplomatik ketika menguruskan perkara yang rumit? Adakah anda menggunakan perkataan dan gerak laku yang tepat pada masa yang betul dan sesuai dengan situasi?

Kemahiran interpersonal adalah penting baik di tempat kerja mahupun di mana-mana jua. Tidak terlalu lambat untuk menyedari kepentingan kemahiran ini demi kebaikan suasana dan juga perkembangan diri secara peribadi dan profesional. 

Sheera Husin dari Leaderonomics mengajak kita untuk meluangkan masa membuat renungan — imbas kembali gerak laku dan pertuturan kita semasa berinteraksi dengan orang lain. Ini adalah kerana untuk meningkatkan kemahiran interpersonal, kita mesti ada kesedaran diri. Beberapa aspek diri yang perlu kita teliti ialah:

  • Personaliti
  • Nilai atau prinsip hidup
  • Tabiat
  • Keperluan diri
  • Emosi

Jadi, marilah kita bertekad menukar tabiat-tabiat buruk kita. Marilah kita bersama-sama menjadikan tempat kerja tempat kita berkembang dan bergerak maju. Marilah kita menjadi periang!

Dengarlah podcast dalam bahasa Inggeris oleh Sheera Hussin mengenai topik ini:

Jika anda ingin berbincang dengan Pembelajaran Digital mengenai cara Leaderonomics boleh membantu organisasi anda, hantar e-mel ke learn@leaderonomics.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Leaderonomics sebagai organisasi sosial, layari www.leaderonomics.org. Untuk Podcast Kepimpinan yang lain, klik di sini.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kerja

Cara Menangani Tingkah Laku Pasif-Agresif di Tempat Kerja

Oleh Michelle Gibbings. Menyahkod tingkah laku pasif-agresif di tempat kerja. Lihat, hadapi, dan pupuk budaya akauntabiliti. Ambil tanggungjawab anda sekarang.

May 13, 2024 5 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Jangan Takut untuk Gagal

Program Tip Kepimpinan adalah satu rancangan oleh Leaderonomics di mana tip-tip mengenai hal-hal kepimpinan disediakan untuk tontonan ramai.

Jan 01, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest