Perkara Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Menaiki Pesawat

Aug 27, 2020 4 Minit
pelancongan, penerbangan

Tahun 2020 merupakan tahun yang paling sukar buat kita semua di mana kejatuhan ekonomi negara terjadi, ramai orang kehilangan sumber pendapatan juga kehilangan pekerjaan disebabkan oleh virus COVID-19. Antara industri yang sangat terkesan adalah industri pelancongan dan secara tidak lansung industri penerbangan juga terjejas serta memberi impak yang sangat besar untuk pulih kembali seperti sedia kala. Begitu juga saya, ketika menulis rencana ini, saya pernah berkerja sebagai Agen Khidmat Pelanggan di sebuah syarikat penerbangan swasta yang juga terkenal sebagai ‘low cost courier’ telah kehilangan pekerjaan akibat impak virus berbahaya ini yang telah melanda negara dan juga dunia.

Sebagai seorang yang pernah berkerja dalam bidang penerbangan, ternyata pelbagai karenah mahu pun gelagat manusia dari seluruh pelosok dunia. Ada yang sering menaiki pesawat dan ada juga yang baru pertama kali merasai pengalaman menaiki kenderaan di udara ini. Walau bagaimanapun, ada juga beberapa individu yang sudah beberapa kali menaiki pesawat tapi masih belum tahu tentang terma dan syarat syarikat penerbangan tersebut antaranya keperluan dokumen penting sebelum menaiki pesawat dan juga rancangan perjalanan. Di sini saya ingin kongsikan antara perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum anda menaiki pesawat.

1. Passport/IC

Jika anda merancang untuk ke luar negara, anda perlu menyediakan passport. Passport akan tamat selepas 5 tahun dari tarikh anda membuat passport tetapi anda perlu tahu passport tidak sah digunakan lagi sekiranya passport anda kurang 6 bulan dari tarikh luput passport. Di muka surat akhir passport juga telah dinyatakan. Walaupun anda ingin ke negara seberang, anda perlu periksa dahulu tarikh sah laku passport anda. Jika tidak, syarikat penerbangan tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda ketinggalan pesawat oleh kerana passport telah tamat tempoh sah laku. Untuk penerbangan ke luar negeri bagi warganegara Malaysia, kad pengenalan sahaja sudah memadai untuk “check-in process”.

2. Visa

Visa adalah pas kemasukan yang dikeluarkan oleh kedutaan negara yang ingin anda lawati. Ada beberapa buah negara yang memerlukan visa sebagai dokumen tambahan sebelum anda melakukan perjalanan. Setiap negara mempunyai ‘country requirement’ yang berbeza. Jadi, sebelum anda pergi ke sesebuah negara, anda harus periksa dan selidik dahulu sama ada negara yang anda ingin lawati memerlukan visa ataupun tidak.

3. Tiket Penerbangan

Sebelum menaiki pesawat, benda paling penting yang perlu ada ialah tiket penerbangan. Anda disarankan untuk membeli tiket penerbangan 3-6 bulan sebelum tarikh perjalanan anda. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti ditipu atau terkena ‘scammer’, anda disarankan membeli langsung di website syarikat penerbangan. Semasa saya bekerja dulu, saya pernah mempunyai pengalaman di mana beberapa penumpang ditipu atau di ‘scam’ oleh agensi pelancong mahu pun website yang menawarkan tiket penerbangan murah. Ketika saya mencari nama mereka untuk “check-in process”, nama mereka tidak wujud di dalam sistem dan tiada dalam senarai penerbangan. Jadi, elakkan membeli dengan “third party agent” kerana pihak syarikat penerbangan tidak akan bertanggungjawab.

Selain itu, nama di dalam tiket hendaklah sama seperti di dalam passport. Tiada kesalahan ejaan mahu pun huruf yang tertinggal. Jika tidak, anda tidak boleh terbang dan tiket anda juga tidak sah digunakan. Jadi, sebelum anda membeli tiket, pastikan anda periksa semula nama dan segala maklumat dengan betul.

Apabila sudah sampai masa untuk anda memulakan perjalanan, pastikan anda sampai ke lapangan terbang 4 jam sebelum waktu penerbangan anda untuk menggelakkan daripada ketinggalan pesawat. Siapa tahu, jika di dalam perjalanan ke lapangan terbang, tiba-tiba berlaku kecemasan ataupun kesesakan lalu lintas. Sekurang-kurangnya, anda dah bersiap sedia lebih awal jadi anda tidak akan kelewatan dan terburu-buru mengejar waktu.

Selain itu, sila periksa beberapa kali dokumen yang perlu dibawa dan juga pastikan anda pergi kelapangan terbang yang betul sebelum anda memulakan perjalanan. Ini yang perlu anda lakukan apabila anda tiba di lapangan terbang:

1. Daftar masuk ‘Check in’

Pada zaman moden ini, segalanya hanya dihujung jari. Begitu juga dengan proses daftar
masuk yang boleh anda lakukan hanya melalui aplikasi syarikat penerbangan yang anda pilih. Caranya mudah, hanya masukkan nombor ‘booking’ tiket anda dan tekan pada carian. Segala maklumat tentang penerbangan anda akan muncul di paparan skrin. Seterusnya, anda pilih untuk daftar masuk. Anda boleh mulakan daftar masuk 48 jam sebelum waktu penerbangan anda. Selain itu, anda juga boleh daftar masuk di mesin kiosk yang disediakan di lapangan terbang. Apabila sudah daftar masuk melalui aplikasi mahupun mesin kiosk, anda tidak perlu lagi beratur panjang ke kaunter untuk mendapatkan tiket. Anda hanya perlu mencetak ‘boarding pass’ anda di mesin kiosk. Hanya perjalanan dalam negeri dan negara yang ingin anda kunjungi itu tidak memerlukan visa atau dokumen tambahan sahaja disarankan untuk daftar masuk sendiri melalui aplikasi atau mesin kiosk. Jika anda ke negara yang memerlukan visa, anda perlu ke kaunter daftar masuk agar Agen Khidmat Pelanggan boleh memeriksa dokumen anda.

2. Simpan Bagasi ‘Luggage Drop

Anda perlu mengetahui sama ada tiket penerbangan anda sudah termasuk elaun bagasi
atau pun tidak. Disarankan untuk membeli elaun bagasi lebih awal jika tidak, anda harus
membayar 3 kali ganda lebih mahal di lapangan terbang berbanding anda membeli di
website atau aplikasi. Anda dibenarkan menyimpan bagasi 4 jam hingga 1 jam sebelum
waktu penerbangan kerana pintu menyimpan bagasi akan ditutup selepas kurang dari 1 jam dan mereka tidak akan menerima bagasi lagi. Anda akan ketinggalan pesawat jika anda membawa bagasi yang besar kemudian lewat untuk menyimpan bagasi. Elakkan daripada membawa bateri, alat elektronik dan powerbank di dalam ‘check in bag’ anda.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: COVID-19, Krisis Kewangan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Peranan Kepimpinan dalam Pengurusan Perniagaan Antarabangsa

Oleh Sari Cada. Landskap perniagaan telah menjadi semakin global. Syarikat tidak lagi dihadkan oleh sempadan negara, menerokai pasaran baharu dan menjalin perkongsian merentasi benua. Persekitaran yang dinamik ini memberikan cabaran yang unik dan menuntut jenis kepimpinan tertentu - yang boleh mengemudi kerumitan, memupuk pemahaman budaya dan memacu kejayaan di arena antarabangsa.

May 27, 2024 4 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Membina Pembangunan Diri

Membimbing orang lain dalam kehidupan dan kerjaya mereka dapat memberi peluang kepada kita untuk mengembangkan potensi dan meningkatkan pembangunan diri kita. Mari ketahui lebih lanjut tentang membina pembangunan diri bersama Roshan Thiran.

Apr 03, 2024 44 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest